- Dick Patton Terajui Kepimpinan Global sementara Rory Finlay Pegang Tanggungjawab Amalan AS
BOSTON, 18 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Egon Zehnder, konsultansi pengurusan bakat dan carian eksekutif milik persendirian yang terkemuka di dunia, mengumuman hari ini perubahan dalam Amalan Pengguna Global firma tersebut dengan Dick Patton yang barpengkalan di Boston mengambil alih teraju Amalan Global, sementara Rory Finlay dari Chicago mengambil alih tempat Patton mengetuai Amalan Pengguna AS. Kedua-dua Patton dan Finlay membawakan pengalaman langsung industri pengguna kepada peranan-peranan tersebut.
"Kita sedang menyaksikan perubahan pantas yang berlaku dalam syarikat barangan dan perkhidmatan pengguna ketika perniagaan serta jenama global bertindak balas dalam masa nyata kepada kesan dramatik teknologi dan juga keterhubungan terhadap bagaimana mereka mendekati pasaran," nyata Patton. Beliau menambah, "Meneroka kepimpinan yang tepat melalui bakat hebat untuk memandu perubahan transformatif ini adalah kritikal bagi kejayaan jangka panjang dan lestari. Gabungan unik kehadiran global firma kami dan kebolehan kami untuk beroperasi sebagai pasukan tunggal serta bersatu tanpa mengira kedudukan geografi untuk membawa bakat terbaik kepada mandat telah membantu kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai firma yang sentiasa melangkaui jangkaan bersama para pelanggan kami."
Patton menyatakan, "Keterhubungan global memainkan peranan lebih penting merentasi semua fungsi daripada rantaian bekalan kepada pembangunan produk. Pengalaman global dengan itu akan memainkan peranan yang semakin penting dalam persamaan bakat ketika kita maju ke hadapan. Para pemimpin hari ini perlu memandu perniagaan dalam persekitaran yang lebih luas dan terhubung yang mana pengalaman runcit semakin mendapat permintaan dan peribadi serta hiburan, terutamanya muzik dan juga sukan disampaikan dan diperibadikan melalui berbilang platform ketika ia berlaku. Ini memerlukan bakat arkitek global baharu yang tangkas – seseorang yang dinamik dan juga berbilang dimensi yang mana menguruskan perubahan harian adalah satu kebiasaan bagi perniagaan hari ini."
Amalan Pengguna Global memfokuskan terhadap carian tahap eksekutif dan perancangan penggantian kepimpinan, penilaian dan pembangunan eksekutif, selain kepimpinan lembaga di seluruh dunia. Firma itu mempunyai pusat kecemerlangan Pengguna merentasi semua kawasan-kawasan utama termasuk Amerika, Asia Pasifik dan Eropah, Timur Tengah, Afrika serta Australia.
LATAR BELAKANG EGON ZEHNDER
Diasaskan pada 1964, Egon Zehnder merupakan firma konsultansi pengurusan bakat dan carian eksekutif milik persendirian yang terkemuka di dunia dengan lebih 425 perunding di 69 pejabat di 41 buah negara. Firma tersebut menyediakan carian eksekutif tahap kanan, carian pengarah, perundingan lembaga, penilaian pengurusan, pengurusan bakat eksekutif dan pembangunan kepimpinan eksekutif serta perkhidmatan penyepaduan kepada pelbagai organisasi yang paling dihormati di dunia. Para pelanggan Egon Zehnder terdiri daripada perbadanan terbesar hingga syarikat-syarikat baharu, kerajaan dan badan kawalseliaan, serta organisasi pendidikan dan kebudayaan utama. Sebarang maklumat lanjut: www.egonzehnder.com.