omniture

DLD 2015: "It's Only the Beginning"

Hubert Burda Media
2015-01-06 22:41 74

MUNICH, 6 Januari 2015 /PRNewswire/ --

  • Persidangan DLD ke-11 bakal berlangsung di Munich pada 18-20 Januari 2015 
  • Hubert Burda Media menjangkakan sekitar 1,000 peserta dan lebih 150 penyampai antarabangsa

Bermula 18 hingga 20 Januari 2015, Hubert Burda Media akan mengalu-alukan sekitar 1,000 tetamu antarabangsa ke Forum HVB Munich bagi persidangan inovasi  DLD (Digital, Life, Design) kesebelas. Dengan tajuk "It's only the beginning", acara tersebut akan menyaksikan lebih 150 penyampai antarabangsa membincangkan pengaruh pendigitalan berterusan terhadap masyarakat, dunia pekerjaan, industri, mobiliti, seni dan rekaan.

Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150107/723837-a 
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150107/723837-b

"Sepanjang dua dekad lalu, pendigitalan telah mengubah dunia dengan pantas." terang pengasas dan pengurus DLD Steffi Czerny. "Walau bagaimanapun, saya yakin perubahan hebat terhadap dunia digital akan terus muncul -- dan kadar perubahan akan berubah dengan dramatik. Inilah sebabnya saya memilih 'It's only the beginning' sebagai slogan untuk DLD15."

Topik seperti data besar, industri 4.0, Internet Perkara, mudah alih, kesihatan, dan e-dagang akan menjadi fokus persidangan digital utama Eropah, yang menampilkan para penyampai seperti Travis Kalanick (Ketua Pegawai Eksekutif Uber), David Marcus (Facebook), Dennis Woodside (Dropbox), Tim Hottges (Deutsche Telekom), Andrew McAfee (MIT), Giorgio Moroder (penerbit muzik) and Ian Robertson (BMW). Sekali lagi, DLD15 akan menjadikan seni, rekaan, muzik dan gaya hidup sebagai seismograf perubahan. Sebagai contoh, panel dan bengkel "Luxury" yang disampaikan oleh Thomas Tochtermann (Penasihat Kanan Fesyen & Kemewahan, World Economic Forum) membolehkan para peserta mengetahui lebih lanjut tentang pelauang-peluang dan model-model perniagaan baharu untuk jenama mewah dalam dunia digital.

Usahawan dan pengasas muda mungkin berminat khususnya dalam "Modal/Pembiayaan Usaha Niaga", yang mengalu-alukan beberapa individu penting ke pentas DLD, termasuk usahawan internet Jerman Oliver Samwer (Rocket Internet) dan kapitalis usaha niaga Amerika Ben Horowitz (Andreesen Horowitz).

Ketika Eropah menetapkan semula kedudukannya untuk pendigitalan, DLD15 juga akan turut memfokuskan kepada rangka kerja politik yang perlu ditetapkan untuk tujuan ini. Topik ini akan dikendalikan oleh ahli-ahli politik berkedudukan tinggi seperti Gunther Oettinger (Pesuruhjaya Kesatuan Eropah untuk Ekonomi dan Masyarakat Digital), Ed Vaizey (Menteri Dalam Negeri bagi Budaya dan Ekonomi Digital, UK) dan Axelle Lemaire (Timbalan Menteri Hal-Ehwal Digital, Perancis).

Sesi-sesi akan distrim secara langsung oleh DLD Media. Penyertaan dalam persidangan tersebut adalah melalui jemputan sahaja. Pihak yang berminat boleh memohon tiket yang masih ada di http://www.dld.co. Tiket tiga hari berharga EUR2,750 (ditambah VAT). Untuk maklumat lanjut tentang program dan penyampai DLD15, lawati http://dld-conference.com/DLD15.

Latar Belakang DLD:

DLD merupakan platform inovasi dan persidangan antarabangsa daripada Hubert Burda Media. DLD Media menganjurkan persidangan digital utama Eropah DLD, persidangan wanita DLDWomen, dan acara rangkaian antarabangsa di bandar-bandar seperti Palo Alto, New York, London, Tel Aviv, Istanbul, Rio de Janeiro dan Beijing. DLD Media menerbitkan penerbitan, format dalam talian dan video, serta kajian yang berkaitan dengan tema persidangan, dan juga menyediakan khidmat nasihat kepada rakan syarikat DLD, syarikat baharu, pelabur dan institusi awam. Ketua Pegawai Eksekutif, Stephanie Czerny merupakan individu yang mengasaskan secara bersama Persidangan DLD pada 2005.

Maklumat perhubungan media:

Dorothee Stommel
Burda Media
Komunikasi Korporat
Arabellastrasse 23
81925 Munich
Jerman
Telefon: +49-89-9250-2065
E-mel: dldpress@burda.com

Sumber: Hubert Burda Media

Source: Hubert Burda Media
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Trade show news