KLAGENFURT, Austria, 22 Disember 2014 /PRNewswire/ --
- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/105483/ -
John Na Brown dari Kanada tidak pernah menghadapi masalah merindui kampung halaman. Beliau gembira mengembara merentasi Eropah dari sebuah universiti ke universiti, walaupun beliau mengakui adalah bagus sekiranya beliau boleh membawa beg kecil sahaja.
Ekaterina Peshkova dari Rusia pula menyatakan beliau sentiasa mempunyai minda yang ingin tahu. Kini beliau menjalankan penyelidikan tentang sistem berbilang-UAV (Kenderaan Udara Tanpa Pemandu) di Klagenfurt. Perkara yang paling disukainya dalam program ICE adalah beliau dapat bekerja dengan mereka yang mempunyai latar belakang budaya yang berbeza.
Berasal daripada keluarga berpelajaran di Pakistan, Raheeb Muzaffar memang teringin belajar di luar negara; namun, kadangkala beliau terlalu merindui kampung halamannya. "Kita semua perlu melakukan pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu, bukan?" beliau berkata dan ketawa dengan sengaja. Pada masa akan hadapan, beliau melihat dirinya sebagai penyumbang kepada komuniti penyelidikan dunia.
Chitra Hapsari Ayuningtyas dari Jawa bekerja dalam bidang pengecaman corak. Ibu bapa beliau adalah pelukis, dan beliau cuba menggabungkan penyelidikan beliau dengan seni dan rekaan.
Muhidul Islam Khan telah membesar di kawasan metropolitan Bangladesh. Selain penyelidikan, beliau gemar menulis. Beliau berharap dapat menggabungkan kedua-dua aktiviti kegemaran beliau pada masa akan datang. Walaupun pekan kecil seperti Klagenfurt adalah ganjil bagi beliau, beliau berkata: "Anak perempuan saya dilahirkan di Klagenfurt – ia telah menjadi rumah kedua kami. Tempat yang begitu bagus untuk tinggal dan bekerja.
ICE – Persekitaran Interaktif dan Kognitif
Fakulti kedoktoran Eropah bagi Persekitaran Interaktif dan Kognitif (ICE) menawarkan calon biasiswa 3 tahun untuk melakukan penyelidikan serta memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kajian dijalankan di dua daripada universiti yang dinyatakan di bawah:
Hasil kerjasama dengan Carinthian Economic Promotion Fund (KWF), Lakeside Labs mendorong program ini dengan menawarkan dana untuk empat lagi biasiswa.
John Na Brown dan Alexander Gogolev kini merupakan yang pertama lulus di Klagenfurt. Enam lagi akan menyusul tidak lama lagi. Pelbagai penerbitan dalam jurnal dan persidangan antarabangsa menyokong tanggapan ini.
Lakeside Labs merupakan pusat bagi sains dan inovasi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, memfokuskan kepada sistem berangkaian swasusun.
Sistem Berangkaian Swasusun
Kawanan burung, kumpulan ikan, koloni semut, dan pelbagai tumbuhan- alam semula jadi tahu bagaimana menggabungkan komponen kecil serta ringkas kepada sistem besar dengan kemampuan yang mengagumkan. Berbeza dengan sistem teknikal, sistem semula jadi adalah tersebar dan swasusun. Lakeside Labs berhasrat untuk menyepadukan konsep swasusun ke dalam sistem teknikal. Ini memerlukan pendekatan baharu bagi reka bentuk dan operasi sistem berangkaian. Pendekatan yang mengeksploitasi konsep swasusun seperti yang diketahui daripada alam semula jadi – melibatkan konfigurasi-diri, pengoptimuman-diri dan lain-lain – menjanjikan anjakan paradigma bagi rekaan serta evolusi sistem ICT dan juga mampu membantu menguasai cabaran yang rumit. Aktiviti penyelidikan di Lakeside Labs memfokuskan kepada swasusun dalam sistem berangkaian dengan domain aplikasi yang berpotensi memberi kesan besar kepada masyarakat, seperti Internet Perkara (Internet of Things) atau Sistem Siber-Fizikal (Cyber-Physical Systems).
Hubungi:
Christian Philipp | Sains Komunikasi
+43-463-28704422 | philipp@lakeside-labs.com
+43-676-646-3572