omniture

Authentix® Meraikan 25 tahun sebagai Peneraju Pasaran Global dalam Penandaan Bahan Api dengan Lebih 3 Trilion Liter Bahan Api Ditandakan

Authentix, Inc.
2024-10-06 00:20 9

ADDISON, Texas, 6 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Authentix, pihak berkuasa dalam perkhidmatan pengesahan dan maklumat, mengumumkan pencapaian penting sebagai peneraju pasaran global dalam penandaan bahan api terselindung selama 25 tahun berturut-turut dengan menandakan lebih 3 trilion liter bahan api dan pada hari ini menyediakan penandaan untuk lebih 20 program sektor unik dengan 150 bilion liter bahan api dirawat setiap tahun.

Sejak tahun 1999, Authentix kekal sebagai penyedia penandaan bahan api terselindung utama yang menyampaikan teknologi proprietari, perkhidmatan dan analisis data kepada kerajaan dan syarikat minyak komersial. Melalui penggunaan penanda bahan kimia terselindung yang paling canggih, alat analisis bahan api pegang tangan, sokongan program tempatan dan alat analisis data, pelanggan boleh menyemak rantaian bekalan huluan dan hiliran dalam masa nyata untuk mengesan dagangan haram produk petroleum dengan serta-merta.

Daripada hanya sebilangan kecil pekerja dan pejabat tunggal pada tahun 1996, Authentix telah berkembang dengan program penandaan bahan api di Amerika Tengah, Amerika Selatan, Timur Tengah, Afrika, Eropah, Asia dan Australia. Pada hari ini, Authentix mempunyai pejabat di seluruh dunia dan lebih 600 pekerja.

Kevin McKenna, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, menyatakan, "Komitmen kami terhadap inovasi dan memastikan kejayaan pelanggan yang menjadi keutamaan kami telah memainkan peranan besar bagi kejayaan pengembangan syarikat dalam penandaan bahan api selama 25 tahun ini." Beliau menambah, "Penyelesaian penandaan bahan api terselindung Authentix mencegah penyeludupan haram dan pengelakan cukai, memastikan kerajaan mendapatkan semula hasil cukai yang sah. Selain itu, penyelesaian kami memastikan syarikat minyak komersial mengekalkan kualiti, reputasi jenama bahan api dan kepercayaan pengguna."

Set alat Authentix termasuk penanda bahan kimia, alat analisis bahan api, aplikasi mudah alih dan pengurusan data berasaskan web (AXIS®) untuk penjejakan dan penguatkuasaan. Kebiasaannya pelanggan melihat pengurangan aktiviti haram daripada lebih 30% jumlah bahan api kepada kurang daripada 5% yang menyebabkan pulangan pelaburan yang ketara daripada 5 hingga 15 kali ganda kos program.

Kent Mansfield, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, mengulas, "Satu lagi faktor utama dalam menjangkau pencapaian 25 tahun ini ialah komitmen Authentix yang tidak berbelah bahagi kepada kelestarian. Penyelesaian kami hanya menggunakan penanda bahan kimia mesra alam berasaskan CHON (karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen) yang mematuhi perjanjian alam sekitar global dan mengurangkan bahan pencemar organik yang berterusan. Di samping itu, Authentix melabur semula dalam komuniti yang khidmat diberikan dengan membiayai kemudahan pendidikan, menyediakan kelengkapan penting, menggali telaga untuk akses air tawar dan memasang infrastruktur elektrik tenaga suria untuk sekolah dan kemudahan perubatan."

Maklumat Tentang Authentix:

Sebagai pihak berkuasa dalam penyelesaian pengesahan, Authentix membawa kebolehkesanan kepada rantaian bekalan global yang rumit pada hari ini. Selama lebih 25 tahun, Authentix telah menyediakan pelanggan dengan penyelesaian fizikal dan didayakan perisian untuk mengesan, mengurangkan dan mencegah aktiviti dagangan haram untuk mata wang, barangan yang boleh dikenakan cukai eksais dan produk pengguna berjenama. Melalui model perkongsian yang terbukti dan kepakaran sektor yang mendalam, pelanggan dapat menghayati reka bentuk penyelesaian tersuai dan pengurusan program yang lengkap untuk memastikan keselamatan produk, perlindungan hasil dan kepercayaan pengguna. Beribu pejabat di Addison, Texas Amerika Syarikat, Authentix, Inc. mempunyai pejabat di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah, Asia, dan Afrika memberi khidmat kepada pelanggan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.authentix.com. Authentix® ialah tanda dagangan berdaftar Authentix, Inc. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/429526/Authentix_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Authentix, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Oil/Energy Transportation Utilities Supply Chain/Logistics