omniture

FARO® Lancarkan FARO Scanner Freestyle(3D) - Pengimbas Pegang Laser 3D Inovatif dan Mesra Pengguna Memenuhi Permintaan Meningkat bagi Imbasan Mudah Alih

FARO Technologies, Inc.
2015-01-08 15:20 205

LAKE MARY, Florida, 8 Januari, 2015 /PRNewswire/ -- FARO Technologies, Inc. (NASDAQ: FARO), sumber paling dipercayai di dunia bagi teknologi pengukuran, pengimejan, dan realisasi 3D, mengumumkan pelancaran FARO Scanner Freestyle3D baharu, sebuah peranti yang mudah dan intuitif untuk digunakan dalam Seni Bina, Kejuruteraan dan Pembinaan (AEC), Penguatkuasaan Undang-undang, dan industri lain.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150106/167313
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150106/167312
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110415/MM84316LOGO

Freestyle3D dilengkapi dengan tablet Microsoft Surface™ dan menawarkan visualisasi masa nyata yang tidak tandingan yang membolehkan pengguna melihat titik data awan semasa ia dirakam. Freestyle3D mengimbas pada jarak sehingga tiga (3) meter dan merakam sehingga 88K titik sesaat dengan ketepatan lebih baik daripada 1.5mm. Sistem optik yang dimohon paten dan menampung sendiri  juga membenarkan pengguna mula mengimbas dengan segera tanpa memerlukan masa persediaan.

"Freestyle3D merupakan tambahan terkini kepada portfolio pengimbasan 3D FARO dan memperlihatkan satu lagi langkah dalam perjalanan kami untuk mendemokrasikan pengimbasan 3D," jelas Jay Freeland, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FARO."Berikutan kejayaan penerimaan pengimbas Focus3D kami bagi pengimbasan jarak jauh, kami telah membangunkan pengimbas yang memberikan pelanggan dengan rasa intuitif yang sama dan kemudahan penggunaan dalam peranti pegang." Sifat mudah alih Freestyle3D membolehkan pengguna mengendali dan mengimbas dalam kawasan yang sempit serta sukar dicapai seperti bahagian dalaman kereta, di bawah meja dan di belakang objek, menjadikannya ideal bagi pengumpulan data lokasi jenayah atau aktiviti pemeliharaan dan pemulihan seni bina. Teknologi imbasan memori membolehkan pengguna Freestyle3D menghentikan seketika imbasan pada bila-bila masa dan menyambung pengumpulan data di mana mereka berhenti tanpa memerlukan penggunaan sasaran buatan.

En. Freeland menambah, "Pelanggan FARO terus menekankan kepentingan keringkasan aliran kerja, sifat mudah alih, dan mampu milik sebagai pendorong utama bagi penggunaan serta penerimaan berterusan imbasan laser 3D. Kami telah bertindak balas dengan membangunkan peranti imbasan pegang laser yang mudah digunakan dan bergred industri yang mempunyai berat kurang daripada 1kg."

Freestyle3D dapat digunakan sebagai peranti bebas untuk mengimbas bahagian yang diingini, atau digunakan bersama pengimbas Focus3D X 130 / X 330 FARO. Titik data awan daripada kesemua peranti ini boleh disepadukan dan dikongsi dengan lancar dengan semua alat visualisasi perisian FARO termasuk pakej FARO SCENE, Webshare Cloud, dan FARO CAD Zone.

