omniture

Dubai Mengalu-alukan Kedatangan 2015 dengan Pertunjukan Malam Tahun Baharu yang Paling Banyak Ditonton Seluruh Dunia oleh Emaar di Pusat Bandar Dubai

Emaar Properties
2015-01-02 16:04 74

DUBAI, UAE, 2 Januari 2015 /PRNewswire/ --

Majlis Malam Tahun Baharu Pusat Bandar Dubai, dengan pertunjukan bunga api memukau yang tidak pernah dilihat sebelum ini, cahaya LED serta paparan sinaran laser, sekali lagi meletakkan Dubai di mata dunia dengan persembahan Malam Tahun Baharu yang paling banyak ditonton seluruh dunia.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141231/723663 )

Dianjurkan oleh pemaju harta tanah global Emaar Properties, acara itu juga berjaya meraih gelaran Rekod Dunia Guinness untuk 'Muka Hadapan Bangunan Disinari LED Terbesar di Dunia' di Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia.

Ahmad Al Matrooshi, Pengarah Urusan Emaar, berkata: "Majlis Malam Tahun Baharu Pusat Bandar Dubai merupakan simbol keyakinan Dubai serta kemampuannya untuk mengilhamkan, menyatukan, dan membawa kegembiraan kepada orang ramai seluruh dunia. Sambutan ini membawakan harapan dan keriangan untuk hari esok yang lebih baik serta era pertumbuhan baharu yang mempunyai harapan tinggi di sini, di Dubai, sebuah bandar global yang menyediakan peluang dan persekitaran untuk pertumbuhan perniagaan serta peribadi."

'Muka Hadapan Bangunan Disinari LED Terbesar di Dunia' di keliling Burj Khalifa merupakan pusat kegemilangan sambil mengagumkan para penonton dengan salah satu pertunjukan tampak paling bercahaya di dunia setakat ini. Merangkumi keluasan sejumlah 32,467 meter persegi, pencahayaan itu mengatasi rekod sedia ada, dengan kawasan skrin LED keliling Burj Khalifa seluas hampir 3.75 kali lebih besar. Paparan LED yang memecahkan rekod itu mempunyai 70,000 mentol LED yang diletakkan dalam kedudukannya menggunakan lebih 100,000 pendakap dan disambungkan dengan rapi menggunakan pendawaian sepanjang 55,000 meter bagi paparan tampak yang sempurna.

Pertunjukan bunga api, persembahan laser, dan paparan multimedia itu menggunakan teknologi piroteknik dan pencahayaan LED paling canggih di dunia. Ahli-ahli profesional dari seluruh dunia mengusahakan projek itu dengan lebih 192,000 jam kerja dikhususkan kepada majlis itu. Kira-kira 200 orang ahli profesional berkemahiran telah ditugaskan dengan projek itu. Lebih 4.7 tan bunga api telah digunakan untuk pertunjukan bunga api itu dengan 25,000 percikan api menerangi langit malam. Pertunjukan bunga api yang disegerakkan sempurna itu menggunakan lebih 25,000 meter kabel, sesetengahnya menjalar hingga ke puncak tiang menara Burj Khalifa bagi kesan ibarat dimahkotakan.

Mengatasi semua edisi Majlis terdahulu, pertunjukan bunga api itu bertindak sebagai persembahan yang paling memukau setakat ini. Mempersembahkan Burj Khalifa seolah-olah sebagai 'entiti hidup', rekaan piroteknik yang tidak pernah dilihat sebelum ini untuk bunga api itu menyerikan menara itu dengan cecincin berwarna-warni serta gelombang yang bersemarak. Akhirnya, tahun 2015 telah dialu-alukan dengan cahaya beransur-ansur yang mempesonakan dan memuncak apabila ribuan bintang meletus dan menyimbah Burj Khalifa dengan cahaya.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Kelly Home
ASDA'A Burson-Marsteller
kelly.home@bm.com

Sumber: Emaar Properties

 

Source: Emaar Properties
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Commercial Real Estate Entertainment Travel