omniture

Xinhua Silk Road: Pasukan media asing puji "Shaangu Solution" dalam lawatan sekitar bengkel pemasangan di Barat Laut China

Xinhua Silk Road
2024-09-13 08:12 39

BEIJING, 13 September 2024 /PRNewswire/ -- Apabila berjalan masuk ke bengkel pemasangan Shaanxi Blower (Group) Co., Ltd. (Shaangu Group), wakil-wakil media asing memuji produk dan penyelesaian hijau syarikat Cina ini dalam memupuk transformasi hijau di dalam dan luar negara.

Photo shows representatives of foreign media visiting an assembly workshop of Shaanxi Blower (Group) Co., Ltd. (Shaangu Group) in Lintong manufacturing park in Xi'an City of Shaanxi Province, Sept. 10, 2024.
Photo shows representatives of foreign media visiting an assembly workshop of Shaanxi Blower (Group) Co., Ltd. (Shaangu Group) in Lintong manufacturing park in Xi'an City of Shaanxi Province, Sept. 10, 2024.

Pada 10 September, 11 eksekutif dan wartawan dari media asing seperti Financial World (Sepanyol), Curierul National (Romania), Delovoy Kazakhstan dan Latin American News Agency (Cuba) melawat bengkel pemasangan Shaangu Group di taman pembuatan Lintong di Bandar Xi'an, barat laut China.

Dengan banyak bendera asing digantung di atas kepala, beberapa wakil media asing menyatakan keterujaan mereka berkenaan "pertemuan" yang mengejutkan dengan bendera negara mereka ini, setiap satunya mewakili pasaran eksport penyelesaian sistem untuk produk tenaga teragih dan penjimatan tenaga serta perlindungan alam sekitar daripada Shaangu Group.

Kilang model Shaangu Group berkenaan yang membawakan bengkel automatik dan pintar meninggalkan kesan mendalam ke atas Isaura Diez Millan, ketua koresponden di China daripada Latin American News Agency, yang berkata China telah berjalan di barisan hadapan dunia dalam memperkukuh transformasi tenaga.

Wakil-wakil media asing, diiringi oleh kakitangan pengurusan kanan Shaangu Group dan rakan sekutu Indianya, turut mengadakan lawatan ke pusat operasi global syarikat untuk penyelesaian penggunaan tenaga teragih pintar yang dinamakan "Energy Interconnection Island".

Bermula daripada reka bentuk siling atas kepada struktur tenaga dan penggunaan tenaga secara berperingkat, Shaangu Group berupaya memaksimumkan kecekapan penggunaan tenaga untuk pengguna melalui penyelesaian sistem "Energy Interconnection Island" dan ketika ini membangunkan penyelesaian sistem EISS4.0 untuk rendah karbon dan penjimatan tenaga dalam pembinaan bandar pintar.

Semasa lawatan, Serik Korzhumbayev, ketua pengarang Delovoy Kazakhstan mengharapkan kerjasama yang lebih mendalam antara syarikat dan perniagaan Kazakhstan memandangkan peranti storan tenaga udara termampat termajunya dan "Energy Interconnection Island" menunjukkan pencapaian yang terkini dalam industri tenaga hijau China.

Zhang Li, ketua bahagian penghasilan kuasa Shaangu Group, mengalu-alukan lebih ramai rakan asing untuk melawat syarikat ini bagi mengalami usahanya untuk bersepadu secara lebih mendalam dalam kerjasama Jalur dan Jalan serta penyelesaian sistem tenaga yang pintar dan amat cekap kepada pengguna global.

Shaangu Group ialah penyedia penyelesaian sistem tenaga teragih beribu pejabat di Wilayah Shaanxi dan penyelesaian serta produknya yang berkaitan telah menawarkan perkhidmatan di lebih 100 negara dan wilayah di serata dunia.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/342103.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities General Manufacturing