CES, LAS VEGAS, 7 Januari 2015 /PRNewswire/ --
Acision dan Blacc Spot Media mempamerkan aplikasi kiosk perbankan "klik untuk berkomunikasi" yang inovatif semasa CES 2015 – cara paling interaktif untuk melibatkan diri dengan pelanggan
Acision, peneraju dunia dalam perkhidmatan penghantaran pesanan mudah alih selamat serta penginovasi dalam Komunikasi Web Masa Sebenar (WebRTC), dengan bangganya mengumumkan perkongsiannya dengan Blacc Spot Media, Inc., Syarikat Pembangunan Aplikasi WebRTC, Mudah Alih dan Web terkemuka. Dengan menggabungkan inovasi Blacc Spot Media dalam mencipta aplikasi yang memecah kebiasaan, dengan inovasi Acision dalam teknologi pelibatan web dan mudah alih, kedua-dua syarikat boleh menyediakan penyelesaian komunikasi generasi seterusnya kepada pengguna dan perusahaan, yang dibina menggunakan forge SDK Acision, sebahagian daripada platform forge by Acision.
Sebagai perintis dalam WebRTC, kerjasama ini menyediakan kepakaran bersama dalam membina penyelesaian inovatif yang membantu perusahaan menghasilkan prototaip dan mengaturkan penggunaan aplikasi pelibatan gred komersial dengan pantas, yang memenuhi keperluan pihak berkepentingan mereka, di samping menyediakan pengalaman pengguna yang hebat. Projek pertama Blacc Spot Media dengan Acision adalah untuk membina prototaip perbankan yang menunjukkan bagaimana pelanggan boleh berhubung terus dengan wakil perkhidmatan pelanggan atau ejen yang lapang melalui aplikasi kiosk/tablet dalam simulasi persekitaran perbankan.
Demonstrasi Acision/Blacc Spot Media menunjukkan satu senario, yang mana seorang pelanggan memerlukan bantuan semasa melayari laman web perbankan atau aplikasi perbankan melalui kiosk atau tablet. Dengan mengklik pada butang "Bantuan Langsung Sekarang", pelanggan akan diberikan senarai ejen yang lapang serta nombor pin ejen mereka. Bagi memulakan sesi sembang langsung, pelanggan hanya perlu klik pada butang "Bantuan Langsung Sekarang" ejen itu dan sudah boleh berhubung terus dengan seorang ejen yang boleh memenuhi semua keperluan mereka. Bonus tambahan menyediakan pin adalah apabila pelanggan itu kembali melayari, mereka ada pilihan untuk berhubung secara langsung dengan ejen yang sama sekali lagi, dengan nombor pin itu bertindak sebagai sambungan nombor telefon. Ini mempertingkat pengalaman pengguna kerana pelanggan boleh bercakap dengan ejen yang sama yang sudah pun memahami apa yang mereka perlukan. Tambahan lagi, jika seorang pelanggan sudah ada mesyuarat yang telah diatur terlebih dahulu dengan seorang ejen, mereka boleh berhubung serta-merta melalui aplikasi itu.
Platform ini akan diperlihatkan buat kali pertama di Showstoppers semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) di Las Vegas, pada 6 Januari, dan ini hanya merupakan sedutan untuk apa yang mampu dilakukan forge SDK...untuk mengetahui lebih lanjut atau untuk menerima demonstrasi langsung, hubungi kami untuk bertemu kami semasa CES 2015, 6-9 Januari, atau temui kami di tapak pameran Acision di Dewan 8.1 semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2015 pada 2-5 Mac.
Lantre Barr, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Blacc Spot Media, berkata: "WebRTC membenarkan kami membina penyelesaian inovatif yang membolehkan syarikat menetapkan komunikasi dua hala yang lebih berkesan dengan pelanggan mereka. Satu bidang yang berpotensi adalah dalam sektor perbankan, yang sudah pun menerajui laluan dalam komunikasi beraneka dengan perkhidmatan perbankan video baharu yang membenarkan pelanggan melihat dan bercakap dengan penasihat melalui peranti mudah alih mereka tanpa perlu melawat cawangan bank. Dengan bekerja bersama Acision, yang menyediakan penyelesaian penghantaran pesanan selamat kepada penyedia perkhidmatan kewangan terkemuka di Eropah, kami bersama-sama boleh menunjukkan nilai sebenar video, suara, dan sembang "klik untuk berkomunikasi", yang boleh jadi relevan kepada banyak peringkat sektor yang penting, bukan hanya bank. Contohnya, melalui kiosk atau telefon bimbit, pelanggan mempunyai pilihan untuk bercakap dengan orang sebenar dengan hanya satu klik, bersama seorang pakar yang sudah pun tahu tentang pertanyaan asal mereka, lalu mempertingkat lagi pengalaman pelanggan secara keseluruhan."
