omniture

Kajian Terkini Menunjukkan Perubahan Histopatologi Yang Dramatik Dengan Stretta dan Secca

Mederi Therapeutics Inc.
2014-12-23 09:19 114

-- Kajian rawak menunjukkan rawatan frekuensi radio tidak ablatif menggalakkan penjanaan semula otot licin dan mungkin merangsang pertumbuhan semula saraf

NORWALK, Connecticut, 23 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Satu kajian buta (blind study) oleh pakar patologi yang baru diterbitkan dalam model porsin, meneliti perubahan histopatologi selepas frekuensi tidak ablatif (NARF) kepada otot licin seperti yang disampaikan oleh terapi Stretta bagi GERD dan terapi Secca bagi inkontinens tinja. Terapi frekuensi radio sering dilihat daripada segi ablasi, yang mana kemusnahan tisu berlaku. Sebaliknya, kajian ini menunjukkan jenis frekuensi radio tidak ablatif (NARF) bersuhu rendah dan berkuasa rendah unik ini memperbaiki sfinkter otot licin pada saluran gastrousus, selain otot rangka di bahagian luar sfinkter dubur. Kajian itu mengesahkan mekanisme berbilang yang mungkin menjana semula dan mempertingkatkan fungsi otot sfinkter yang dirawat, menawarkan perbaikan simptom untuk para pesakit yang menghidap penyakit yang melemahkan ini.

Infografik - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141221/165718-INFO

Kajian tersebut mendokumentasikan kelebihan NARF berikut dalam kehadiran sfinkter yang terancam:

  • Hipertropi kedua-dua gentian otot licin dan otot rangka
  • Peningkatan saiz dan berkas otot licin
  • Pengurangan Ruang Antara Sel Cajal (ICC)
  • Penggalakkan sintesis kolagen I, dengan peningkatan dalam nisbah Kolagen I/Kolagen II
  • Fibrosis merosot, kerana pengurangan mendapan kolagen berlebihan
  • Kesan serupa bagi gentian Jenis I dan II sebagai reinervasi (pertumbuhan semula saraf)

Penulis kanan kajian Dr. Steven Wexner, Pengarah Pusat Penyakit Pencernaan dan Pengerusi Jabatan Pembedahan Kolorektum di Cleveland Clinic Florida, serta perunding berbayar bagi Mederi Therapeutics Inc., mengulas: "Keputusan kajian ini sepatutnya membolehkan kami membantu pesakit yang mengalami GERD dan inkontinens tinja, memandangkan penjanaan semula yang kita saksikan ini menjelaskan mekanisme tindakan rawatan frekuensi radio."

Kajian rawak itu telah dijalankan terhadap model haiwan inkontinens tinja dengan tiga cabang kajian: satu model eksperimental inkontinens tinja dengan kerosakan otot sfinkter, yang kekal tidak dirawat; satu kumpulan dengan kerosakan sfinkter, dirawat dengan NARF; satu kumpulan kawalan tanpa sfinkter rosak dan tanpa rawatan. Selepas 10 minggu tisu yang dirawat telah dipotong dan diawetkan. Slaid trikrom dan H&E yang didapati telah diteliti oleh dua pakar patologi, yang tidak mengetahui asal sampel tisu tersebut.

Ketua penulis kajian Dr. Mariana Berho, Pengarah Pusat Perubatan Patologi dan Makmal serta Pusat Kajian di Cleveland Clinic Florida dan juga perunding berbayar bagi Mederi Therapeutics Inc. menerangkan: "Hasil kajian model haiwan ini amat bernilai memandangkan ia mungkin mencerminkan perubahan yang berlaku dalam sfinkter esofagus bawah manusia selain sfinkter dubur dalaman selepas menerima rawatan frekuensi radio."

Kajian itu menyimpulkan penggunaan frekuensi radio tidak ablatif  kelihatan mendorong perubahan morfologi yang besar pada otot sfinkter yang membawa kepada keadaan anatomi yang menyerupai struktur sfinkter asal. Di samping itu, penjanaan semula otot menerangkan bagaimana terapi NARF, Stretta dan Secca berfungsi memperbaiki simptom yang mengiringi GERD serta inkontinens tinja.

Kajian ini telah diterbitkan dalam talian melalui Colorectal Disease, lawati http://dx.doi.org/10.1111/codi.12874.

Untuk maklumat lanjut lawati www.stretta-therapy.com dan www.secca-therapy.com.

LATAR BELAKANG MEDERI® - STRETTA® - SECCA®
Mederi Therapeutics menghasilkan Stretta dan Secca – peranti perubatan inovatif yang menyampaikan tenaga RF tidak ablatif untuk merawat penyakit pencernaan. Kedua-dua Stretta dan Secca terbukti selamat dan berkesan dalam pelbagai kajian, menerusi data jangka panjang dan perlindungan insurans yang bertambah. Terapi Mederi boleh didapati di seluruh dunia. Mederi terletak di Norwalk, CT. Sebarang maklumat lanjut tentang Mederi lawati: www.mederi-inc.com.

Hubungi: Julia Brannan
julia@pascalecommunications.com
+1-908-464-2470

Source: Mederi Therapeutics Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals RFID Clinical Trials/Medical Discoveries