omniture

Camera360 Memperkenalkan V6.0 untuk Android

Memperkenalkan Antara Muka Pengguna Diperbaharui dan Pandangan Bersama Baharu
Camera360
2015-01-01 07:00 156

CHENGDU, China, 1 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Camera360, perintis global dalam fotografi mudah alih, hari ini memperkenalkan versi 6.0 mereka untuk app kebanggaan mereka bagi Android. Pengeluaran baharu ini, yang memperlihatkan antara muka pengguna baharu yang rapi dan didatangkan dengan banyak ciri produk baharu, bakal meningkatkan pengalaman fotografi mudah alih keseluruhan untuk ratusan juta pengguna Camera360 seluruh dunia.

Luaskan imaginasi dengan Camera360 V6.0
Luaskan imaginasi dengan Camera360 V6.0

Digabungkan dengan antara muka yang lebih intuitif dan ciri tambahan yang berpaksikan pengguna, Camera360 6.0 membenarkan pengguna melayari semua fungsi fotografi mudah alihnya yang berkuasa dengan pantas.

"Camera360 dikenali untuk penapisnya yang unik dan ciri pengambilan serta penyuntingan gambar yang menyeluruh," kata Xu Hao, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Camera360. "Rekaan yang dibaharui semula ini membuatkan semua ciri popular menjadi lebih mudah diakses di samping mengetengahkan ciri-ciri lain yang menyediakan kemudahan kepada para pengguna kami seperti Album Awan dan seksyen Teroka yang baru ditambah."

Tarikan utama pembaharuan semula antara muka pengguna itu ialah laman berbilang panel yang memukau pandangan, yang memaparkan beberapa bentuk heksagon yang berilhamkan bentuk iris kamera dalam imej latar belakang panorama terpilih. Setiap heksagon akan membolehkan akses terus kepada salah satu ciri Camera360 yang paling popular. Terdapat juga seksyen "Teroka" baharu, yang mana Camera Store kini telah disepadukan dengan lancar dengan banyak lagi pilihan kandungan yang berguna dan menarik untuk para pengguna. Reka letak gaya poster baharu ini menyerlahkan kecantikan tampak serta kebolehgunaan bahan secara serentak.

Ketua Pegawai Eksekutif Camera360 Xu Hao juga telah memberi bayangan yang pengeluaran baharu ini menandakan peralihan syarikat daripada produk kemudahan sepenuhnya menjadi produk yang lebih berpaksikan pengguna dan tertumpu bahan.

Kemas kini 6.0 Camera360 juga memasukkan beberapa peningkatan serta kemas kini lain, seperti antara muka penyuntingan yang lebih lapang, ciri perkemasan kulit semula jadi bagi mengurus setiap ciri bagi gambar selfie yang sempurna, ciri penghasilan kolaj yang lebih intuitif, dan sebagainya.

Camera360 6.0 kini boleh didapati dalam Android dan tidak lama lagi boleh digunakan dengan iOS.

Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=vStudio.Android.Camera360

Latar Belakang Camera360

Camera360 merupakan syarikat teknologi dan seni yang membina ekosistem alat digital serta perkhidmatan untuk masyarakat kreatif seluruh dunia bagi menangkap, menggubah, dan berkongsi saat indah dalam hidup mereka.

Camera360 disokong oleh SIG China, Gobi Partners, dan Matrix Partners China. Untuk maklumat lanjut, lawati http ://www.camera360.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Caroline Luo
Perhubungan Awam Luar Negara, Camera360
Telefon: (86)153-9002-0623
E-mel: caroline@camera360.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20141230/0861409831

Source: Camera360
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services