omniture

Projek Elit Belia China-A.S. Perfect World "Access China" Menerima Liputan Menyeluruh Daripada Organisasi Berita Terkemuka China

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2014-12-25 09:12 91

BEIJING, 25 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Beberapa saluran dan program berita terkemuka serta paling berpengaruh di China, termasuk rancangan berita kebangsaan CCTV Xinwen Lianbo, ("Siar Serentak Berita" dalam Bahasa Melayu), CCTV News, Phoenix TV dan juga Dragon TV, membuat liputan menyeluruh tentang Projek Elit Belia China-A.S. Perfect World "Access China" pada pagi 19 Disember.

"Access China" menyediakan peluang dan memperluaskan saluran yang boleh digunakan generasi muda di A.S. serta China untuk mengukuhkan pertukaran dan juga menguatkan ikatan persahabatan, melalui interaksi dan juga persefahaman sesama sendiri yang lebih baik, menurut laporan.

Tambahan lagi, inisiatif itu merupakan projek demonstrasi baharu untuk pertukaran budaya serta pendidikan antara China dan A.S. yang dianjurkan oleh China Education International Exchange Association (CEAIE), dengan kerjasama Perfect World dan juga beberapa organisasi yang bertapak di A.S.

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Xiao Hong berkata sewaktu satu temu rumah, inisiatif itu bukan sahaja memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk belajar daripada sesama sendiri dan memperluaskan sempadan bersama, tetapi juga bersedia untuk simpanan bakat pada masa hadapan.

Selama beberapa tahun, Perfect World telah melaksanakan strategi "Sebarkan Ke Luar" Budaya China mereka, dengan sasaran untuk mempromosikan budaya China ke seluruh dunia. Dalam cara demikian, syarikat itu telah melancarkan banyak projek berprestij yang memberi tumpuan kepada budaya China tradisional di lebih 100 buah negara dan wilayah, menyumbang dalam cara yang bermakna kepada pembangunan budaya China tradisional serta gabungan budaya China dengan budaya lain, di seluruh dunia. Tambahan lagi, Perfect World juga telah memperluas bidang pendidikan: dalam tahun 2014 sahaja, syarikat itu telah menandatangani beberapa surat tunjuk niat yang strategik untuk melibatkan diri dalam projek usaha sama dengan beberapa universiti berprestij di seluruh dunia. Pada masa hadapan, Perfect World merancang untuk mempertingkat pertukaran dan kerjasama melalui usaha sama dengan lebih banyak lagi organisasi pendidikan terkemuka di seluruh dunia, antaranya termasuklah di A.S.

Perfect World, sebagai salah satu penganjur "Access China" sekali lagi menunjukkan komitmennya terhadap pertukaran budaya dan pendidikan antara China serta A.S., yang mana matlamatnya adalah untuk mewujudkan hubungan dua hala China-A.S. yang menguntungkan kedua-dua pihak dengan rasa hormat dan juga manfaat bersama, bagi pihak syarikat-syarikat tempatan China.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141223/165946

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Education Entertainment Not for profit