– Menghubungkan satu bilion orang seterusnya kepada Internet dan pengalaman digital.
REDMOND, Washington, 6 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin Microsoft Devices Group mengumumkan pengenalan Nokia 215, telefon dengan Internet yang paling mampu milik. Nokia 215 direka untuk menghubungkan dan memperkenalkan pembeli telefon bimbit kali pertama kepada Internet serta pengalaman digital baharu. Boleh didapati dalam model SIM Tunggal dan DwiSIM, Nokia 215 akan memperluaskan jangkauan perkhidmatan Microsoft pada harga yang lebih mampu milik.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO
Dengan harga hanya $29,*Nokia 215 akan membolehkan lebih ramai orang mengakses bahan Web popular serta perkhidmatan digital, lalu membolehkan mereka melakukan aktiviti seperti berikut:
"Dengan telefon bimbit dan perkhidmatan digital kami yang sangat mampu milik, kami melihat peluang yang berharga untuk menghubungkan satu bilion orang seterusnya dengan Internet buat kali pertama," kata Jo Harlow, naib presiden korporat Microsoft Devices Group. "Telefon Nokia 215 sempurna untuk orang yang ingin mencari peranti mudah alih pertama mereka, atau mereka yang ingin menaik taraf bagi menikmati perkhidmatan digital dan media sosial yang mudah alih seperti Facebook serta Messenger."
Nokia 215 dan Nokia 215 DwiSIM didatangkan dalam warna Hijau Terang, Hitam, serta Putih dan mula-mula akan dikeluarkan secara besar-besaran dalam pasaran terpilih di Timur Tengah, Afrika, Asia, dan Eropah semasa suku tahun pertama 2015. Nokia 215 dijangka akan mula dijual pada harga runcit dengan anggaran bernilai $29* sebelum cukai dan subsidi.
Ringkasan spesifikasi teknologi
Peranti |
Nokia 215 dan Nokia 215 DwiSIM |
Sistem pengendalian |
Nokia Series 30+ |
Paparan |
QVGA 2.4-inci |
Bateri |
BL-5C, 1100 mAh |
Tempoh masa bercakap dan tempoh bersedia |
Tempoh masa bercakap: sehingga 20 jam Tempoh masa bersedia: sehingga 29 hari (SIM Tunggal), 21 hari (DwiSIM) |
Kamera |
Kamera VGA |
Keterhubungan |
900/1800 MHz, Mikro USB, penghubung AV 3.5mm, Bluetooth 3.0 dengan SLAM dan profil HSP/HFP |
Memori |
Boleh menyimpan sehingga 32GB mikroSD |
Dimensi dan berat |
116mm x 50mm x 12.9mm 78.7 gram |
Latar Belakang Microsoft Devices
Microsoft Devices Group termasuklah perkakas yang memenangi anugerah,
lebih satu bilion orang seluruh dunia, termasuklah telefon pintar dan tablet Lumia, telefon bimbit Nokia, perkakas Xbox, Surface, produk Perceptive Pixel, dan aksesori.
Latar Belakang Microsoft
Ditubuhkan pada 1975, Microsoft (Nasdaq "MSFT") merupakan peneraju dunia dalam perisian, perkhidmatan, peranti, dan penyelesaian yang membantu orang ramai serta perniagaan merealisasikan potensi penuh mereka.
Harga untuk Nokia 215 dan Nokia 215 DwiSIM adalah berbeza mengikut pasaran dan pengendali; harga runcit anggaran adalah kira-kira $29 sebelum cukai dan subsidi.