omniture

MAMA, Program Sarjana SDA Bocconi Baharu untuk Pengurus Seni Masa Depan

SDA Bocconi
2015-01-12 08:00 192

MILAN, 12 Januari, 2015 /PRNewswire/ -- Seni dan pengurusan, suatu gabungan antara minat dan keghairahan. Bagi meraikan penyatuan ini MAMA, program Sarjana baharu dalam Pengurusan dan Pentadbiran Seni diperkenalkan di Fakulti Pengurusan SDA Bocconi. Ia merupakan program unik untuk mempertingkatkan aset strategik, kebudayaan dan ekonomik, serta menawarkan peluang kerjaya yang hebat di Itali dan juga di luar negara.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7404351-mama-new-sda-bocconi/

Sebuah program sepenuh masa selama 12 bulan dan diajar keseluruhannya dalam Bahasa Inggeris, MAMA menawarkan peserta peluang untuk mendapatkan pengetahuan tentang teori pengurusan serta kemahiran praktikal berkaitan seni dan juga kebudayaan. Sebagai tambahan kepada sesi bilik darjah tradisional yang diajar oleh fakulti SDA Bocconi, program tersebut melibatkan perjumpaan, seminar dan projek lapangan dengan rakan-rakan kongsi berprestij. Tambahan pula, kami bekerjasama dengan FAI (Italian Environment Fund), selain institusi seperti Filarmonica della Scala, Fondazione Arena di Verona, Vatican Museums, MUVE (Foundation for the Civic Museums of Venice) dan Teatro Franco Parenti.

Program Sarjana baharu itu, yang bermula pada September 2015, merupakan program antarabangsa yang menyasarkan graduan sains kemanusiaan dan golongan profesional yang bekerja untuk organisasi-organisasi yang beroperasi dalam sektor kesenian dan kebudayaan, seperti muzium, teater serta pesta.

Ia menawarkan gambaran lengkap industri dan aspek pengendaliannya, daripada struktur organisasi hingga kepada pengurusan sumber manusia, daripada pemasaran hingga kepada pengumpulan dana, serta daripada keusahawanan kreatif hingga kepada perancangan perniagaan. Program itu juga menyediakan kursus bertumpu yang berdedikasi terhadap penerbitan opera dan pesta, kepada pengurusan muzium serta warisan kesenian, dan juga kepada media digital dan seni.

"Sokongan terhadap inovasi kesenian dan menggalakkan penyebaran budaya," Alex Turrini, Pengarah MAMA, "hanya mungkin jika anda mampu menggabungkan keghairahan dan penghormatan untuk seni dengan kemahiran keusahawanan serta pengurusan. MAMA merupakan program latihan unik; bersifat antarabangsa dan juga mempunyai ciri-ciri Itali yang mendalam. Ia menyatukan kecemerlangan kebudayaan dan kegemilangan kesenian negara kami dengan pengalaman SDA Bocconi dalam pendidikan pengurusan."

Untuk maklumat lanjut sila lawati: http://www.sdabocconi.it/mama

Video: http://www.multivu.com/players/English/7404351-mama-new-sda-bocconi/

Sumber: SDA Bocconi

Source: SDA Bocconi
Keywords: Art Education Higher Education New products/services