omniture

Acision Bakal Mara Ke Hadapan Pada 2015 dengan Peningkatan Penting dan Rancangan Pembangunan untuk Forge by Acision

Acision
2015-01-08 23:33 106

LAS VEGAS, 8 Januari 2015 /PRNewswire/ --

Gerbang pembangun layan diri; penyelesaian penghantaran pesanan yang selamat, gred perusahaan; forge SDK baharu dengan kemampuan komunikasi lebih beraneka – semua ini dan lebih lagi melalui platform forge by Acision 

Acision, peneraju global dalam perkhidmatan pelibatan mudah alih dan penginovasi industri dalam teknologi WebRTC, tahun ini akan memperkenalkan platform forge by Acision mereka yang paling canggih setakat ini, yang kini dibina khusus untuk pembangun dan perusahaan, Setelah diiktiraf tahun lepas kerana membawakan senario masa sebenar ke dalam aplikasi, mempamerkan kehebatan forge SDK, Acision berjaya meraih anugerah industri daripada TMCNet dan di AstriCon. Tahun 2015 bakal menjadi satu lagi tahun yang memecah kebiasaan bagi pasukan Pelibatan dan Perusahaan Beraneka Acision, dengan satu siri peningkatan, pembangunan, penyepaduan, dan naik taraf penting yang baharu yang dijadualkan untuk platform forge by Acision. Ini merupakan pratonton untuk kemas kini utama yang akan kita lihat dalam masa beberapa bulan akan datang.

Bantu diri sendiri dengan Khidmat Layan Diri 

Dalam minggu akan datang, forge by Acision akan memperkenalkan gerbang pembangun layan diri penuh mereka yang pertama, menyediakan akses serta-merta kepada forge SDK, API dan perkhidmatan penghantaran pesanan A2P. Selepas mendaftar untuk akaun dengan beberapa langkah mudah, pembangun boleh menguji dan mengaktifkan kemampuan komunikasi gred perusahaan yang beraneka pada masa sebenar melalui aplikasi mudah alih atau web mereka sendiri, seperti penghantaran pesanan SMS dan IP, sembang serta kehadiran suara dan juga video, semuanya diperkasakan oleh teknologi WebRTC. Semua akaun akan disediakan dengan percubaan SDK yang paling lengkap setakat ini, menawarkan akses percuma 90 hari untuk minit video dan suara, berkas penghantaran pesanan IP atau SMS, dan banyak lagi. Dibina dengan pengebilan tersepadu, pembelian perkhidmatan, minit, dan berkas tambahan yang lancar, lalu memecutkan lagi masa untuk memasarkan perkhidmatan.

MindMatics mara ke dalam forge 

Berikutan pemerolehan Acision untuk MindMatics Secure Messaging tahun lepas, bermula bulan ini, ia akan menyepadukan perkhidmatan penghantaran pesanan A2P dengan kemampuan pengesahsahihan berbilang faktor dan kata laluan sekali penggunaan ke dalam platform forge by Acision. Penyepaduan dengan MindMatics, bermakna perusahaan boleh mengakses kokpit forge baharu, bagi memulakan kempen penghantaran pesanan mudah alih bagi melibatkan diri dalam dialog dua hala bersama para pelanggan dan kakitangan mereka. MindMatics Secure Messaging menyediakan penyelesaian penghantaran pesanan gred perusahaan yang sangat andal dan selamat ke pasaran, termasuklah beberapa perniagaan berkualiti tinggi yang paling terkemuka di Eropah, termasuk syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan kewangan, penerbangan, pelancongan dan logistik. Pengenalan besar ini, yang dijadikan lebih selamat dengan kata laluan sekali penggunaan, PIN mudah alih dan penggunaan tekal dua saluran (SMS dan web) untuk pengesahsahihan, dijamin dapat memastikan organisasi memenuhi standard perlindungan serta keselamatan data yang ketat hari ini, sambil membenarkan mereka melibatkan diri dengan lebih cekap bersama pihak berkepentingan.

Mara ke hadapan dengan forge SDK? 

Bulan hadapan, forge SDK akan menyokong pemberitahuan tolak serta penyepaduan dengan Office 365, LinkedIn dan platform pengurusan identiti pelanggan terkemuka, Janrain. Tambahan lagi, tahap berbeza untuk kemampuan penghantaran pesanan hujung ke hujung yang selamat boleh saling kendali dengan fuseMe by Acision, menyediakan tulang belakang kepada aplikasi komunikasi label putih semua dalam satu syarikat itu yang pintar, dan ni bermakna penjajaran lebih baik dengan keperluan komunikasi beraneka untuk perusahaan. Nantikan juga kemampuan persidangan sembang kumpulan serta rakaman yang akan tiba lewat tahun ini.

Cabaran forgeathon: membantu membawa aplikasi anda ke seluruh dunia

Bukan itu sahaja yang dirancang bagi menyemarakkan 2015 untuk forge. Acision juga turut melancarkan "forgeathon" dalam talian mereka yang pertama – satu Cabaran Aplikasi Komunikasi Lebih Beraneka (WebRTC). Dengan menggunakan kit alat Forge by Acision SDK, sepanjang enam minggu peserta dijemput sama ada mencipta aplikasi atau perkhidmatan Android, iOS atau web baharu, mahupun mempertingkat yang sedia ada dengan kemampuan komunikasi beraneka generasi seterusnya. Ganjarannya: memenangi peluang naik ke pentas semasa acara teknologi terkemuka tahun ini, Kongres Dunia Mudah Alih dan SXSW Interactive! Untuk mendaftar atau mengetahui lebih lanjut, lawati http://forgeathon.bemyapp.com

Eric Bilange, Ketua Perkhidmatan Pelibatan Beraneka Acision berkata: "Dengan memanfaatkan kelebihan kit alat komunikasi beraneka Acision melalui gerbang forge by Acision, pembangun boleh benar-benar menghidupkan idea aplikasi mereka. Mengakses khidmat layan diri forge bermakna pembangun boleh mengurus keperluan penyelesaian dengan mudah agar padan dengan keperluan mereka. Di samping itu, matlamat kami dengan forgeathon adalah untuk menguar-uarkan tentang forge SDK dan kemungkinan bersama teknologi WebRTC, membina komuniti pembangun yang mencipta aplikasi berasaskan WebRTC serta mengubah wajah pelibatan pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang forge by Acision atau untuk melihat salah satu daripada demonstrasi kami yang memenangi anugerah secara langsung, hubungi kami untuk bertemu kami semasa CES 2015, 6 - 9 Januari, atau di tapak pameran Acision di Dewan 8.1 semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2015, 2 - 5 Mac.

Latar Belakang Acision 

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling kendali merentasi semua platform IP sera memperkaya pengalaman pengguna lalu mencipta nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com dan forge di http://www.forge.acision.com

SUMBER  Acision

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services Trade show news