omniture

Viropro Bantah Penjualan Aset Alpha melalui Tindakan Penerima dan Pengurus Berikutan Rampasan Aset oleh Bank Pembangunan

Viropro, Inc.
2014-12-25 19:15 165

SAN JOSE, California, 25 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Viropro, Inc. (OTCBB: VPRO) mengumumkan hari ini kebimbangannnya tentang jualan yang dicadangkan oleh Penerima dan Pengurus yang dilantik oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bagi kesemua aset Alpha Biologics Sdn Bhd (Alpha), sebuah anak syarikat milik penuh Viropro yang bertempat di Pulau Pinang, Malaysia, boleh menimbulkan masalah yang tidak boleh dipulihkan terhadap Viropro serta lain-lain pemiutang Alpha. BPMB sebelum ini merampas fasiliti Alpha tersebut dan melantik Lim San Peen daripada PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd sebagai Penerima dan Pengurus.

Penerima dan Pengurus tersebut tidak memaklumkan Viropro tentang rancangannya untuk membubarkan syarikat itu melalui penjualan aset keseluruhan. Pengurusan Viropro menerima dokumen jualan pembubaran itu daripada salah satu pemegang sahamnya dan setelah meneliti dokumen tersebut, Viropro mendapati tujuan BPMB adalah untuk memisahkan fasiliti tersebut serta menjadikannya tidak sesuai bagi tujuan asalnya, iaitu pembuatan biologik. Tambahan pula, peralatan Alpha yang disenaraikan dalam notis jualan itu dinyatakan oleh BPMB sebagai dalam keadaan baik. "Semasa pemeriksaan fizikal pada Ogos 2014, kami mendapati banyak peranti dan peralatan terkhusus dalam penghasilan fasiliti tersebut telah rosak teruk," jelas Joseph Vallner, Ph.D., Pemangku Presiden Viropro. "Peranti tersebut adalah amat sensitif serta memerlukan pelaburan besar untuk diperbaiki atau dipindahkan, dan walaupun permintaan terhadap biologik meningkat mendadak di seluruh dunia, terdapat minat yang minimum bagi kelengkapan terpakai atau rosak. Keinginan kami untuk menentukan sepenuhnya skop kerosakan telah disekat oleh rampasan serta-merta fasiliti itu oleh BPMB."

"Kami terus berasa terkilan dengan apa yang kelihatan seperti satu proses yang tidak sensitif terhadap tuntutan bekas kakitangan, kepentingan semua pemiutang dan strategi pembangunan ekonomi Malaysia," kata Bruce Cohen, Pengerusi Lembaga Pengarah Viropro. "Cara paling sesuai untuk menyelesaikan situasi di Alpha adalah dengan berunding secara jujur tentang penstrukturan semula hutang yang akan membenarkan Alpha menjana hasil yang cukup untuk membayar pemiutangnya. Malangnya, cadangan kami kepada BPMB telah ditolak tanpa tawaran balas."

Viropro sedang mempertimbangkan kaedah perundangan untuk menangani kebimbangannya, termasuk ketiadaan notis tentang pembubaran Alpha, potensi liabiliti meningkat untuk Alpha akibat kegagalan notis pembubaran bagi menerangkan dengan tepat keadaan kelengkapan dan sama ada jualan tersebut dapat dihentikan untuk menyekat susut nilai berterusan Alpha kepada pemegang saham Viropro.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.viropro.net.

Source: Viropro, Inc.
Related Stocks:
OTC:VPRO
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service OTC/SmallCap IRW Restructurings/recapitalizations