MUMBAI, India, SINGAPURA dan JAKARTA, Indonesia, 18 Disember, 2014 /PRNewswire/ --
Kerjasama tersebut kukuhkan perkongsian syarikat telekomunikasi global Vserv
Vserv, platform pemasaran mudah alih berpandu data pintar utama dalam pasaran baharu, mengumumkan hari ini satu kerjasama dengan PT XL Axiata Tbk (XL), pengendali perkhidmatan telekomunikasi kedua terbesar di Indonesia. Vserv merupakan satu-satunya syarikat yang telah menandatangani persetujuan untuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi utama dalam pasaran baharu dan kerjasama ini akan mengukuhkan kepimpinan global Vserv dalam ruang pemasaran mudah alih. Kerjasama itu akan menyepadukan platform Smart Data™ Vserv dengan XL untuk membantu memacu ROI dengan lebih tinggi bagi syarikat-syarikat hiburan mudah alih.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120725/546333 )
Bercakap tentang kerjasama yang baru dimeterai itu, Rohit Verma, Naib Presiden – Persekutuan Telekomunikasi Global, Vserv, berkata, "Kerjasama dengan XL wujud sebagai testimoni keyakinan pasaran terhadap platform Smart Data™ Vserv kami yang baru dilancarkan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan XL, yang merupakan pemain utama dalam ruang telekomunikasi di Indonesia. Dengan memanfaatkan nilai yang dibawakan oleh platform Smart Data™ Vserv, berserta kefahaman mendalam XL terhadap para pelanggannya yang luas, kami yakin akan dapat meningkatkan keberkesanan ekosistem hiburan mudah alih di Indonesia."
Herwinto Chandra Sutantyo, Ketua M-Advertising, XL Axiata berkata, "Kami tertarik dengan apa yang mampu dicapai oleh platform Smart Data™ Vserv, dengan menghasilkan nilai daripada petabait data yang kami hasilkan setiap saat. Hari ini, kerjasama itu akan memastikan kepatuhan para pengiklan kami, terutamanya daripada sektor hiburan mudah alih dengan menyasarkan pelanggan mudah alih kami dengan iklan yang relevan dan menarik yang mengikuti etika dan peraturan pengiklanan Indonesia. Usaha berterusan kami adalah untuk menjadikan pengalaman pelanggan kami relevan dan menarik sebaik mungkin. Melalui kerjasama ini, kami yakin bahawa kami akan dapat mengubah ekosistem hiburan mudah alih di Indonesia."
Melalui kerjasama ini, Vserv dan XL akan membolehkan pemasar hiburan mudah alih menyasarkan khalayak yang paling relevan, dengan iklan yang tepat pada masa yang sesuai, berdasarkan perwatakan pengguna dan keinginan yang diperlihatkan. Pasaran hiburan mudah alih Indonesia kini berada pada tahap USD 765 juta bagi hasil dan bertumbuh pada CAGR 4.7%, menjadikannya pasaran berpotensi tinggi bagi syarikat telekomunikasi serta syarikat hiburan mudah alih. [1]
Latar Belakang Vserv
Vserv merupakan platform pemasaran mudah alih utama yang menyampaikan hasil berpandu data pintar kepada pemasar, pembangun aplikasi, syarikat telekomunikasi dan rakan kongsi data. Lawati http://www.vserv.com
1. Sumber: IE market research
Latar Belakang PT XL Axiata Tbk.
PT XL AxiataTbk. merupakan pengendali mudah alih kedua terbesar di Indonesia. Sebarang maklumat lanjut tentang XL, layari http://www.XL.co.id
http://wartakota.tribunnews.com/2014/11/24/inilah-data-peringkat-negara-pengguna-internet
Maklumat Perhubungan Media:
Rachita Vaid
+91-22-29275746/82
press@vserv.com
Sumber: Vserv