omniture

Trinasolar hasilkan modul c-Si kitar semula sepenuhnya pertama di dunia, pencapaian dalam kemampanan

Trina Solar Co., Ltd
2024-09-25 09:36 11

CHANGZHOU, China, 25 September 2024 /PRNewswire/ -- Trinasolar mengumumkan bahawa ia telah berjaya menghasilkan modul c-Si kitar semula sepenuhnya yang pertama di dunia. Research Center Academy of Trinasolar melakar kejayaan ini dengan teknologi kitar semula inovatif yang dibangunkan sendiri, menggunakan bahan, termasuk silikon, perak, bingkai aluminium, kaca yang diperoleh semula daripada modul sisa. Pencapaian ini menekankan komitmen Trinasolar terhadap pembangunan mampan dan kedudukan utamanya dalam industri ini.

Gao Jifan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Trinasolar serta Pengarah Institut R&D Pusat, berkata pengeluaran modul c-Si kitar semula sepenuhnya yang pertama di dunia ini merupakan keazaman yang teguh terhadap tanggungjawab Trinasolar untuk menggalakkan pembangunan mampan dalam industri PV yang menyumbang kepada peralihan tenaga global.

Pengeluaran modul PV kitar semula pertama di dunia ini dipimpin oleh Trinasolar dan disiapkan melalui kolaborasi bersama rakan kongsi huluan dan hiliran. Trinasolar telahpun berjaya dalam kitar semula semua komponen bahan bernilai tinggi, termasuk bingkai aluminium, kaca, perak dan silikon, daripada panel PV sisa. Ini dapat dicapai melalui pelbagai teknik, termasuk penggunaan reagen pemisahan antara lapisan yang dibangunkan sendiri, teknologi punaran kimia, teknologi pengekstrakan perak kimia basah dan teknologi inovatif yang lain. Modul PV kitar semula ini menggunakan teknologi TOPCon jenis-n dan mempunyai reka bentuk saiz emas, dengan kecekapan modul 20.7% dan output kuasa melebihi 645W.

Trinasolar memfokuskan kepada pengendalian dan kitar semula panel PV sisa dengan teliti dan berusaha untuk mematuhi piawaian antarabangsa. Arahan Peralatan Elektrik dan Elektronik Sisa Kesatuan Eropah, yang diterbitkan pada tahun 2012, memberi mandat bahawa 85% panel sisa perlu dikumpul secara berpusat dan 80% daripada bahan akan dikitar semula. Trinasolar komited untuk membangunkan penyelesaian teknologi termaju bagi memulihkan dan mengitar semula modul PV sisa. Syarikat ini memohon 37 paten dalam bidang kitar semula modul.

Trinasolar meletakkan kepentingan yang tinggi untuk meminimumkan impak alam sekitar daripada operasi pembuatannya. Syarikat ini menjadi ahli PV Cycle sejak tahun 2010 dan membangunkan satu siri kaedah pelupusan patuh untuk modul PV hujung hayat bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar. Pencapaiannya dalam teknologi kitar semula modul bukan sahaja menyediakan penyelesaian penting kepada pelucutan besar-besaran modul PV, tetapi juga memberikan rangsangan kepada pembangunan industri PV.

 

 

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities Conservation/Recycling New products/services