omniture

Anugerah pendidikan tertinggi dunia Yidan Prize umumkan penerima 2024

Yidan Prize Foundation
2024-09-26 21:00 51

Mengiktiraf hasil kerja inovatif dalam memajukan pembangunan mampan global melalui penyelidikan demografi dan teknologi saksama dalam kecemasan

HONG KONG, 26 September 2024 /PRNewswire/ -- Yayasan kebajikan global Yidan Prize Foundation menganugerahkan Yidan Prize 2024, anugerah pendidikan tertinggi di dunia, kepada Profesor Wolfgang Lutz atas hasil kerjanya dalam memahami faedah jangka panjang pelaburan jangka pendek dalam pendidikan dan kepada Profesor Mark Jordans, Marwa Zahr serta Luke Stannard atas usaha mereka dalam menghidupkan pembelajaran untuk kanak-kanak terpinggir di kawasan yang terjejas akibat konflik dan mengalami kekangan sumber melalui intervensi pembelajaran digital 'Can't Wait to Learn' War Child Alliance. Setakat ini, Yidan Prize Foundation menganugerahkan sejumlah HK$480 juta (kira-kira AS$ 61.6 juta) bagi mengiktiraf dan menyokong pencetus perubahan, separuh daripadanya (HK$240 juta, kira-kira AS$30.8 juta) merupakan dana projek tidak terhad untuk penerima hadiah memperluas hasil kerja mereka di lebih 50 negara.

"Apabila dunia berkembang, begitu juga dengan pendidikan. Yidan Prize memperjuangkan pencetus perubahan dan penyelesaian inovatif yang memajukan pendidikan dalam dunia yang berubah dengan pesat. Pencapaian luar biasa oleh pemenang 2024 kami adalah amat penting dalam mempersiapkan generasi akan datang untuk mendepani masa depan yang tidak menentu," kata Dr Charles CHEN Yidan, dermawan dan Pengasas Yidan Prize.

Anugerah ini mengiktiraf idea yang berorientasikan masa depan, inovatif, transformatif dan mampan dalam Penyelidikan Pendidikan serta Pembangunan Pendidikan. Penerima Yidan Prize akan menerima HK$30 juta (kira-kira AS$3.8 juta), separuh daripadanya merupakan dana projek tidak terhad sebanyak HK$15 juta bagi menyokong mereka dalam memperluas hasil kerja mereka.

"Dalam menghadapi cabaran global yang kompleks, amat penting untuk mengiktiraf keperluan kritikal bagi meletakkan pendidikan sebagai tumpuan pembangunan global. Dengan menonjolkan dan merapatkan penyelidikan dan amalan untuk memenuhi keperluan pendidikan, kami melangkah lebih hampir untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan 4 PBB dalam memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama buat semua," kata Lucy Lake, Pengarah Penglibatan Global di Yidan Prize Foundation.

Memartabatkan pendidikan dalam dialog global untuk pembangunan mampan

Profesor Wolfgang Lutz, Cendekiawan Emeritus Terhormat di International Institute for Applied Systems Analysis (IIASA), memenangi Yidan Prize for Education Research 2024. Beliau juga merupakan Pengarah Pengasas bagi Wittgenstein Centre for Demography and Global Human Capital, ditubuhkan melalui kolaborasi bersama IIASA, Austrian Academy of Sciences dan University of Vienna. Penyelidikan statistiknya menunjukkan faedah jangka panjang melabur dalam pendidikan rendah dan menengah sejagat. Seorang ahli statistik dan ahli demografi yang mempelopori penilaian impak pendidikan ke atas matlamat pembangunan mampan termasuk kesihatan, pertumbuhan ekonomi, kesamaan jantina dan kebingkasan iklim, hasil kerja Wolfgang menonjolkan kesan pengganda pendidikan yang berkualiti untuk masa depan yang lebih cerah. Beliau merancang untuk menggunakan dana projek Yidan Prize bagi menubuhkan dua pusat penyelidikan melalui perkongsian dengan University of Cape Town, Afrika Selatan dan Chulalongkorn University, Thailand. Pusat-pusat ini akan menyokong pembuatan keputusan dasar dengan melatih lebih ramai ahli statistik di Afrika dan meluaskan asas bukti dalam membina kebingkasan dan kapasiti adaptif terhadap perubahan iklim di kawasan pinggir laut melalui pendidikan, masing-masing.

"Hasil kerja Wolfgang Lutz menyediakan asas saintifik yang membantu kami menghubungkan titik antara kemahiran yang lebih baik, pekerjaan yang lebih baik, kehidupan yang lebih baik dalam populasi kita. Set datanya, yang tersedia untuk dunia sebagai kebaikan awam global, adalah amat penting untuk memaklumkan dasar awam di mana untuk melabur sumber awam yang terhad, bagi membawa perbezaan yang paling besar untuk masa depan kolektif kita," Andreas Schleicher, ketua panel penilai Yidan Prize for Education Research dan Pengarah untuk Direktorat Pendidikan dan Kemahiran OECD.

