omniture

CloudFX Lancar Bahagian Baru - AppFX - dan Mengumumkan Tiga Perlantikan Kanan Dalam Pasukan Pengurusan Eksekutif

CloudFX
2012-08-16 17:28 585

SINGAPURA, 16 Ogos, 2012 /PRNewswire-Asia/ --  CloudFX (www.cloudfx.com), firma penasihat teknologi paling inovatif di Asia, hari ini mengumumkan perlantikan tiga orang profesional kanan industri kepada pasukan pengurusan eksekutifnya, di ibu pejabatnya di Singapura dan bekerja juga di luar Singapura. Chris Kelly, seorang veteran industri, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), Jim Wagstaff, seorang anggota profesional teknologi dan perniagaan yang disegani, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Jualan (CSO), dan Laxman Bhatia, yang berwawasan luas dalam Rangkaian atas Permintaan (Cloud) dan teknologi, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO). CloudFX juga mengumumkan pelancaran unit perniagaan terbarunya, AppFX, menyampaikan khidmat nasihat bertaraf dunia dan kerangka yang membolehkan Pemayaan Aplikasi dalam perusahaan, bersama pemayaan dan pakej layanan aplikasi, kedua-duanya di peringkat infrastruktur dan peranti end-user.

"CloudFX mengalami pertumbuhan luar jangka sejak kami mengasaskan syarikat pada 2009. Oleh sebab itu, sudah tiba masa untuk memasuki fasa baru dalam perniagaan - satu fasa yang akan menyaksikan kita bergerak ke hadapan daripada start-up, kepada syarikat penasihat strategi teknologi paling dinamik di Asia Pasifik, memberikan Choice Computing yang menjanjikan," kata Damian Crotty, Presiden dan CEO CloudFX. "Untuk membangunkan syarikat selaras dengan potensi serta wawasannya, saya memerlukan satu pasukan eksekutif kanan berpengalaman di sisi saya - para profesional yang dapat membantu saya membawa syarikat ke peringkat yang berikutnya. Chris Kelly merupakan profesional industri IT sangat berpengalaman, dan dalam peranan beliau sebagai COO, beliau akan bertindak sebagai orang kanan saya, membolehkan syarikat untuk bertumbuh secara eksponen. Jim Wagstaff merupakan seorang lagi profesional industri yang sangat berpengalaman, yang kebijaksanaan dan kepakaran perniagaannya akan memastikan yang kita dapat meneruskan dengan kadar pertumbuhan luar biasa kami. Laxman Bhatia merupakan antara arkitek rangkaian atas permintaan yang berwawasan luas di rantau Asia Pasifik, dan dengan penyertaan beliau dalam pasukan kami, kami dapat membawa syarikat ini ke peringkat baru terhadap kepuasan pelanggan."

"Saya turut gembira untuk melancarkan AppFX, memandangkan ia adalah lanjutan kejayaan menakjubkan CloudFX sehingga hari ini, dan memenuhi keperluan dinamik  pelanggan-pelanggan perusahaan kami di Asia Pasifik," kata En Crotty. "Kami melihat  AppFX sebagai lanjutan khidmat pemayaan infrastruktur CloudFX, tetapi ia khususnya memenuhi keperluan perniagaan bagi pemayaan dan khidmat mempakej aplikasi, kedua-duanya di peringkat perusahan dan end-user. Pemayaan aplikasi merupakan perkataan dengan maksud luas dalam menjelaskan teknologi-teknologi perisian yang menambahbaik kebolehan mudah alih, kebolehan untuk diurus dan keserasian aplikasi-aplikasi. Ia merupakan menyingkiran sesuatu aplikasi daripada sistem operasi yang ia laksanakan. Pemayaan aplikasi lazimnya diketepikan alam konteks projek-projek gabungan infrastruktur, dan sehingga hari ini, ini merupakan halangan berpotensi untuk kemajuan." 

Tiga tahun sejak diperkenalkan, CloudFX telah membentuk perkongsian strategik bersama kesemua vendor teknologi Tier One merentasi Asia Pasifik, dan telah berkembang pesat merentasi ASEAN dan sehingga ke Australia dan Jepun, memiliki pelanggan dalam senarai Fortune 500, dan juga antara jenama terbesar di Asia. "Kami berada di satu peringkat mengujakan bagi syarikat kami, "demikian simpul Damian Crotty. "Kami merintis laluan bersama syarikat-syarikat terbesar di rantau ini, kami sedang mewujudkan dan mendahului satu industri baru, dan kami adalah pemangkin bagi perubahan positif, menunaikan Choice Computing yang menjanjikan, hari ini. Perhatikanlah CloudFX dengan serius - kami sedang melakukan sesuatu yang istimewa di rantau ini."

Mengenai CloudFX

CloudFX merupakan sebuah firma penasihat teknologi strategik, menyampaikan Teknologi yang menjanjikan sebagai pendorong teras perniagaan - hari ini. Bersama reputasi bertaraf dunia bagi khidmat nasihat dan implementasi, kami mentranformasi pelanggan dengan menyusun semula keseluruhan infrastruktur IT mereka, memperkemas risikan perniagaan dan menawarkan pemodenan dan migrasi implikasi. CloudFX merupakan vendor yang benar-benar neutral, dan kami berusaha bersama-sama dengan pelanggan untuk mengatasi kerumitan alam IT - menyampaikan satu pendekatan mengikut langganan, berisiko rendah dan berkesan daripada segi kos - dengan menempatkan teknologi sebagai pendorong utama perniagaan. Kami percaya transformasi teknologi merupakan satu perjalanan jauh, dan CloudFX merupakan gerbang yang mampu menunaikan janjinya. Bangga dengan pasukan antarabangsa kami yang penuh berpengalaman, kami bekerjasama dengan para pelanggan dan rakan-rakan merentasi seluruh Asia Pasifik dan menyampaikan hasil yang sesuai dengan ekspektasi anda - untuk menukar perniagaan anda menerusi teknologi. Bersama ibu pejabat serantau kami di Singapura, CloudFX sedang berkembang dengan pesat untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan rakan-rakan rangkaian, yang termasuk vendor-vendor teknologi Tier One. Diasaskan pada 2009, kami telah bekerjasama dan memayakan kesemua syarikat kewangan dan telekom di rantau ini. CloudFX menempatkan para pelanggan kami bagi kepimpinan global dengan mentranformasi perniagaan-perniagaan mereka, menggunakan teknologi rangkaian atas permintaan paling inovatif yang terdapat, dan kami komited dalam mencapai wawasan kami: Untuk menetapkan standard kecemerlangan global dalam keunggulan teknologi yang menjanjikan. Anda boleh mengetahui lanjut mengenai CloudFX di www.cloudfx.com untuk menyertai  LinkedIn Group "CloudFX Members" http://www.linkedin.com/groups/CloudFX-Members.

Bagi maklumat lanjut, sila lawat:

Chris Kelly
Naib Presiden dan COO
pr@cloudfx.com
+65-6733-9886

SUMBER: CloudFX

Source: CloudFX
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Personnel announcements