omniture

Pacuan Motor Ringkas, Kompak dan Berharga Kompetitif Kembangkan Portfolio Automasi Industri di RS Components

RS Components Singapore
2015-01-12 11:00 260

Siri Eaton PowerXL DE1 memberikan kawalan cekap tenaga, kelajuan boleh ubah dengan harga mampu milik dan kemudahan penggunaan mirip kontaktor

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Januari, 2015 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar global untuk jurutera, kini menstokkan siri pemula motor/pengawal berkelajuan boleh ubah Eaton PowerXL™ DE1. Pacuan kompak ini menawarkan pemasangan mudah tanpa menu bagi juruelektrik yang tidak memiliki sebarang pengalaman automasi, dan disediakan pada harga yang bersaing rapat dengan  pemula motor asas dari pembekal lain.

RS300-Eaton-2
RS300-Eaton-2
RS300-Eaton-3
RS300-Eaton-3

Pengawal PowerXL DE1 menggabungkan ciri ekonomi dan keringkasan pemula atau kontaktor dengan ciri pacuan kelajuan boleh ubah untuk membantu menjimatkan tenaga serta memenuhi peraturan yang semakin ketat untuk mengawal kecekapan motor. Kelajuan, pecutan dan nyahpecutan motor ditetapkan dengan melaraskan kedudukan suis pada pemuat parameter pemalam kecil, DXE-EXT-SET, menggunakan pemutar skru. Tiada pengetahuan khusus diperlukan. Unit ini turut menyediakan status LED dan suis pemilih 50Hz/60Hz bagi mengoptimumkan pacuan untuk digunakan di wilayah-wilayah seluruh dunia.

Pada ketinggian hanya 231mm, dan lebar 45mm atau 90mm bergantung pada kadaran kuasa, dimensi modul adalah konsisten dengan modul perlindungan motor Eaton PKZM serta modul pendawaian DILM. Ini membolehkan pereka kelengkapan menghasilkan reka letak panel hadapan yang kemas dan menarik. Bekas yang digunakan diberi kadaran IP20.

Semua pacuan PowerXL DE1 menyokong komunikasi OP-Bus (RS-485) serta Modbus, dan juga menyediakan sambungan PC. Siri ini terdiri daripada unit fasa tunggal 0.25kW, 0.55kW, dan 0.75kW serta 11 pilihan tiga fasa daripada 0.37kW kepada 7.5kW, dan juga dapat digunakan dalam pelbagai pam, kipas, konveyor, dan mesin ringkas untuk aplikasi seperti pengendalian, pempakejan dan kawalan proses.

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar global untuk jurutera. Dengan operasi di 32 buah negara, kami menawarkan sekitar 500,000 produk melalui internet, katalog, dan di kaunter dagangan kepada lebih satu juta pelanggan, menghantar lebih 44,000 bungkusan sehari. Produk-produk kami, yang bersumberkan daripada 2,500 pembekal utama, termasuk semikonduktor, antara sambungan, pasif dan elektromekanikal, automasi serta kawalan, elektrikal, ujian dan pengukuran, alatan dan juga barangan boleh guna.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan beroleh pendapatan sebanyak GBP1.27bilion pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang di www.rs-online.com.

RS Components 
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com 
Telefon: +65-6391-5745

Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0 

Pautan Berkaitan

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-online.com/

DesignSpark
www.designspark.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150107/8521500064-a 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150107/8521500064-b 
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg 

SUMBER  RS Components

Source: RS Components Singapore
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Electronic Design Automation New products/services