omniture

TCL Communication bersama mencipta (semula) Palm

TCL Communication Technology Holdings Limited
2015-01-08 21:26 266

LAS VEGAS, 8 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Jenama Palm telah menjadi sinonim dengan inovasi sepanjang sejarahnya. Oleh itu ia sentiasa bertindak sebagai perintis teknologi mudah alih. Kini tiba masanya untuk menghidupkan semula dan mengembalikan semangat rintis ini.

Logo TCL Communication Technology Holdings Limited
Logo TCL Communication Technology Holdings Limited

Bagi melakukannya, TCL Communication Technology Holdings Limited ("TCL Communication" atau "Syarikat", yang mana bersama anak syarikatnya, dirujuk sebagai "Kumpulan"; Kod saham Bursa Saham Hong Kong: 02618) dengan bangganya mengumumkan ia akan mencipta Palm Inc. yang baharu, syarikat berpusat di AS yang akan memegang pemilikan jenama Palm. Palm Inc. baharu akan kekal sebagai syarikat yang benar-benar bercirikan California yang berpusat di Silicon Valley, memanfaatkan kelebihan bakat dan perkongsian dalam kawasan itu.

Palm sentiasa membawa kesan dan emosi yang tinggi. Sebab itulah TCL telah menetapkan arah bagi membina semula jenama itu dengan melibatkan komuniti Palm sendiri, lalu menjadikannya projek sumber awam berskala yang paling besar yang pernah dilihat dalam industri ini.

Matlamatnya jauh melangkaui daripada sekadar mengusulkan peranti yang lebih canggih. Ia adalah untuk menyediakan inovasi di luar kebiasaan sepenuhnya dalam Teknologi, Rekaan, Pengalaman Pengguna, Ekosistem, Pemasaran, Rantaian Bekalan, dan Model Perniagaan.

Palm akan disokong sepenuhnya oleh pelbagai aset TCL Communication:

  • Organisasi penyelidikan & pembangunan (R&D) terbaik dalam kelasnya, dengan 5000 jurutera di 7 buah pusat penyelidikan & pembangunan seluruh dunia.
  • Kemudahan pengeluaran peranti mudah alih yang paling moden dan cekap
  • Rekod kualiti peringkat tinggi yang diiktiraf oleh pembawa dan peruncit global tahap 1 di seluruh dunia.
  • Rantaian bekalan canggih yang sedia untuk kefleksibelan yang diperlukan oleh pasaran hari ini
  • Rangkaian global yang sudah pun berkhidmat untuk lebih 170 buah negara dan pelanggan yang paling bercita rasa tinggi dalam industri dengan pasukan Jualan, Pemasaran, dan Teknikal tempatan

Garis masa sebenar untuk pelaksanaan projek Palm secara besar-besaran akan dimaklumkan kemudian.

TCL Communication, vendor telefon mudah alih ke-5 terbesar, beroperasi di seluruh dunia di bawah jenama ALCATEL ONETOUCH dan jenama TCL. Ia sudah mencecah kedudukan pemecah kebiasaan dalam pelbagai rantau di dunia.

Sejak tiga tahun lepas, TCL Communication telah berkembang daripada kedudukan peneraju dalam telefon berciri menjadi pemain utama dalam Peranti Pintar dengan portfolio menyeluruh Telefon Pintar, Tablet, Internet Perkara (IoT), Peranti Boleh Pakai, dan Penghala Mudah Alih. Hari ini syarikat itu menambah dimensi baharu kepada legasi kemampuan perkakas, mengubah dirinya menjadi pemain Internet mudah alih yang sebenar dengan aplikasi dan perkhidmatan awan dalam bidang seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, kediaman pintar, persidangan video, muzik dan lain-lain lagi.

Latar Belakang TCL Communication
TCL Communication Technology Holdings Limited ("TCL Communication" atau "Syarikat"; kod saham Bursa Saham Hong Kong: 02618) bersama anak syarikatnya (dikenali secara bersama sebagai "Kumpulan") mereka, mengeluarkan, dan memasarkan portfolio produk mudah alih dan internet yang semakin berkembang ke seluruh dunia di bawah dua jenama utama -- ALCATEL ONETOUCH dan TCL. Portfolio produk Kumpulan itu kini dijual di China dan lebih 170 buah negara di serata negara-negara benua Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika, dan Asia Pasifik. Beribu pejabat di Shenzhen, China, TCL Communication mengendalikan kilang pengeluaran dan pusat penyelidikan & pembangunannya yang sangat cekap di pelbagai wilayah Republik Rakyat China. Ia menggajikan lebih 16,000 orang di Tanah Besar China, Hong Kong dan di luar negara.

TCL Communication merupakan salah satu daripada beberapa syarikat di Hong Kong atau Tanah Besar China yang memiliki atau melesenkan teknologi berpaten 2G, 2.5G, 2.75G, 3G dan 4G. Ia juga dapat membangunkan secara bebas produk dan penyelesaian untuk GSM, GPRS, EDGE, CDMA, WCDMA, TDSCDMA dan LTE. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman webnya di http://tclcom.tcl.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
iPR Ogilvy & Mather
James Wong / Candy Tam / Stephanie Fung
Tel: +852-3920-7642 / 3920-7626 / 3920-7645
Faks: +852-3170-6606
E-mel: tclcom@iprogilvy.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150107/8521500083LOGO

SUMBER  TCL Communication Technology Holdings Limited

Source: TCL Communication Technology Holdings Limited
Related Stocks:
HongKong:2618
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news