omniture

CareEdge mengumumkan kemasukan ke dalam Penarafan Skala Global dengan pelancaran Penarafan Kerajaan untuk 39 Negara

CareEdge Ratings
2024-10-04 21:00 52
  • Agensi penarafan kredit India pertama yang memasuki Penarafan Skala Global dengan pelancaran CareEdge Global IFSC Ltd.
  • Laporan CareEdge yang Didedahkan mengenai Penarafan Kerajaan Ekonomi Global

MUMBAI, India, 4 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- CareEdge Ratings, agensi penarafan kredit terkemuka India, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah menjadi agensi penarafan kredit India pertama yang memasuki ruang Penarafan Skala Global, melalui anak syarikat, CareEdge Global IFSC Limited.

 

 

CareEdge telah mendedahkan laporan mengenai Penarafan Kerajaan Ekonomi Global, mengeluarkan penarafan kerajaan 39 negara dalam acara mega yang diadakan di GIFT City, Gandhinagar, India. Ramai personaliti terkemuka dari badan kawalan selia, korporat dan pembuat dasar hadir semasa pelancaran, termasuk Shri K.V. Kamath – pemimpin korporat terkenal di India, Shri Ashish Kumar Chauhan – Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, NSE dan Shri Sanjeev Sanyal – Ahli, Majlis Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri.

Dalam tindakan penarafan kerajaan pertama, CareEdge Global telah memberikan penarafan berikut kepada 39 negara: AAA kepada Jerman, Belanda, Singapura dan Sweden; AA+ kepada Australia, Kanada dan Amerika Syarikat; AA- kepada Perancis, Jepun, Korea, UAE dan UK; A+ kepada Portugal, A kepada China dan Sepanyol; A- kepada Chile, Malaysia dan Thailand; BBB+ kepada Botswana, India dan Filipina; BBB kepada Indonesia, Itali dan Mauritius; BBB- kepada Mexico, Maghribi dan Peru; BB+ kepada Brazil, Columbia, Greece dan Vietnam; BB kepada Afrika Selatan; B+ kepada Turkiye; B kepada Nigeria; B- kepada Ecuador dan Mesir; CCC+ kepada Bangladesh; CCC kepada Argentina dan D kepada Ethiopia.

Bercakap pada majlis itu, Mehul Pandya Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CareEdge berkata, "Ini merupakan pencapaian penting bagi kami dalam perjalanan kami ke arah menjadi institusi berasaskan pengetahuan global. Memandangkan pengaruh ekonomi India berkembang, maka tepat pada masa dan wajar bagi syarikat India memasuki domain ini. CareEdge Ratings membawa bersama pemahaman bernuansa mengenai ekonomi yang sedang pesat membangun - perspektif yang tidak ternilai dalam persekitaran ekonomi global yang kompleks pada hari ini. Kami berasa yakin bahawa amat penting untuk mempunyai ketelusan dalam metodologi penarafan kerajaan, terutamanya dalam menilai potensi pertumbuhan dan keperluan pelaburan ekonomi. Ini ditunjukkan dalam penarafan yang diberikan oleh kami. Kami sedar berkenaan tanggungjawab yang datang bersama kemasukan kami ke dalam ruang ini dan komited sepenuhnya untuk memberikan pendapat yang bebas dan saksama."

Metodologi Penarafan Kerajaan CareEdge melibatkan analisis di bawah lima tonggak yang luas untuk menentukan kepercayaan kredit sesebuah kerajaan. Tonggak ini ialah Struktur & Kebingkasan Ekonomi (wajaran 25%), Kekuatan Fiskal (wajaran 25%), Kedudukan & Hubungan Luar (wajaran 16.67%), Kestabilan Monetari & Kewangan (wajaran 16.67%) dan Institusi & Kualiti Tadbir Urus (wajaran 16.67%). Penilaian bagi setiap tonggak ini adalah berdasarkan pertimbangan trend sejarah, semasa serta jangkaan masa depan.

Rajani Sinha, Ketua Ahli Ekonomi, CareEdge Ratings berkata, "Metodologi kami adalah teguh dan tepat menangkap nuansa ekonomi maju dan sedang pesat membangun, walaupun semasa menggunakan ambang yang konsisten di seluruh negara. Penarafan yang diberikan dengan menggunakan metodologi kami ini akan membantu pelabur dan meningkatkan kepelbagaian pendapat tentang pelbagai negara."

Keseluruhan laporan mengenai Penarafan Kerajaan Ekonomi Global boleh diakses di www.careedgeglobal.com

Maklumat Tentang CareEdge Ratings 

CareEdge ialah kumpulan analisis berasaskan pengetahuan yang menawarkan perkhidmatan dalam Penarafan Kredit, Analisis, Perundingan dan Kelestarian. Ditubuhkan pada tahun 1993, syarikat induk CARE Ratings Ltd (CareEdge Ratings) ialah agensi penarafan kedua terbesar di India, dengan rekod prestasi yang boleh dipercayai bagi syarikat penarafan merentasi pelbagai sektor dan mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam sektor pertumbuhan tinggi seperti BFSI dan Infra. Anak syarikat milik penuh CareEdge Ratings ialah (I) CARE Analytics & Advisory Private Ltd. (sebelum ini dikenali sebagai CARE Risk Solutions Pvt. Ltd.) dan (II) CARE ESG Ratings Ltd, (sebelum ini dikenali sebagai CARE Advisory Research and Training Ltd.). Selain CareEdge Global IFSC Ltd., entiti anak syarikat antarabangsa CareEdge Ratings yang lain termasuk CARE Ratings Africa (Private) Limited di Mauritius, CARE Ratings South Africa Pty. Ltd dan CARE Ratings Nepal Limited.

Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Tayyab Imadi 
+91 99672 12492 
tayyab@whitemarquesolutions.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/2522968/4950106/CGRL_Logo.jpg

Source: CareEdge Ratings
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Survey, Polls & Research Data Analytics Financial Technology