NEW YORK, 8 Januari, 2015 /PRNewswire/ -- MecklerMedia Corporation (OTCQX: MECK) mengumumkan senarai akhir penyampai bagi Persidangan dan Ekspo Inside 3D Printing, bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura pada 27-28 Januari 2015.
"Inside 3D Printing Singapura memberikan analisis dan perspektif tentang potensi semasa dan masa depan pencetakan 3D merentasi pelbagai disiplin industri, pasaran komersial, dan bidang aplikasi," kata Stewart Quealy, Pengarah Kandungan untuk MecklerMedia.
"Program komprehensif kami merangkumi kesan pencetakan 3D terhadap landskap pengilangan Singapura dan kemajuan teknologi terkini dalam peranti serta perkhidmatan pengilangan aditif di seluruh dunia."
Para penyampai termasuklah:
Inside 3D Printing kini mempunyai sembilan acara yang dijadualkan untuk 2015, termasuk Singapura pada 27-28 Januari, Berlin pada 3-4 Mac, Sao Paulo pada 9-10 Mac, London pada 24-25 Mac, New York pada 15-17 April dan Melbourne pada 26-29 Mei.
Untuk mendaftar bagi Persidangan dan Ekspo Inside 3D Printing di Singapura, sila lawati inside3dprinting.com.
Jika syarikat anda berminat untuk menaja atau mengadakan pameran semasa acara Inside 3D Printing akan datang, sila hubungi 3dprinting.sponsors@mecklermedia.com.
Latar Belakang MecklerMedia:
MecklerMedia (OTCQX: MECK) merupakan penganjur utama pameran dagangan, persidangan dan penerbitan digital global merangkumi pencetakan 3D, mata wang kripto, dan robotik. MecklerMedia menghasilkan lebih 25 persidangan setiap tahun, termasuk Inside 3D Printing, Inside Bitcoins, RoboUniverse, dan 3D Print Design Show. Laman berita MecklerMedia termasuk Inside Bitcoin News dan 3D Printing Industry, yang memberikan liputan terkini untuk membantu memacu perniagaan ke hadapan.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi press@mecklermedia.com.
Hubungi: Christoph Rowen
Nombor Telefon: +852-9190-4412
E-mel: christoph@mecklermedia.com