BEIJING, 20 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Pada 17 Disember 2014 Waktu Timur AS, majlis pelancaran "Access China", Projek Elit Belia China-AS Perfect World secara rasminya dilancarkan di bangunan Capitol Amerika Syarikat di Washington, D.C.
Sebagai salah satu acara utama China-U.S. High-Level Consultation on People-to-People Exchange, "Access China" memainkan peranan penting dalam menggalakkan perkongsian budaya dan pendidikan China-AS selain mengukuhkan pembangunan serta kerjasama dalam bidang budaya dan juga pendidikan.
Dengan sasaran untuk menggalakkan perkongsian kebudayaan dan masyarakat antara China serta Amerika Syarikat, Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd. ("Perfect World"), China Education International Exchange Association (CEAIE), Thurgood Marshall College Fund (TMCF), The Humpty Dumpty Institute (HDI) dan juga 100 Thousand Strong telah menganjurkan acara tersebut secara bersama. Hampir 100 individu dianggarkan menghadiri majlis pelancaran itu termasuk orang kenamaan seperti Hao Ping, koordinator China bagi China-U.S. High-Level Consultation on People-to-People Exchange dan Timbalan Menteri Pendidikan, Senator A.S. Michael Brown selain pegawai-pegawai kerajaan China serta A.S. lain dan juga wakil-wakil rakan kongsi utama Perfect World di Amerika. Semasa sesi tersebut, perjanjian kerjasama strategik atau memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh pelbagai penganjur acara tersebut, termasuk perjanjian antara CEAIE dan American Association of State Colleges and Universities selain perjanjian berasingan antara Perfect World serta CEAIE, HDI dan 10 Thousand Strong masing-masing.
Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Xiao Hong berkata: "Ketika berusaha menuju pembangunan luar negara di ratusan negara dan wilayah beberapa tahun ini, Perfect World merasakan, memandangkan masa depan hubungan dua hala antara negara serta masyarakat selain harapan bagi perkampungan global yang aman, harmoni dan juga pelbagai berada di tangan generasi muda, Perfect World benar-benar berharap untuk menyumbang lebih banyak lagi bagi meningkatkan interaksi, komunikasi, mahupun kerjasama antara belia dan orang dewasa muda di China serta negara-negara lain."