LONDON, 23 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Jenama pengimejan ikonik Kodak dan pengeluar peranti mudah alih utama Bullitt Group, telah mengumumkan hari ini mereka akan melancarkan rangkaian peranti mudah alih berkuasa Android yang menawarkan ciri-ciri dan perisian pengurusan imej terbaik dalam kelasnya bersama rekaan serta antara muka pengguna (UI) yang hebat.
Disasarkan – tetapi tidak terhad untuk – para pengguna yang mahukan pengalaman tahap tinggi tetapi tidak selesa menggunakan peranti mudah alih yang semakin rumit, rangkaian telefon pintar dan tablet tersebut akan disertakan dengan ciri-ciri tersuai yang dipesan terlebih dahulu bagi rakaman, pengurusan serta perkongsian imej untuk menawarkan pengalaman pengguna yang diperkaya.
Tambahan pula, perisian pengurusan jarak jauh termaju akan sedia dipasang, membolehkan ahli keluarga dan rakan-rakan memberikan bantuan serta sokongan jika diperlukan.
"Kodak merupakan salah satu jenama paling dikenali di dunia. Ia diyakini oleh pengguna sebagai jenama berkualiti dan berinovasi," kata Oliver Schulte, Ketua Pegawai Eksekutif Bullitt Mobile. "Kami telah mengambil warisan tersebut dan menggunakannya untuk menginspirasikan rangkaian peranti yang direka cantik yang akan membolehkan para pengguna mengambil gambar yang hebat serta menyunting, berkongsi, menyimpan dan juga mencetaknya dengan segera."
Tidak seperti telefon lain yang disasarkan kepada khalayak sasaran ini, rangkaian Peranti Mudah Alih KODAK tidak akan berkompromi terhadap rekaan dan pengalaman pengguna. Dengan fokus yang sama terhadap rekaan dan kebolehgunaan, rangkaian tersebut akan menonjol dalam segmen pasaran yang kini kurang mendapat perhatian.
Schulte menambah: "Menyediakan keringkasan tanpa kompromi, peranti-peranti ini akan menangani segmen pasaran peranti mudah alih yang sehingga kini tidak begitu mendapat perhatian. Dengan memberikan pelanggan akses yang mudah kepada perkhidmatan pencetakan dan perkongsian sambil menawarkan sistem operasi Android terkini serta menampilkan ciri-ciri yang terdapat pada telefon pintar yang canggih, kami akan menarik minat khalayak yang lebih besar yang terdiri daripada pengguna yang menghargai kemudahan penggunaan dan juga rekaan bergaya seperti mana mereka menghargai fungsinya."
Eileen Murphy, Naib Presiden Pelesenan Jenama, Kodak teruja untuk memasuki pasaran telefon mudah alih bersama Bullitt Group. "Kami kagum dengan komitmen Bullitt Group bagi menyediakan portfolio produk yang mencerminkan kualiti dan inovasi yang sinonim dengan jenama kami di seluruh dunia."
Telefon pertama akan dilancarkan di CES 2015 di gerai pameran Kodak di Dewan Selatan 1, Gerai Pameran 21818. Terdapat lebih banyak pengumuman produk sepanjang separuh kedua tahun 2015 termasuk telefon 4G, tablet dan kamera terhubung.
Tanda dagangan Kodak digunakan di bawah lesen oleh Bullitt Group, Ltd daripada Kodak.
Sumber: Bullitt Group