omniture

Acision Melancarkan "Forgeathon" - Cabaran Aplikasi Komunikasi Lebih Beraneka Dalam Talian (WebRTC) Pertama untuk Pembangun Seluruh Dunia

Acision
2015-01-08 15:05 82

READING, England, 8 Januari 2015 /PRNewswire/ --

Sertai forgeathon dan biar Acision bantu anda membawa aplikasi atau perkhidmatan anda ke seluruh dunia! 

Acision, peneraju global dalam perkhidmatan pelibatan mudah alih selamat serta penginovasi industri dalam teknologi WebRTC, hari ini mengumumkan pelancaran "forgeathon" dalam talian mereka yang pertama – Cabaran Aplikasi Komunikasi Lebih Beraneka bagi pembangun seluruh dunia. Dengan menggunakan kit alat forge by Acision SDK, peserta dijemput sama ada mencipta aplikasi atau perkhidmatan Android, iOS atau web baharu, mahupun mempertingkat yang sedia ada*, dengan memanfaatkan salah satu kemampuan komunikasi generasi seterusnya paling beraneka yang terdapat di pasaran hari ini.

Sebagai acara dalam talian, pasukan, pembangun individu, pelajar, dan usahawan seluruh dunia boleh, malah digalakkan untuk mengambil bahagian dalam cabaran ini. Hadiah pertama adalah perjalanan yang dibiayai sepenuhnya** untuk pemenang mempertunjukkan aplikasi atau perkhidmatan mereka sendiri semasa dua daripada acara teknologi terbesar dan paling terkemuka di dunia, Kongres Dunia Mudah Alih 2015 dan SXSW Interactive 2015 pada bulan Mac - menyediakan platform untuk mengadakan publisiti bagi aplikasi itu kepada pihak berpengaruh dan orang ramai seluruh dunia. Cabaran itu bermula secara rasminya pada hari ini, 6 Januari 2015, dan akan berlangsung selama enam minggu dengan tarikh tutup untuk penyertaan adalah pada 19 Februari. Para pemenang akan diumumkan pada 23 Februari.

Sebagai peneraju pasaran dalam perkhidmatan pelibatan dan penghantaran pesanan beraneka gred pembawa, serta menyediakan API dan juga SDK yang menghasilkan aplikasi paling beraneka hari ini, Acision, bersama BeMyApp, menganjurkan cabaran forgeathon dalam talian, bagi menunjukkan bagaimana pembangun boleh menyepadukan ciri-ciri komunikasi terkini dan paling canggih dengan mudahnya ke dalam aplikasi Android, iOS dan Web menggunakan forge SDK. Sebagai kerangka komunikasi yang fleksibel, platform forge by Acision membolehkan penghasilan aplikasi yang lebih pantas dengan komunikasi selamat, beraneka, dan pada masa sebenar, termasuk penghantaran pesanan IP, kehadiran, sembang suara dan video HD, semuanya diperkasakan oleh teknologi WebRTC. forge SDK membenarkan pembangun membina perkhidmatan inovatif baharu dengan pantas bagi tujuan B2B atau B2C, agar perniagaan boleh memperkaya dan mempertingkat kemampuan pelibatan pelanggan mereka melalui aplikasi mudah alih dan laman sesawang.

Eric Bilange, Ketua Perkhidmatan Pelibatan Beraneka Acision mengulas: "Kemampuan komunikasi beraneka dan teknologi WebRTC yang ditawarkan melalui forge SDK, menyediakan perkhidmatan yang lancar, selamat dan dengan kadar pendaman rendah yang boleh digunakan oleh aplikasi yang mengendalikan hubungan pelanggan, pusat panggilan, pendidikan, latihan, penjagaan kesihatan, perbankan, kewangan, pelancongan, dan hiburan...kemungkinannya tidak berpenghujung! Kami mahu membuka SDK kami sebagai sebahagian daripada cabaran ini bagi menunjukkan cara mengujakan untuk menyepadukan alat komunikasi beraneka kami ke dalam sesuatu tanpa sempadan atau had; kami mencari sesuatu yang inovatif, sesuatu yang pintar, sesuatu yang benar-benar menyerlah, dan sebagai pulangan, kami akan menyokong pemenangnya untuk membawa aplikasi mudah alih atau perkhidmatan web mereka ke seluruh dunia, dengan memberikan mereka pentas untuk mempertunjukkan prototaip mereka kepada media serta pihak berpengaruh, di tapak pameran Acision semasa dua daripada acara teknologi paling terkemuka di dunia, Kongres Dunia Mudah Alih dan SXSW Interactive!"

Dengan cabaran itu dilancarkan secara rasminya hari ini, dua seminar web akan diadakan semasa empat minggu pertama, dipandu oleh tokoh pendorong Acision serta pakar WebRTC Peter Dunkley, memberi sokongan dan bimbingan kepada para peserta tentang semua yang perlu diketahui berkaitan forge SDK, agar mereka berada dalam kedudukan yang terbaik untuk menghantar prototaip terakhir yang hebat untuk dihakimi. Di samping pemenang utama, akan ada dua pemenang tempat kedua dan ketiga yang akan diumumkan, kedua-duanya akan menerima satu dron, dan akses percuma*** kepada forge SDK by Acision selama setahun.

Simpul Bilange: "Dengan memanfaatkan kelebihan kit alat komunikasi beraneka Acision, para pembangun benar-benar boleh menghidupkan idea aplikasi mereka kepada dunia sebenar. Matlamat kami untuk forgeathon ini adalah untuk menguar-uarkan tentang kemampuan bersama teknologi WebRTC, dan membina komuniti pembangun yang boleh terus menghasilkan aplikasi berasaskan WebRTC."

Daftar untuk forgeathon 

Untuk mendaftar atau mengetahui lebih lanjut tentang forgeathon – Cabaran Aplikasi Komunikasi Lebih Beraneka (WebRTC), lawati http://forgeathon.bemyapp.com. Untuk berita terkini, dan kemas kini berkaitan forgeathon, ikuti saluran Twitter Acision @acision.

Latar Belakang Acision 

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling kendali merentasi platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna, seterusnya mencipta nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan pengguna seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com dan forge di http://www.forge.acision.com

Latar Belakang BeMyApp 

BeMyApp berkepakaran dalam hubungan pembangun, dan menganjurkan acara pembangun seperti cabaran dalam talian, maraton godam, bengkel inkubator, dan banyak lagi di seluruh dunia.

Nota

* Peserta perlu memastikan mereka mendapat kebenaran yang diperlukan dan hak untuk mempertingkat, mengubah suai, atau membangunkan hak harta intelek pihak ketiga.

** Tertakluk kepada terma, syarat, dan batasan.

*** Tertakluk kepada terma, syarat, dan batasan.

Sumber: Acision

Source: Acision
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet