omniture

Federer Menentang Hewitt dalam Pelancaran Tenis Pertama Dunia di Sydney

Destination NSW
2015-01-12 16:05 276

SYDNEY, 12 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Buat kali pertama di dunia, lagenda tenis Switzerland dan Pemain Nombor 2 Dunia ketika ini Roger Federer pada hari ini mencabar pemain hebat Australia Lleyton Hewitt dalam perlawanan berimpak tinggi di Panggung Opera Sydney yang ikonik, bagi pelancaran global eksklusif FAST4 TENNIS di Sydney.

Roger Federer and Lleyton Hewitt challenge each other to FAST4 TENNIS in Sydney. Destination NSW_James Horan
Roger Federer and Lleyton Hewitt challenge each other to FAST4 TENNIS in Sydney. Destination NSW_James Horan
Roger Federer launches FAST4 TENNIS at the Sydney Opera House. Destination NSW_James Horan
Roger Federer launches FAST4 TENNIS at the Sydney Opera House. Destination NSW_James Horan

 

 

Federer and Hewitt create history at the Sydney Opera House for FAST4 Tennis. Destination NSW_Mark Watson
Federer and Hewitt create history at the Sydney Opera House for FAST4 Tennis. Destination NSW_Mark Watson

 

Dengan Jambatan Pelabuhan Sydney sebagai latar belakang, Federer dan Hewitt membawa perlawanan ke tahap baharu serta mencipta sejarah apabila mereka bermain perlawanan persahabatan FAST4 TENNIS di Dataran Utara Panggung Opera Sydney. Lagenda tenis itu merupakan yang pertama di dunia berbalas pukulan di lokasi unik itu, dengan tenis berformat baharu itu dilihat buat kali pertama di seluruh dunia.

FAST4 TENNIS merupakan format tenis baharu yang inovatif yang dibangunkan oleh Tennis Australia. Ia direka untuk menawarkan permainan lebih pantas. Terdapat empat variasi peraturan daripada tenis tradisional: tiada pemarkahan 'advantage', tiada let, pemutus seri dimainkan apabila seri tiga perlawanan, dengan pemain pertama yang memenangi empat permainan memenangi set.

Ketua pegawai eksekutif Destination NSW Sandra Chipchase berkata, adalah mudah untuk melihat mengapa Sydney dipilih sebagai bandar pelancaran global bagi format pantas tenis yang baharu.

"Saya gembira pelancaran global FAST4 TENNIS telah dilakukan di Sydney secara eksklusif, tuan rumah bagi sukan bertaraf dunia," kata Cik Chipchase.

"Sydney merupakan tuan rumah bagi beberapa acara sukan utama dunia, menarik antara nama terbesar dalam sukan. Kami gembira mengalu-alukan Federer kembali ke negara kami untuk tayangan perdana global dan eksklusif bagi perkara seterusnya yang terbaik dalam dunia sukan.

"Sydney berbangga menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini, meraikan pelancaran versi pendek permainan ini."

Bersahabat baik di luar gelanggang, Federer dan Hewitt mempunyai salah satu persaingan paling lama dalam tenis, bersama dengan rasa hormat antara satu sama lain. Kedua-duanya, berusia 33 tahun, telah bertemu sebanyak 27 kali sejak 1999, dengan Federer memenangi 18 daripada perlawanan tersebut. Malam ini, dalam satu lagi acara pertama kali di dunia, Federer akan bertemu dalam perlawanan terbaik lima set menentang Hewitt di Qantas Credit Union Arena untuk mempertonton format tenis baharu.

Untuk maklumat lanjut tentang Sydney sila lawati  www.sydney.com.

Untuk mengakses pustaka imej dan memuat turun imej sila lawati images.destinationnsw.com.au.

Maklumat Perhubungan Media:

Laura Kelly, Destination NSW 
E-mel: laura.kelly@dnsw.com.au  
Tel: +61-2-9931-1164 Tel. Bimbit: +61-411-777-676

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150112/8521500099-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150112/8521500099-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150112/8521500099-c

Source: Destination NSW
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Sporting Events Sports Travel