"Perniagaan Acision berkisarkan untuk memperkasa perusahaan bagi berhubung dengan lebih baik kepada pelanggan dan memenuhi keperluan mereka. Dengan forge SDK kami, kami boleh memperkaya aplikasi web dan mudah alih dengan membolehkan pengalaman interaksi langsung yang tiada tandingan, yang mana seorang pengguna boleh mendapat jawapan kepada pertanyaan mereka dengan serta-merta, mengurangkan masa menunggu untuk bercakap dengan ejen pusat panggilan atau menunggu maklum balas e-mel," tambah Eric Bilange, Ketua Perkhidmatan Pelibatan Beraneka di Acision. "Tambahan lagi, untuk pelanggan hari ini, terutamanya mereka yang berurusan dengan bank mereka atau yang melakukan urus niaga, keselamatan adalah aspek yang sangat penting dan penyelesaian serta kepakaran penghantaran pesanan selamat Acision dapat membolehkan pengesahsahihan pengguna melalui pengesahan berbilang faktor atau kata laluan log masuk sekali. Bersama Blacc Spot Media, yang turut sama bersemangat dengan WebRTC seperti kami, kami benar-benar boleh membuktikan keluasan peluang dalam komunikasi beraneka dan menunjukkan bagaimana perusahaan boleh mengambil manfaat daripada peluang ini bagi mengubah kedudukan semasa dalam pelibatan pelanggan."
Bagi memperkukuh usaha ini, kerjasama Acision dengan Blacc Spot Media diumumkan pada minggu yang sama ketika Acision melancarkan cabaran aplikasi komunikasi beraneka dalam talian (WebRTC) mereka yang pertama - "forgeathon", yang mana pembangun dijemput sama ada untuk mencipta aplikasi atau perkhidmatan Android, iOS atau web, mahupun mempertingkat aplikaso atau perkhidmatan sedia ada. Dengan memanfaatkan kelebihan kit alat komunikasi beraneka Acision, pembangun boleh menghidupkan idea aplikasi mereka. "Matlamat kami adalah untuk menguar-uarkan tentang kemungkinan bersama teknologi WebRTC, dan membina komuniti pembangun yang mencipta aplikasi berasaskan WebRTC," sambung Bilange lagi.
Blacc Spot Media bekerjasama dengan pelbagai pelanggan, daripada syarikat yang baru dibuka kepada syarikat bersaiz sederhana hingga syarikat besar, mencipta pengalaman menarik dengan memanfaatkan WebRTC, menghidupkan wawasan dan membawakan idea besar sehingga menjadi nyata. Barr menyimpulkan: "Dalam usaha untuk mengembangkan kemampuan WebRTC dan ekosistemnya bagi menyokong pertumbuhan yang diunjurkan, Blacc Spot Media juga sedang melancarkan Cabaran WebRTC mereka sendiri (http://webrtcchallenge.com) bagi mendidik komuniti pembangunan web serta mudah alih tentang faedah dan ketersediaan WebRTC. Blacc Spot Media telah menetapkan matlamat untuk mencecah 1 juta pembangun dengan inisiatif baharu ini. Acision dilihat sebagai rakan kongsi yang sempurna untuk mencapai ini, terutamanya apabila mengambil kira jejak globalnya, dan kehebatannya berkaitan inovasi dalam komunikasi."
Latar Belakang Acision
Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang berkaitan dan lancar yang saling kendali merentasi platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna lalu mencipta nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan pengguna seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com
Latar Belakang Blacc Spot Media, Inc.
Blacc Spot Media, Inc. merupakan penyedia teknologi yang mengkhusus dalam pelaksanaan Komunikasi Web Masa Sebenar (WebRTC) dan Perisian Sebagai Perkhidmatan (SAAS) yang membolehkan penyelesaian yang lebih inovatif dan berkesan untuk para pelanggan dan pengguna mereka. Pasukan mereka mengusahakan projek strategik yang membangunkan aplikasi tersuai khusus, platform perusahaan, dan aplikasi mudah alih.
Untuk maklumat lanjut, lawati Blacc Spot Media di http://www.blaccspot.com
Sumber: Acision