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh melawati: www.faro.com/Scanner/sg

Hebahan berita ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan dalam maksud Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 yang tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, seperti kenyataan tentang permintaan dan penerimaan pelanggan bagi produk FARO, serta pembangunan produk dan juga pelancaran produk FARO. Kenyataan yang bukan fakta sejarah atau yang memperihalkan rancangan, objektif, unjuran, jangkaan, tanggapan, strategi, atau sasaran Syarikat merupakan kenyataan pandang k ehadapan. Di samping itu, perkataan seperti "adalah," "akan," dan ungkapan atau perbincangan serupa tentang rancangan FARO dan lain-lain keinginan menunjukkan kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang k ehadapan bukan jaminan prestasi akan datang dan tertakluk kepada pelbagai risiko diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian, dan faktor lain yang mungkin mengakibatkan keputusan, prestasi, atau pencapaian sebenar yang berbeza secara material dengan keputusan, prestasi, atau pencapaian akan datang yang dinyatakan atau digambarkan oleh kenyataan pandang ke hadapan sepertinya. Ekoran itu, kebergantungan tidak wajar adalah tidak patut disandarkan kepada kenyataan pandang ke hadapan ini.

Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material dengan apa yang dinyatakan atau diramalkan dalam kenyataan pandang ke hadapan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • pembangunan produk, proses atau teknologi baharu atau dipertingkat oleh pihak lain yang menyebabkan produk Syarikat menjadi kurang berdaya saing atau ketinggalan;
  • ketidakmampuan Syarikat mengekalkan kelebihan teknologinya dengan membangunkan produk-produk baharu dan mempertingkatkan produk sedia ada;
  • kemerosotan atau lain-lain perubahan negatif, atau kekurangan pembaikan, dalam industri yang diceburi Syarikat atau ekonomi tempatan dan antarabangsa di rantau yang mana Syarikat beroperasi dan lain-lain keadaan ekonomi, perniagaan dan kewangan am; dan
  • risiko lain yang diperincikan dalam Bahagian I, Item 1A, Faktor Risiko dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013 dan Bahagian II, Item 1A, Faktor Risiko dalam Laporan Suku Tahunan Syarikat pada Borang 10-Q bagi suku tahun yang berakhir pada 28 Jun 2014.

Kenyataan pandang ke hadapan dalam hebahan ini melambangkan pertimbangan Syarikat pada tarikh hebahan ini. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini secara umum sebarang kenyataan pandang ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa akan datang, atau sebaliknya, melainkan dituntut undang-undang.

Latar Belakang FARO

FARO merupakan sebuah syarikat teknologi global yang membangunkan dan memasarkan peranti dan perisian pengukuran koordinat berbantu komputer. Kelengkapan mudah alih daripada FARO membolehkan pengukuran 3D berketepatan tinggi dan perbandingan bahagian serta struktur kompaun dalam proses pengeluaran dan juga jaminan kualiti. Peranti tersebut digunakan untuk pemeriksaan komponen dan pemasangan, perancangan pengeluaran, dokumentasi inventori, selain penyiasatan serta pembinaan semula lokasi kemalangan atau jenayah. Ia turut digunakan untuk menjana imbasan digital tapak bersejarah.

Dengan FARO, keperluan pengukuran dan dokumentasi 3D dapat dipenuhi dengan yakin. Sebagai perintis dan peneraju pasaran dalam pengukuran berbantu komputer mudah alih, FARO secara konsisten mengaplikasikan kemajuan teknologi terkini untuk menjadikan penawaran produk pemimpin industrinya lebih tepat, andal, dan mudah digunakan. Fokusnya adalah meringkaskan aliran kerja dengan peralatan yang memperkasa pelanggan, seterusnya mengurangkan masa pengukuran di tapak dan mengurangkan kos keseluruhan dengan ketara.

Di seluruh dunia, kira-kira 15,000 pelanggan mengendalikan lebih 30,000 pemasangan sistem FARO. Ibu pejabat global syarikat itu terletak di Lake Mary, Florida dengan pejabat utama Eropahnya di Stuttgart, Jerman dan pejabat utama Asia Pasifiknya di Singapura. FARO mempunyai lokasi cawangan di Jepun, China, India, Korea Selatan, Thailand, Malaysia, Vietnam, Kanada, Mexico, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Itali, Poland, dan Belanda.

Maklumat lanjut: www.faro.com/sg

Source: FARO Technologies, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:FARO
Related Links:
Keywords: Construction/Building New products/services Public Safety