omniture

Vantage Markets Raikan Meraikan Kejayaan Tamatnya "Vantage Medal Mania"

Vantage
2024-09-19 08:05 12

PORT VILA, Vanuatu, 19 September 2024 /PRNewswire/ -- Broker CFD berbilang aset yang terkemuka, Vantage Markets (atau "Vantage") telah berjaya menamatkan promosi "Vantage Medal Mania". Sepanjang kempen selama 18 hari, promosi tersebut menyaksikan penyertaan yang bersemangat daripada pelanggan merentas pelbagai wilayah, dengan lebih 1 juta pingat dimenangi.

Vantage Markets Celebrates the Successful Conclusion of "Vantage Medal Mania"
Vantage Markets Celebrates the Successful Conclusion of "Vantage Medal Mania"

Promosi eksklusif Aplikasi ini berlangsung mulai 25 Julai hingga 11 Ogos 2024 dan merangkum semangat daya saing Sukan ini, dengan lebih 350,000 jumlah undi. Pelanggan mengundi pasukan kegemaran mereka dalam pelbagai sukan, menambah kepada keghairahan acara ini.

Renang muncul sebagai sukan teratas dari segi jumlah undi, diikuti rapat oleh Terjun dan Olahraga,  memaparkan minat khalayak global terhadap acara-acara berisiko tinggi ini. Dari segi undi menang, Pingpong, dengan acara Berpasukan Wanita, Perseorangan Wanita dan Badminton Beregu Wanita mengungguli senarai ramalan yang paling berjaya.

"Kami berasa gembira dengan sambutan yang menggalakkan terhadap 'Vantage Medal Mania.' Keghairahan dan penglibatan daripada pelanggan kami benar-benar mencerminkan semangat persaingan dan kegembiraan mengambil bahagian dalam Sukan ini," kata Lian J, Pengarah Pertumbuhan Pengguna untuk Vantage App. "Kami berharap dapat membawa lebih banyak pengalaman yang menarik dan mendatangkan kepuasan kepada pelanggan kami pada masa akan datang."

Promosi ini menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menukarkan pingat terkumpul mereka dengan pelbagai ganjaran dagangan, termasuk baucar pulangan tunai deposit, baucar kerugian perdagangan dan banyak lagi. Para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai dan mata-V melalui cabutan bertuah.

Menerusi kejayaan "Vantage Medal Mania", Vantage Markets terus memperlihatkan komitmennya untuk menyediakan pengalaman yang menarik dan mendatangkan kepuasan kepada pelanggannya. Promosi ini mengikut rapat "Trading Championship 2024" yang sedang berlangsung dan ditutup pada 31 Ogos 2024, menekankan lagi dedikasi Vantage untuk memupuk persekitaran dagangan yang kompetitif dan dinamik.

Ketahui lebih lanjut mengenai promosi terkini Vantage pada Vantage App.

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 14 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Sports Telecommunications