omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Pemupukan Bakat ICT dan Pusat Pameran Kampus Pintar

Huawei
2024-09-23 22:46 36

SHANGHAI, 23 September 2024 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2024, Huawei melancarkan Penyelesaian Pemupukan Bakat ICT di sidang kemuncak pendidikan global yang bertemakan Cultivating ICT Talent to Amplify Education Intelligence (Memupuk Bakat ICT bagi Mempercepat Kecerdasan Pendidikan). Di samping itu, Huawei dan University of Shanghai for Science and Technology (USST) melancarkan secara bersama sebuah pusat pameran kampus pintar bagi membantu memupuk bakat ICT yang berpendidikan tinggi dan mempercepat transformasi pintar dalam industri pendidikan.

Launch of Huawei ICT Talent Cultivation Solution
Launch of Huawei ICT Talent Cultivation Solution

Peserta-peserta majlis pelancaran penyelesaian ini ialah: Youssef Ben Halima, Penasihat Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik Tunisia; Dr. Suthiporn Truktrong, Pemangku Naib Presiden Prince of Songkla University; Hu Yining, Timbalan Pengarah dan Tutor Kedoktoran Pusat Rangkaian dan Maklumat, Southeast University; Li Junfeng, Naib Presiden Huawei dan Presiden Sektor Awam Global; Liu Jiansheng, Presiden Jabatan Perkhidmatan Pembelajaran & Pensijilan Huawei; dan Sun Gang, Pengarah Jabatan Pembangunan Rakan Kongsi Bakat ICT Huawei. 

Penyelesaian Pemupukan Bakat ICT Huawei Memperkasakan Pelbagai Industri

Tatkala ekonomi digital global dan industri ICT berkembang pesat, keperluan terhadap bakat ICT menjadi semakin meningkat. Bagi membantu memupuk bakat ICT yang berpendidikan tinggi, Huawei membangunkan penyelesaian pemupukan bakat ICT yang inovatif. Penyelesaian ini menyediakan kursus ICT yang komprehensif, kelebihan ekosistem industri yang berkuasa dan sistem jurulatih profesional bertaraf global. Dengan menyediakan platform pembangunan bakat digital sehenti, sumber pengajaran yang inovatif dan alatan latihan praktikal, penyelesaian ini dapat membantu universiti-universiti mempercepat usaha pemupukan bakat ICT dan menyokong pembangunan ekonomi digital yang berkualiti tinggi.

Huawei berkolaborasi dengan lebih 2700 universiti dan institusi pendidikan di seluruh dunia untuk melatih ahli profesional ICT baharu yang memenuhi permintaan pasaran. Khususnya, Huawei bekerjasama dengan Shenzhen Polytechnic University untuk meningkatkan kualiti pengajaran secara berterusan dengan membangunkan secara bersama kurikulum baharu, melatih guru dan membina pangkalan latihan. Setakat ini, lebih daripada 4800 orang pelajar telah lulus pensijilan Huawei dan menyandang jawatan dalam informatisasi, lalu menyumbang kepada kemajuan dalam ekonomi dan industri digital.

Li Junfeng, Naib Presiden Huawei dan Presiden Sektor Awam Global, berkata Huawei mempunyai komitmen yang teguh terhadap industri pendidikan dan bekerjasama dengan kolej serta universiti di seluruh dunia untuk menghimpunkan amalan yang berjaya dalam transformasi digital dan pintar. Berdasarkan kepada permintaan pelanggan dan ciri-ciri mereka, Huawei berganding bahu dengan rakan kongsi untuk menyampaikan penyelesaian dan perkhidmatan berasaskan senario seperti Pemupukan Bakat ICT, Bilik Darjah Pintar 3.0, Pengkomputeran Penyelidikan Saintifik dan Kampus Sekolah Bestari.

Kampus Pintar USST Menetapkan Penanda Aras Global

Huawei dan USST berkolaborasi untuk mewujudkan pusat pameran kampus pintar yang mempamerkan konsep termaju dan berfungsi sebagai model untuk pembinaan kampus pintar di China dan seterusnya. Bagi membina sebuah universiti pintar semua-digital, USST memfokuskan kepada dua aspek utama iaitu data dan aplikasi. Ia turut bekerjasama dengan Huawei untuk menggalakkan pelaksanaan perkhidmatan, pengurusan dan pembelajaran dalam talian sehenti, seterusnya meningkatkan kecekapan pengurusan dan tahap perkhidmatan secara menyeluruh.

Launch of the smart campus exhibition center
Launch of the smart campus exhibition center

Zhao Ming, Naib Presiden USST, berkata universiti ini menumpukan untuk mempercepat kecerdasan dalam pendidikan dan membina universiti sains dan kejuruteraan kelas pertama dengan ciri-ciri yang cemerlang. USST akan terus menggalakkan pendidikan pintar dan mengoptimumkan pengajaran, penyelidikan serta pengurusan untuk berkembang menjadi sebuah institusi pendidikan yang lebih pintar.

Huawei merancang untuk terus mendalami sektor pendidikan dan mengutamakan keperluan pelanggan. Kami akan berkolaborasi dengan rakan kongsi antarabangsa bagi membangunkan teknologi dan penyelesaian termaju serta mempercepat transformasi digital dan pintar pendidikan, mewujudkan kampus yang lebih pintar dan memupuk lebih ramai ahli profesional yang berpandangan jauh dan berkaliber tinggi.

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education