omniture

Joe Doering Perkukuh Lembaga Eksekutif Kathrein

Kathrein Werke KG
2015-01-08 22:56 237

ROSENHEIM, Jerman, 8 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Kathrein, pakar antarabangsa utama bagi teknologi komunikasi andal dan berkualiti tinggi, akan memperkukuh lembaga pengarah mereka pada 1 Mac 2015. Joe Doering bakal berpindah daripada Swisslog Holding AG ke syarikat milik keluarga yang berpangkalan di Rosenheim yang mana beliau akan bertanggungjawab bagi Jualan dan Pemasaran. Salah satu tugas terpenting beliau akan melibatkan untuk menubuhkan struktur jualan antarabangsa baharu bagi syarikat itu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150108/724083-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150108/724083-b)

Hasil penyusunan baharu itu, Kathrein akan mempertingkat hubungan bersama pelanggan dan menangani permintaan pasaran serantau dengan lebih baik. "Kami teruja kerana memperoleh seorang profesional yang mempunyai pengalaman dan kemahiran luar biasa seperti Joe Doering," ujar Anton Kathrein, Ketua Pegawai Eksekutif Kathrein Group. "Pengetahuan luas beliau akan meningkatkan kemahiran lembaga eksekutif kami dengan optimum. Pasukan kepimpinan kami kini lengkap." Ahli lembaga akan terus berkongsi tanggungjawab bagi isu jualan dan pemasaran sehingga En. Doering mula bertugas pada 1 Mac.

Joe Doering (44) amat berpengalaman dalam bidang teknologi komunikasi, jualan dan pemasaran. Sepanjang tempoh sepuluh tahun, jurutera berkelulusan tinggi itu telah memegang pelbagai jawatan berprofil tinggi di Siemens AG. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Strategi di Siemens Communications selain Ketua Jualan Pusat di unit talian tetap ICN Siemens. Di Nokia Siemens Networks (NSN), beliau telah bertanggungjawab mempromosikan perniagaan dalam pasaran serantau. Jawatan terakhir En. Doering adalah dalam lembaga pengarah di Swisslog AG, bertanggungjawab bagi Penyelesaian Gudang & Pengedaran.

"Saya amat teruja untuk menghadapi tugasan baharu yang menarik di Kathrein," kata En. Doering. "Menyertai pakar antarabangsa utama untuk teknologi komunikasi merupakan cabaran yang mengujakan. Saya berharap dapat menambahkan pengalaman peribadi saya supaya Kathrein dapat terus melakar kisah kejayaan mereka, meluaskan kehadiran mereka dalam pasaran antarabangsa dan kekal sebagai pilihan pertama oleh pelanggan sebagai penyedia sistem dan penyelesaian berkelayakan tinggi dan terkenal."

Latar Belakang Kathrein

Kathrein merupakan pakar antarabangsa utama bagi teknologi komunikasi andal dan berkualiti tinggi. Mereka merupakan pemimpin teknologi dan inovasi dalam dunia terhubung hari ini. Produk dan penyelesaian mereka membolehkan masyarakat seluruh dunia berkomunikasi, mengakses maklumat dan menggunakan media, sama ada di rumah, di pejabat, atau dalam perjalanan. Daripada komunikasi mudah alih, sistem pemprosesan isyarat dan pemindahan data teroptimum dalam bangunan, kepada rangkaian gentian optik dan kabel serta teknologi penerimaan satelit, kepada transmisi radio dan TV dan juga penerimaan data dalam kereta. Sebagai juara di sebalik tabir dan perusahaan milik keluarga, kami telah bekerja dengan teknologi akan datang sejak 1919. Kami berbangga dengan kakitangan kami yang berdedikasi dan keghairahan kami terhadap kualiti dan pelanggan. Anda akan mendapat lebih maklumat tentang Kathrein di http://www.kathrein.com.

Maklumat perhubungan media Kathrein
Gisela Bauer-Stieber
Anton Kathrein Str. 1-3
83022 Rosenheim
press@kathrein.de
Telefon: +49(0)8031-184-826
Faks: +49(0)8031-184-649

SUMBER  Kathrein Werke KG

Source: Kathrein Werke KG
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Personnel announcements