-- Finalis dari Australia, Kanada, United Kingdom, dan Amerika Syarikat Bertanding untuk Hadiah Utama Bernilai $1 Juta USD dan Kerjaya Impian bersama Universal Pictures
--Tonton Iklan Ciptaan Pengguna dan Undi untuk Iklan Kegemaran anda di Doritos.com
PURCHASE, New York, 5 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini Doritos memperlihatkan 10 iklan ciptaan pengguna yang telah dipilih sebagai finalis untuk peraduan tahunan "Crash the Super Bowl". Jenama snek terkenal PepsiCo telah mempersembahkan antara iklan Super Bowl yang paling hangat diperkatakan sepanjang zaman dan untuk tahun ke sembilan berturut-turut, jenama itu akan menyerahkan pentas global kepada dua peminat berani yang telah menghasilkan sendiri iklan Doritos. Bagi tahun kedua berturut-turut, Doritos telah membuka pertandingan ini kepada para peminat di seluruh dunia dan finalis tahun ini termasuklah rekod penyertaan empat iklan dari luar Amerika Syarikat.
10 finalis tersebut, yang berasal dari Australia, Kanada, United Kingdom, dan Amerika Syarikat, telah dipilih daripada hampir 4,900 penyertaan mewakili 29 buah negara di seluruh dunia. Dua daripada 10 iklan televisyen tersebut akan dipilih untuk ditayangkan semasa Super Bowl XLIX, iaitu perlawanan kejohanan Liga Bolasepak Kebangsaan di Amerika Syarikat, yang ditonton setiap tahun oleh lebih 100 juta orang di seluruh dunia. Pemenang hadiah utama akan dipilih melalui undian peminat di www.doritos.com dan satu lagi iklan yang bakal ke udara akan dipilih oleh jenama Doritos. Para peminat boleh menonton kesemua 10 finalis dan mengundi iklan kegemaran mereka di www.doritos.com sehingga 28 Januari pada 11:59PM CST.
Pemenang hadiah utama akan memenangi hadiah utama terjamin sebanyak $1 Juta USD, selain peluang yang belum pernah diberikan dalam sejarah pertandingan itu: peluang untuk bekerja sebagai kontraktor bagi tempoh satu tahun di Universal Pictures, Hollywood.
10 iklan finalis Crash the Super Bowl (nama keluarga finalis mengikut turutan abjad) adalah:
10 finalis tersebut telah dipilih daripada 29 iklan semifinalis oleh panel juri yang bertauliah, termasuk para eksekutif daripada jenama Doritos, ahli-ahli profesional pengiklanan, dan pelakon wanita/penerbit Elizabeth Banks --- yang akan melakukan penampilan sulungnya sebagai pengarah dalam "Pitch Perfect 2" serta telah berlakon dalam filem-filem yang menerima sanjungan pengkritik seperti "The 40-Year-Old Virgin," "Seabiscuit," dan juga "Pitch Perfect," selain francais global seperti "The Lego Movie," "The Hunger Games," dan "Spider-man."
"Ia merupakan satu pengalaman menakjubkan untuk terlibat dalam memilih finalis bagi program Crash the Super Bowl tahun ini," kata Banks. "Saya teruja untuk menonton iklan yang berjaya memikat hati para peminat dan siapakah pembikin filem yang bakal memenangi peluang istimewa untuk bekerja di Universal."
"Peminat Doritos terus mengagumkan kami dengan kreativiti dan keghairahan mereka untuk jenama itu," kata Ann Mukherjee, presiden, PepsiCo Global Snacks Group dan PepsiCo Global Insights. "Apabila kami memulakan pertandingan ini sembilan tahun lalu ia merupakan salah satu contoh pertama serta terbaik bagi kandungan yang dijana pengguna, dan jenama itu cukup berani untuk mempertontonkannya di salah satu pentas terbesar dunia. Bagi meneruskan tradisi itu, penyertaan tahun ini merupakan antara iklan terbaik yang pernah kami saksikan dan hanya dalam tahun kedua kami membuka pertndingan itu kepada para penonton global, hampir separuh daripada para finalis datang dari luar Amerika Syarikat. Kami mempunyai 10 iklan mengagumkan dan saya ternanti-nanti untuk melihat iklan yang akan dipilih oleh peminat bagi membawa pulang hadiah utama.
Setiap seorang daripada finalis Crash the Super Bowl akan menerima jemputan untuk menghadiri Super Bowl XLIX dan menonton perlawanan itu daripada suit persendirian, yang mana mereka akan menontonnya bagi mengetahui iklan yang akan disiarkan untuk dilihat di seluruh dunia. Lapan finalis yang iklan mereka tidak disiarkan semasa siaran itu akan meraih $25,000 USD setiap seorang. Pemenang kedua yang iklannya disiarkan, tetapi tidak menerima undian peminat terbanyak, akan memenangi $50,000 USD. Siaran Super Bowl XLIX dijadualkan pada hari Ahad, 1 Februari, 2015, melalui saluran NBC di Amerika Syarikat dan rangkaian siaran tempatan di seluruh dunia.
Latar Belakang Doritos
Doritos merupakan salah satu jenama utama daripada portfolio snek global PepsiCo (NYSE: PEP). Bagi mengetahui lebih lanjut tentang jenama Doritos, sila lawati laman sesawangnya di www.doritos.com.
Latar Belakang PepsiCo
Produk-produk PepsiCo dinikmati pengguna sebanyak satu bilion kali sehari di lebih 200 buah negara dan wilayah seluruh dunia. PepsiCo telah menjana lebih $66 bilion dalam hasil bersih pada 2013, dipacu oleh portfolio makanan dan minuman komplementari yang melibatkan Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker serta Tropicana. Portfolio produk-produk PepsiCo termasuklah pelbagai rangkaian makanan dan minuman enak, termasuk 22 jenama yang menjana lebih $1 bilion setiap satu dalam jualan runcit tahunan yang dianggarkan.
Teras utama PepsiCo ialah Prestasi dengan Tujuan (Performance with Purpose) – matlamat kami untuk menghasilkan prestasi kewangan tahap tertinggi sambil mewujudkan pertumbuhan lestari dalam nilai pemegang saham. Secara praktiknya, Prestasi dengan Tujuan bermakna menyediakan pelbagai makanan dan minumam daripada makanan ringan kepada makanan sihat; mencari cara inovatif untuk meminimumkan impak kami ke atas alam sekitar serta mengurangkan kos pengendalian kami bagi menyediakan tempat kerja yang selamat dan juga inklusif untuk para pekerja kami di seluruh dunia; dan menghormati, menyokong serta melabur dalam komuniti tempatan di mana kami beroperasi. Sebarang maklumat lanjut, lawati www.pepsico.com.
Ikuti PepsiCo:
Latar Belakang Universal Pictures
Universal Studios Universal Pictures merupakan satu divisyen Universal, (www.universalstudios.com). Universal Studios adalah sebahagian daripada NBCUniversal. NBCUniversal merupakan salah satu daripada syarikat media dan hiburan utama dunia dalam pembangunan, penerbitan serta pemasaran hiburan, berita dan juga maklumat kepada para penonton seluruh dunia. NBCUniversal memiliki dan mengendalikan portfolio hebat rangkaian berita serta hiburan, sebuah syarikat perfileman premier, operasi penerbitan televisyen yang penting, kumpulan stesen televisyen utama dan juga taman tema yang terkenal di seluruh dunia. NBCUniversal merupakan anak syarikat Comcast Corporation.