omniture

Pameran Canton ke-116 - "Rakan Sempurna Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana Masa Kini"

Canton Fair
2015-01-06 22:00 112

GUANGZHOU, China, 6 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Perusahaan kecil dan sederhana (SME) mungkin tidak menjana hasil besar yang diperoleh syarikat-syarikat multinasional, namun tetap merupakan gambaran penting bagi setiap ekonomi yang sihat. Dengan menyediakan pekerjaan yang tidak ternilai, membekalkan barangan dan perkhidmatan penting kepada syarikat-syarikat lebih besar, serta memacu inovasi, perusahaan sedemikian merangsang dan juga mendokong pertumbuhan ekonomi.

Sebagai pameran dagangan China yang paling berprestij dan menguntungkan, Pameran Canton telah lama mengiktiraf kepentingan SME kepada perdagangan global. Kini hampir 70 peratus pengunjung antarabangsa menghadiri acara tersebut yang terdiri daripada pemilik, pengurus atau kakitangan SME. Mereka hadir ke Guangzhou sebanyak dua kali setahun bagi tujuan membeli produk, meneroka trend pasaran, mengumpulkan maklumat dan mengadakan perkongsian lumayan dengan syarikat-syarikat di China.

Melawat Pameran Canton ke-116 untuk mencari bahan-bahan hiasan rumah, Etienne daripada Guadeloupe menghadiri acara tersebut buat kali kedua.

"Bagi sebuah perniagaan kecil Pameran Canton merupakan pusat sehenti yang sempurna," jelas beliau. "Saya telah menemui dua pembekal baharu di sini dan juga melawat beberapa kilang. Saya juga dapat menguruskan pengeposan, penghantaran kargo dan penggabungan. Segalanya amat mudah kerana Pameran ini begitu teratur."

Penganjur Pesta Canton berdedikasi untuk membantu SME di seluruh dunia mengembangkan perniagaan mereka. Ini adalah dengan membangunkan alatan, promosi dan inisiatif baharu secara berterusan yang menyokong perniagaan kecil, membolehkan mereka memanfaatkan pelbagai peluang yang disediakan oleh pasaran China yang pesat. Ia juga termasuklah dengan bekerjasama bersama dewan-dewan perdagangan dan persatuan perniagaan di seluruh dunia, mencapai syarikat-syarikat yang seterusnya menghargai betapa Pameran itu amat bernilai untuk meningkatkan hasil.

Berhasrat untuk mencari sumber beg melancong, Nicolau dari Cyprus juga melawat Pameran Canton ke-116. Pemilik SME itu lebih daripada gembira dengan produk-produk yang ditawarkan.

"Saya telah menghadiri Pameran Canton bagi tempoh kira-kira 10 tahun dan kualiti serta harga produk yang ditawarkan sentiasa bertambah baik," kata warga Cyprus itu. "Di samping gembira dengan pembekal semasa saya, anda dapat menemui benda-benda baharu sepanjang masa."

"Pameran Canton amat teratur," sambung usahawan itu. "Bagi kedua-dua pemborong kecil dan peruncit, ia benar-benar dapat memberikan kelebihan kepada perniagaan anda."

Para penganjur pameran kini sedang merancang edisi ke-117 Pameran Canton, yang dijadualkan bermula pada 15 April 2015.

Untuk maklumat lanjut sila lawati: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

Untuk pertanyaan media:

En. Wu Xiaoying
Tel: +86-20-8913-8628
E-mel: xiaoying.wu@cantonfair.org

Source: Canton Fair
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news