LAS VEGAS, 9 Januari 2015 /PRNewswire/ --
Akan datang seterusnya: Acision melancarkan antara muka pengguna baharu yang tangkas untuk aplikasi komunikasi pintar fuseMe by Acision, dengan penyesuian kreatif untuk pengguna
Acision, peneraju sedunia bagi perkhidmatan pelibatan mudah alih dan pencipta aplikasi komunikasi pintar semua dalam satu, fuseMe by Acision, hari ini mengumumkan rancangan pembangunan untuk aplikasi itu sepanjang masa tiga bulan akan datang. Disanjung kerana kefungsiannya yang lancar dalam terbitan seperti CNET, Stuff, T3, The Guardian (UK), Gizmodo dan PhoneArena, serta menjadi peserta akhir dalam Anugerah Hiburan Mudah Alih dan Telecoms.com pada tahun 2014, Acision mempunyai rancangan besar-besaran untuk penyelesaian label putih itu pada tahun 2015, dan berikut merupakan sebahagian daripada sorotannya.
Antara Muka Pengguna Baharu yang Tangkas
Hari ini fuseMe by Acision sudah pun diiktiraf kerana dapat membantu pengguna berkongsi dunia mereka dengan lebih pintar, menggabungkan komunikasi sosial dan hiburan dengan ciri tambahan yang jauh melebihi pemain 'over-the-top' (OTT) yang lain. Ciri-cirinya termasuklah penggunaan skrin berbilang dengan fungsi tarik dan lepas, memberi pengguna kemampuan untuk mempunyai beberapa perbualan dengan rakan berbeza secara serentak, atau pilihan untuk melayari internet (melalui pelayar web dalam aplikasi), menonton video, serta bersembang pada masa yang sama, sambil juga menarik dan juga melepaskan bahan antara skrin. Namun begitu, semua ini, digabungkan dengan kualiti video dan suara luar biasa, suapan berita, permainan, pesanan singkat, siaran video "kongsi tontonan saya" serta smartwatch, sudah pun cukup hebat untuk membuatkan fuseMe lebih pintar dan lebih menarik dalam tahun 2015, Acision juga akan turut melancarkan Antara Muka Pengguna (UI) ringan yang baharu semasa suku tahun pertama, menjanjikan pengalaman pengguna luar biasa bagi menyaingi para pesaingnya.
Keluaran baharu itu menjanjikan perubahan dalam bahasa visual, dibina dengan tema terang dan bersih yang sudah pun biasa dikaitkan dengan fuseMe by Acision. Warna, bentuk, reka letak, dan jenis huruf dua dimensi yang segar akan membuatkannya menonjol dalam landskap penghantaran mesej sosial. 'Kami telah banyak menumpukan kepada usaha memperhalusi antara muka grafik untuk fuseMe. Rupa dan rasanya adalah apa yang mula-mula disedari pengguna semasa memuat turun aplikasi dan kami mahu perjalanan pengguna itu berasa lancar dan intuitif. Pengalaman tidak pernah sepenting ini sebelum ini, apabila begitu banyak aplikasi OTT bersaing untuk mendapatkan tumpuan pengguna. Walaupun ciri-ciri dan fungsi sememangnya penting, kemudahan penggunaan serta navigasi adalah sama mustahak, dan ini juga akan menggalakkan pengguna untuk kembali bagi mendapatkan lebih lagi," kata Jesse Conover, Ketua Pereka Pengalaman Pengguna Acision.
Suaikan Aplikasi Anda
Unsur boleh suai khusus bagi rekaan antara muka baharu fuseMe by Acision akan menyediakan pengalaman pengguna yang selesa dan intuitif. Skrin laman utama baharu menyediakan gambaran keseluruhan untuk aktiviti baharu serta terkini, dengan suis hidup dan padam mudah yang membenarkan pengguna memberi keutamaan kepada apa yang mereka lihat, di mana dan bagaimana mereka melihatnya. Halaman utama ini boleh memberi akses kepada:
Pengguna boleh meleret ke kiri untuk melihat pesanan, panggilan dan bahan tambahan serta dengan mengetik ikon menu, mereka boleh mengakses laci navigasi untuk melihat di mana mereka berada dan ke mana lagi mereka boleh pergi. Tambahan lagi, dengan kemampuan tarik dan lepas fuseMe, pengguna boleh menetapkan semula serta menyusun semula sambungan bahan terpilih mereka secara sesuka hati.
Ini baru sebahagian daripada apa yang bakal dibawakan oleh pengalaman UI itu...untuk mengetahui lebih lanjut, cuba sendiri fuseMe atau untuk melihat sekali imbas prototaip UI baharu itu, hubungi kami untuk bertemu kami semasa CES 2015, 6 - 9 Januari atau temui kami di tapak pameran Acision di Dewan 8.1 sewaktu Kongres Dunia Mudah Alih 2015, 2 - 5 Mac.
Apa lagi dalam perancangan untuk fuseMe by Acision dalam tahun 2015?
Pada tahun 2015, Acision bersedia untuk mendedahkan lebih banyak ciri mengujakan seperti pengalaman permainan dan pelekat baharu, fungsi perkongsian yang lebih pintar, serta saluran dan juga kemungkinan pembelian dalam aplikasi baharu, yang akan menyediakan semuanya dan lebih lagi daripada apa yang dijangkakan oleh pengguna daripada aplikasi dalam bidang penghantaran pesanan yang sentiasa berkembang pesat.
Tambahan lagi, semasa suku tahun pertama 2015, Acision akan melancarkan versi perusahaan fuseMe by Acision dengan penyepaduan Office 365 dan LinkedIn, penghantaran pesanan yang selamat dan banyak lagi.
Sebagai aplikasi label putih yang dibina pada forge SDK Acision, fuseMe by Acision disasarkan kepada pengendali mudah alih dan perusahaan bagi membolehkan mereka melancarkan penyelesaian OTT mereka sendiri. fuseMe by Acision menggabungkan semua kemampuan komunikasi hari ini seperti sembang, penghantaran pesanan kumpulan dan sementara, nota audio, panggilan video dan VoIP serta penyepaduan jam tangan pintar, dan juga ciri-ciri yang lebih canggih seperti penggunaan skrin berbilang dengan fungsi tarik dan lepas, "siarkan video" dan "kongsi pandangan saya" – semuanya dalam satu tempat. Pelayaran web dalam aplikasi dan saluran bahan boleh suai khusus oleh fuseMe semuanya menyediakan pengalaman yang unik, tanpa perlu keluar daripada aplikasi itu. Untuk maklumat lanjut tentang fuseMe by Acision, sila lawati: http://fuseme.acision.com/
Latar Belakang Acision
Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling kendali merentasi semua platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna lalu mencipta nilai serta peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan juga pengguna di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com
SUMBER Acision