SHENZEN, China, 26 Disember 2014 /PRNewswire/ --
Pada 23 Disember 2014 di Shenzen, China, JSC Aeroflot – Russian Airlines telah mengadakan perjumpaan meja bulat dan perbincangan perniagaan yang disasarkan untuk mengukuhkan kedudukan syarikat itu di rantau Asia, membangunkan kerjasama antara komuniti perniagaan penerbangan Rusia serta China, selain menggalakkan hubungan industri perniagaan dan pelancongan secara umumnya antara negara-negara tersebut.
Semasa perjumpaan tersebut peluang Aeroflot telah dibentangkan oleh pakar-pakar pasaran. En.Alexander Lukashin, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Komunikasi menegaskan China merupakan salah satu pasaran utama terpenting Aeroflot, manakala Beijing & Shanghai merupakan antara laluan paling popular. Moscow merupakan hubungan mudah antara Amerika Syarikat, Eropah dan Asia, yang boleh menjimatkan masa penumpang sehingga 2 jam dalam penerbangan. Aeroflot sedang mempertingkatkan flitnya dan telah mewujudkan habnya sendiri di Terminal D Moscow di lapangan terbang Sheremetyevo yang mula beroperasi pada 2009. Penumpang transit berulang-alik ke/dari China merupakan faktor pembentuk rangkaian utama Aeroflot. Destinasi transit utama adalah Saint Petersburg, Rome, Athens, London, Paris, Milan, Madrid, Barcelona. Aeroflot merancang untuk meningkatkan kapasiti penerbangan sehingga 17 penerbangan seminggu ke Beijing sebagai laluan penerbangan China paling popular pada 2015. En. Nikita Krichevskiy, Anggota Majlis Awam Aeroflot, Doktor Sains, Profesor, turut mengambil bahagian dalam perjumpaan tersebut. Beliau dengan secara khusus menegaskan keperluan untuk memperkukuhkan kerjasama, terutamanya ketika tekanan politik dan ekonomi dikenakan terhadap Rusia. "Kita tidak patut melupakan tentang pembangunan ikatan perniagaan dan pelancongan antara negara kita. Tidak syak lagi, dalam tahun-tahun mendatang kepentingan bersama antara ahli perniagaan dan rakyat negara kita hanya akan semakin berkembang. Semua ini akan memerlukan usaha tambahan dan daripada "Aeroflot", serta pihak dari China untuk memenuhi keperluan rakyat kita. Jika kita tidak melakukan perkara ini, pihak lain yang akan melakukannya. Aeroflot merupakan syarikat penerbangan utama Rusia dan salah satu kumpulan penerbangan terbesar di Eropah. Pada 2013, yang merupakan ulang tahunnya yang ke-90, Aeroflot telah membawa 20.9 juta penumpang, yang merupakan satu rekod bagi mana-mana syarikat penerbangan Russia.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh//20141223/723389 )
Sumber: Aeroflot