omniture

Campus With A Conscience Anjur Festival PBB

Sunway University
2024-09-26 10:24 30

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 September 2024 /PRNewswire/ -- Inovasi, inspirasi dan dedikasi menghimpunkan pemimpin korporat, pertubuhan bukan kerajaan, pempengaruh, kanak-kanak sekolah, kumpulan masyarakat khas dan lebih 25,000 orang pelajar sempena festival selama tiga hari di Sunway University bagi menyokong 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Photo 1: Honourable guests, international ambassadors and students participating in the Local Action for Global Goals flag parade
Photo 1: Honourable guests, international ambassadors and students participating in the Local Action for Global Goals flag parade

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Campus With A Conscience yang sedang berjalan, Local Action for Global Goals 2024 diadakan mulai 23-25 September, menandakan ulang tahun ke-9 SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dilancarkan pada tahun 2015. Acara ini membawakan perarakan bendera harian, persembahan, bengkel dan pasaran mampan. Sorotan termasuk paparan korporat daripada jenama-jenama rintis seperti HP, Decathlon, Blueshark, Uniqlo, Origins, The Body Shop, BloomThis dan banyak lagi, berserta pertunjukan fesyen mampan oleh Sunway College dan Stylo, Hab Teknologi Rekaan Fesyen.

Turut serta bersama pengunjung yang teruja di kampus ialah sejumlah ketua serantau daripada UNICEF, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ahli-ahli daripada Kesatuan Eropah (EU), serta duta-duta dari lebih 12 negara.

Upacara yang penting ini turut mendapat perkenan daripada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, yang melawat kampus ini dan menikmati persembahan muzik secara langsung oleh ahli-ahli Orkestra Filharmonik Malaysia.

Photo 2: Raja Muda of Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj is a great supporter of the Sunway Campus With A Conscience initiative
Photo 2: Raja Muda of Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj is a great supporter of the Sunway Campus With A Conscience initiative

Semasa berlangsungnya acara ini, terdapat kutipan e-sisa di mana kakitangan dan pelajar Sunway dapat melupuskan barangan elektrik mereka yang tidak diingini secara mesra alam sekitar. Sejak permulaan inisiatif ini, lebih 37,000 kg sisa elektrik telahpun dikumpul.

Para peserta muda dari sekolah-sekolah di seluruh negara dijemput untuk menikmati peta jejak "Be A SDG Scout" interaktif merentasi kampus, mempelajari 17 fakta SDG baharu dalam setiap langkah perjalanan pencerahan mereka, bagi membantu memastikan generasi seterusnya akan terus membawa mesej tentang pengaruh dan tindakan.

Salah satu elemen paling unik di acara tahun ini ialah Taman Harapan. Sebagai sokongan kepada UNICEF Malaysia dan hiasan bunga oleh BloomThis, inisiatif ini menggalakkan komuniti untuk membeli benih bunga daripada mesin layan diri, menanamnya dan menyumbang kepada kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia. Semua hasil akan didermakan kepada UNICEF Malaysia, bagi memberi manfaat kepada kanak-kanak tempatan yang kurang bernasib baik. Mesin layan diri ditaja dengan murah hati oleh Advanced Food Technologies (AFT).

Sunway University juga teruja untuk berkolaborasi dengan EU bagi melancarkan Pavilion EU, mempamerkan lebih lapan reruai dinamik yang menonjolkan pelbagai inisiatif yang diterajui oleh EU di Malaysia. Ciri yang menonjol di pavilion ialah "Bilik Pengalaman", menawarkan perjalanan yang imersif kepada pengunjung dalam menelusuri sejarah EU yang kaya sambil membayangkan masa depan yang lestari dan inovatif.

Acara ini merupakan suatu kejayaan yang mengagumkan dan iklan yang hebat untuk Malaysia dalam dunia kelestarian global. Profesor Dato' Elizabeth Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway Education berkata, "Acara ini merupakan bukti kuasa tindakan yang kolektif. Dengan bersatu, kita bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang isu-isu global yang mendesak bahkan turut memupuk budaya kelestarian dalam komuniti kita. Ia berkenaan memberi inspirasi kepada perubahan sebenar dan memastikan agar usaha kita pada hari ini akan membawa kepada masa depan yang lebih berdaya tahan dan lestari untuk generasi-generasi akan datang."

Wakil-wakil peserta pameran turut berkongsi beberapa detik yang menarik sepanjang acara ini.

"Kesatuan Eropah berbangga dapat bekerjasama dengan Sunway University bagi memajukan komitmen bersama kami terhadap SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dedikasi Sunway terhadap kelestarian sejajar dengan Agenda 2030 EU." Kesatuan Eropah

"Ia merupakan satu peluang yang hebat buat syarikat-syarikat seperti Pos Malaysia untuk terlibat secara bermakna bersama para pelajar universiti dan juga sekolah, serta kakitangan, mengenai topik penting iaitu kelestarian. Acara ini menyediakan platform unik untuk dialog dan interaksi, lalu membolehkan kami berkongsi visi kami demi masa depan yang lestari." Pos Malaysia

"Pengalaman kami di acara Local Action for Global Goals adalah sangat baik. Sungguh menginspirasikan apabila melihat pelajar dan kakitangan menganjurkan kempen Zero Plastic Hour bagi menghapuskan plastik sekali guna. Kami mengharapkan lebih banyak acara seperti ini bagi meningkatkan usaha kelestarian Malaysia." Kintry

Local Action for Global Goals 2024 menekankan kolaborasi global bagi mencapai SDG menjelang tahun 2030, menghimpunkan pemimpin, penggubal dasar, ahli akademik dan penyokong untuk meninjau penyelesaian demi masa depan yang lestari.

Tatkala dunia bersatu dalam usaha bersama untuk memenuhi keperluan 17 SDG, Malaysia sebagai sebuah negara boleh berbangga dengan festival unik Sunway dan sumbangannya yang berterusan kepada matlamat global ini.

Source: Sunway University
Keywords: Education Environmental Products & Services Higher Education Corporate Social Responsibility Cision Influencer List - ESG