omniture

Sceye Mendapatkan Dana dalam Pusingan Siri C Diterajui oleh Syarikat Mawarid Holding

Sceye
2024-09-17 18:00 54

Sceye Bernilai $ 525 Juta dan Bersedia untuk Pelancaran Komersial 2025 

PARIS, 17 September 2024 /PRNewswire/ -- Pada Minggu Perniagaan Angkasa Lepas Sedunia (WSBW) hari ini, Sceye, sebuah syarikat aeroangkasa terkemuka AS yang mengkhusus dalam Sistem Platform Altitud Tinggi (HAPS), mengumumkan kejayaan penutupan pusingan pendanaan Siri C. Pusingan ini diterajui oleh Mawarid Holding Company ("Mawarid"), sebuah syarikat terkemuka Arab Saudi dengan keberadaan yang mantap dalam teknologi maklumat dan komunikasi, satelit, dan penyelesaian digital. 

Test flight from November 2023
Test flight from November 2023

Sceye mengukuhkan kunci kira-kiranya dengan menutup pusingan pendanaan Siri C, yang menlaii Syarikat pada penilaian pra-wang sebanyak $525 juta. Ini memberikan kecairan yang mencukupi untuk mendanai aktiviti R&D, program penerbangan dan melancarkan operasi komersial awal pada tahun 2025.

Perikatan strategik ini meneruskan kejayaan strategi perkongsian Sceye, berikutan penglibatan América Móvil sebagai pelabur terbesar dalam pusingan Siri B mereka dengan memberi tumpuan kepada Amerika Latin.

"Pusingan Siri C merupakan peristiwa penting bagi Sceye. Dana ini akan mempercepatkan pembangunan platform dan pelan hala tuju komersial kami, membuka jalan bagi pengkomersialan teknologi HAPS kami pada tahun 2025. Perkongsian kami dengan Mawarid membuka wilayah dan peluang pasaran baharu untuk penyelesaian inovatif kami," kata Mikkel Vestergaard Frandsen, CEO dan Pengasas Sceye. 

Ghassan Itani, Penolong Pengerusi Mawarid, menambah, "Perkongsian ini mengukuhkan komitmen Mawarid untuk merintis kemajuan teknologi dan menyampaikan penyelesaian digital yang memberi manfaat kepada sektor industri kritikal. Dengan menggabungkan teknologi HAPS, kami meningkatkan kedudukan kami sebagai penyedia penyelesaian industri strategik yang komprehensif."

Pengumuman pelaburan Siri C ini dibuat berikutan kejayaan program penerbangan 2024 Sceye, di mana syarikat itu mencapai kejayaan penting dengan menunjukkan keupayaan penerbangan berterusan sambil kekal berada di kawasan operasi. Penerbangan ujian membuktikan bahawa HAPS Sceye boleh beroperasi secara berterusan, dengan tenaga solar yang menggerakkan sistem pada waktu siang dan penyimpanan bateri memastikan penerbangan semalaman.

Pencapaian ini menandakan kemunculan lapisan infrastruktur baharu antara sistem daratan dan angkasa lepas. Ia menonjolkan potensi transformatif teknologi HAPS dalam memperluaskan akses ketersambungan, menguruskan tindak balas bencana, memantau perubahan alam sekitar, dan mengesan bencana berkaitan iklim dalam masa nyata. 

Maklumat Tentang Sceye
Ditubuhkan pada tahun 2014, Sceye adalah sebuah syarikat aeroangkasa yang mengkhusus dalam memajukan teknologi stratosfera untuk menghubungkan manusia dan melindungi planet ini. Sceye menerajui industri Sistem Platform Altitud Tinggi (HAPS), yang memberi tumpuan kepada ketersambungan sejagat, pemantauan iklim, pengurusan sumber semula jadi, dan pencegahan bencana. 

Maklumat Tentang Mawarid: 
Ditubuhkan pada tahun 1968, Mawarid Holding Company (MHC) adalah sebuah syarikat terkemuka di Arab Saudi dengan portfolio yang pelbagai yang merangkumi, tetapi tidak terhad kepada penyelesaian ICT, satelit dan digital. MHC telah menjadi pemain dalam landskap komunikasi global, termasuk peranannya sebagai pengasas dan pemegang saham dalam Iridium Communications Inc. (Nasdaq: IRDM) sejak awal 1990-an dan operasinya dalam pelbagai sektor ICT dan media di seluruh Timur Tengah (contohnya, Salam, TLS, ATS, "Noorsat: Geo-operator").

Hubungan Media: 
Jasmine Wallsmith
jw@sceye.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2506000/AD6_Wide.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2484213/sceye_logo_suitcase_logo_full_colour_rgb_1000px_72ppi_ID_a12cb870d06f_Logo.jpg?p=medium600

Source: Sceye
Related Stocks:
NASDAQ:IRDM
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Venture Capital