Meningkatkan akses saksama kepada pembelajaran menggembirakan melalui teknologi

Yidan Prize for Education Development 2024 dianugerahkan kepada Profesor Mark Jordans daripada War Child Alliance, Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Marwa Zahr, Penyelaras Program Global dan Luke Stannard, Pengarah Program Can't Wait to Learn. Anugerah ini mengiktiraf usaha kolaboratif pasukan Penyelidikan dan Pembangunan War Child Alliance dan pasukan Can't Wait to Learn dalam meluaskan akses pendidikan kepada lebih 205,000 kanak-kanak terpinggir. Selaras dengan kurikulum kebangsaan, 'Can't Wait to Learn' menggunakan teknologi digital dan kandungan berkonteks tempatan untuk menyampaikan pendidikan yang berkualiti melalui permainan dalam talian dan luar talian di kawasan yang terjejas akibat konflik dan mengalami kekangan sumber merentas lapan negara termasuk Ukraine, Lubnan, Uganda, Jordan dan Sudan Selatan. Pasukan ini dan rakan kongsinya mereka bentuk secara bersama permainan pendidikan dengan kanak-kanak dan pendidik untuk memastikan perkaitan budaya dan kebolehcapaian serta terus menambah baik platform berdasarkan bukti daripada penyelidikan saintifik dan penilaian pelaksanaan. Melalui 'Can't Wait to Learn', kanak-kanak belajar membaca dan mengira mengikut kesesuaian mereka menggunakan tablet, komputer riba dan telefon bimbit. Platform yang berkesan kos ini terbukti dapat membina kemahiran literasi dan numerasi asas. Pasukan ini merancang untuk menggunakan dana projek Yidan Prize untuk meluaskan, menguji dan mengoptimumkan program 'Can't Wait to Learn' berdasarkan bukti daripada penyelidikan dan pengalaman pelaksanaan di negara-negara yang Can't Wait to Learn telahpun ada, serta negara-negara yang masih belum dicapai olehnya.

"Pendekatan inovatif, berlelaran dan kolaboratif daripada Can't Wait to Learn menunjukkan teknologi pendidikan yang direka dan dilaksanakan dengan teliti, serta kandungan pendidikan yang relevan dari segi budaya dan konteks dapat meningkatkan dengan ketara akses kepada peluang pembelajaran yang berkualiti dan saksama untuk kanak-kanak yang paling terpinggir. Pendekatan yang luas ini bukan sahaja berfungsi seiring dengan kurikulum kebangsaan tetapi juga bertindak balas kepada realiti yang dihadapi oleh golongan yang paling rentan," kata Dorothy K. Gordon, ketua panel penilai Yidan Prize for Education Development dan Ahli Lembaga UNESCO Institute for Information Technologies in Education.

Pencapaian para penerima hadiah 2024 akan diraikan di Majlis Penyampaian Anugerah Yidan Prize pada 8 Disember. Tatkala pemimpin dalam bidang pendidikan, dasar awam dan kebajikan berhimpun di Hong Kong, Sidang Kemuncak Yidan Prize tahunan juga akan berlangsung pada 9 Disember bagi meneroka kepentingan kebingkasan dalam pendidikan.

Mempercepatkan perubahan positif dalam pendidikan global

Sejak penubuhannya, Yidan Prize menyokong 19 pencetus perubahan dalam bidang pendidikan untuk projek-projek mereka merentas geografi. Ini termasuk penerima hadiah Pembangunan Pendidikan 2023 Shai Reshef, yang memperluas akses kepada pengajian tinggi melalui University of the People, menyediakan pembelajaran maya kepada lebih 137,000 pelajar yang menghadapi halangan kewangan, budaya atau geografi di seluruh dunia. Sementara itu, pemenang hadiah Penyelidikan Pendidikan 2022 Dr Linda Darling-Hammond telah memaklumkan kepada pendidik dan penggubal dasar di lebih 15 negara mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang saksama melalui penyelidikannya.

"Pencalonan pada tahun ini memberi gambaran yang jelas tentang kemajuan dalam bidang pendidikan di peringkat global. Kami berasa terdorong terutamanya oleh peningkatan dalam pencalonan pasukan. Ini memperkukuh kuasa kolaborasi dalam memacu perubahan yang berkekalan dalam pendidikan," kata Dr Koichiro Matsuura, Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Yidan Prize dan bekas Ketua Pengarah UNESCO.

Pencalonan untuk Yidan Prize 2025 dibuka mulai 25 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025.

2024 Yidan Prize for Education Research Laureate, Professor Wolfgang Lutz
2024 Yidan Prize for Education Research Laureate, Professor Wolfgang Lutz

2024 Yidan Prize for Education Development Laureates, Professor Mark Jordans, Marwa Zahr, and Luke Stannard
2024 Yidan Prize for Education Development Laureates, Professor Mark Jordans, Marwa Zahr, and Luke Stannard

LATAR BELAKANG YIDAN PRIZE FOUNDATION 

Yidan Prize Foundation ialah sebuah yayasan kebajikan global, dengan misi untuk mencipta dunia yang lebih baik melalui pendidikan. Melalui hadiahnya dan rangkaian penginovasi, Yidan Prize Foundation menyokong idea dan amalan dalam pendidikan — khususnya, sesuatu yang mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan dan masyarakat secara positif.

Yidan Prize ialah anugerah pendidikan tertinggi di dunia yang mengiktiraf individu atau pasukan yang menyumbang secara signifikan kepada teori dan amalan pendidikan. Ia terdiri daripada dua hadiah, yang saling melengkapi: Yidan Prize for Education Research dan Yidan Prize for Education Development. Hadiah-hadiah ini direka untuk memberi impak: penerima bagi setiap hadiah menerima dana projek tidak terhad sebanyak HK$15 juta sepanjang tempoh tiga tahun, bagi membantu mereka meningkatkan hasil kerja mereka, serta pingat emas dan hadiah wang tunai bernilai HK$15 juta. Dana projek dan hadiah wang tunai dikongsi sama rata untuk pasukan.

https://yidanprize.org

Source: Yidan Prize Foundation
Keywords: Computer/Electronics Education Publishing/Information Service Awards DEI Page