omniture

Pengasas MED-EL Ingeborg Hochmair, PhD, dan Profesor Erwin Hochmair Dianugerahi Hadiah Russ 2015 daripada National Academy of Engineering

MED-EL
2015-01-09 00:22 137

INNSBRUCK, Austria, 9 Januari 2015 /PRNewswire/ --

- Rujukan silang: Gambar disediakan di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/62623/ -

National Academy of Engineering hari ini mengumumkan perintis kejuruteraan bio dan pengasas bersama MED-EL Electronics GmbH, Ingeborg Hochmair, PhD, serta Profesor Erwin Hochmair telah dianugerahi Hadiah Fritz J. dan Dolores H. Russ 2015, kerana menghasilkan implan koklear yang membolehkan orang pekak mendengar. Hadiah tersebut dikongsi bersama Profesor Blake Wilson daripada Duke University, penasihat MED-EL dan Pengarah makmal penyelidikan asas tapak yang berpangkalan di AS pertama MED-EL, di Durham, NC; Profesor Graeme Clark, University of Melbourne; serta Profesor Emeritus Michael Merzenich, University of California, San Francisco.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150701/724065-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150701/724065-b)

Kehidupan hampir 450,000 orang daripada segenap lapisan usia di seluruh dunia telah disentuh, dan dalam banyak kes, berubah, kerana wawasan serta usaha ramai penyelidik, jurutera dan juga pakar bedah. Implan koklear itu telah, dan kekal, menjadi gantian deria manusia yang pertama: deria pendengaran.

Hochmair bersaudara diiktiraf kerana pencapaian kejuruteraan bio cemerlang mereka ke arah pembangunan implan koklear.

"Matlamat korporat kami adalah sama dengan matlamat peribadi kami sejak awal: untuk mengatasi kehilangan pendengaran sebagai penghalang komunikasi dan kualiti kehidupan," kata Ingeborg. "Walaupun terdapat kemungkinan untuk membangunkan sistem implan koklear berbilang saluran pertama sebagai satu pasukan kejuruteraan yang amat kecil, pasukan pembangunan kami kini terdiri daripada 250 jurutera dan pakar fizik, yang semuanya bekerja penuh semangat ke arah kemajuan teknologi masa depan untuk penerima sistem implan pendengaran sedia ada dan akan datang."

"Mencipta dan terus membangunkan implan pendengaran amat menarik kerana ia melibatkan begitu banyak bidang sains dan kejuruteraan berbeza seperti rekaan litar, mikroelektronik, kejuruteraan frekuensi radio, kejuruteraan mekanikal, sains bahan, teknologi maklumat, pembangunan perisian, dan akustik selain kerumitan fisiologi yang dikaitkan dengan bekerja dengan badan manusia," kata Erwin. "Tetapi ia jauh lebih daripada tugas kejuruteraan. Membuka dunia bunyi kepada individu yang hidup tanpa pendengaran merupakan idea yang pada satu ketika dahulu adalah tidak masuk akal. Satu pengalaman yang mengharukan apabila memikirkan ramai bayi, kanak-kanak dan orang dewasa dari seluruh dunia yang mempunyai harapan baharu dalam kehidupan mereka hasil daripada teknologi ini – sebuah idea yang telah tiba masanya.

Kejayaan Awal Mencipta Sejarah

Pada 1975, pembangunan implan koklear di Vienna telah dimulakan oleh Ingeborg Hochmair, seorang doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan elektrik, dan Erwin, Profesor daripada Universiti Teknikal di Vienna, atas permintaan Profesor Kurt Burian, ketua Klinik Telinga Hidung dan Tekak (ENT) di University of Vienna. Implan tersebut mempunyai lapan saluran, kadar rangsangan sebanyak 10,000 denyut sesaat untuk setiap saluran, lapan sumber arus bebas dan elektrod fleksibel bagi memasukkan 22-25mm ke dalam koklea. Ini menjurus kepada pembedahan implan koklear mikro-elektronik berbilang saluran pertama dunia di Vienna, Austria pada 16 Disember 1977. Profesor Kurt Burian telah menjalankan pembedahan implan awal tersebut.

Melihat Ke Arah Masa Depan

Kini, MED-EL merupakan peneraju dunia dalam teknologi implan pendengaran. Penemuan implan koklear awal telah membawa kepada pembangunan teknologi baharu untuk merawat kehilangan pendengaran, termasuk rangsangan elektrik-akustik dan implan stem otak auditori. Walaupun skopnya terhad pada suatu ketika dahulu, penerimaan implan koklear terus berkembang di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, masih terdapat keperluan besar untuk meningkatkan akses kepada teknologi ini, yang mempunyai potensi untuk menambah baik kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia.

Bercakap kepada bakal jurutera bio dan penyelidik, Ingeborg berkata, "Kita hidup pada salah satu tempoh paling mengujakan dalam sejarah bagi penyelidikan dan pembangunan bioperubatan. Pertumbuhan pesat kemajuan teknologi adalah amat luar biasa daripada segi kemungkinan untuk mereka yang mengalami kehilangan pendengaran dan banyak keadaan perubatan lain. Apa yang kelihatan mustahil hanya pada satu generasi lalu, kini bukan sahaja mungkin tetapi telah menjadi amalan biasa. Terdapat begitu banyak pembangunan mendatang yang sedang menunggu untuk direalisasikan dan banyak penemuan bakal dibuat."

Latar Belakang MED-EL

MED-EL Medical Electronics merupakan penyedia utama bagi sistem implan pendengaran seluruh dunia. Syarikat tersebut telah diasaskan oleh saintis Austria dan perintis industri Ingeborg dan Erwin Hochmair, yang bersama-sama menghasilkan implan koklear mikroelektronik berbilang saluran pertama dunia pada 1977. Implan koklear telah dan kekal menjadi gantian pertama bagi deria manusia, iaitu deria pendengaran. Pada 1990, Hochmair Bersaudara membina asas bagi pertumbuhan kejayaan syarikat apabila mereka menerima kakitangan pertama mereka. Kini, syarikat milik persendirian itu mempunyai lebih 1,500 kakitangan di seluruh dunia. Individu di lebih 100 buah negara dapat menikmati anugerah pendengaran dengan Sistem Implan Pendengaran MED-EL.

Misi MED-EL adalah untuk mengatasi kehilangan pendengaran sebagai penghalang kepada komunikasi dan kualiti kehidupan. Syarikat itu menawarkan rangkaian terbesar penyelesaian boleh implan di seluruh dunia untuk merawat pelbagai tahap kehilangan pendengaran, termasuk sistem implan konduksi koklear, telinga tengah dan tulang selain sistem untuk rangsangan gabungan elektrik dan akustik. http://www.medel.com

Hochmair bersaudara dan seluruh keluarga MED-EL mengucapkan tahniah kepada semua penerima Hadiah Russ tahun ini.

HUBUNGI:

Thomas Herrmann
MED-EL Medical Electronics
Fürstenweg 77a
A - 6020 Innsbruck
T: +43(0)577-88-5182
press[a]medel.com

SUMBER  MED-EL

Source: MED-EL
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Awards Senior Citizens