omniture

PENYELIDIKAN BAHARU DARIPADA GENERATION MENDEDAHKAN SEJAUH MANA PENGALAMAN GOLONGAN PERTENGAHAN KERJAYA DAN PEKERJA YANG LEBIH TUA MENERIMA GUNA KECERDASAN BUATAN DI TEMPAT KERJA

Generation
2024-10-09 16:00 39
  • Majikan di Amerika Syarikat dan Eropah meramalkan penurunan mendadak (22%-64%) dalam pengambilan pekerja untuk jawatan peringkat kemasukan dan pertengahan dalam tempoh 12 bulan akan datang
  • 15% pekerja berusia 45+ tahun di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah melaporkan yang mereka menggunakan AI di tempat kerja — sebahagian besar golongan pekerja tersebut belajar sendiri, penggunaan yang kerap dan berupaya melihat manfaat yang diberikan
  • Majikan terlepas peluang mengambil manfaat daripada gabungan pekerja berpengalaman dan alat AI 

WASHINGTON, 9 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Data baharu daripada Generation, organisasi pekerjaan global bukan untung, mendedahkan trend sejauh mana golongan pekerja pertengahan kerjaya menerima guna AI di tempat kerja.

Laporan itu, AI Tanpa Mengira Usia (Age-Proofing AI): Membolehkan tenaga kerja antara generasi memperoleh manfaat daripada AI, dicipta dengan sokongan geran daripada Google.org dan Yayasan SCAN. Generation menugaskan YouGov untuk mengendalikan kajian penyelidikan di seluruh Perancis, Ireland, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Tinjauan ini merangkumi respons daripada 2,610 pekerja berusia lebih 45 tahun yang bekerja dalam peranan peringkat kemasukan dan pertengahan, 1,488 majikan dan meneroka cabaran yang dihadapi dan peluang tersedia bagi pekerja pertengahan kerjaya dan mereka yang lebih tua dalam mengemudi peningkatan AI di tempat kerja.

Dengan pengambilan pekerja mengalami penurunan, cenderung usia masih berleluasa

Majikan di Amerika Syarikat dan Eropah meramalkan penurunan mendadak dalam pengambilan pekerja untuk jawatan peringkat kemasukan dan pertengahan, dengan pengurangan dijangkakan antara 22% hingga 64% dalam tempoh 12 bulan akan datang. Pengetatan pengambilan pekerja ini boleh memberi impak yang buruk kepada calon pertengahan kerjaya dan mereka yang lebih tua.

Penyelidikan Generation terdahulu pada tahun 2021 dan 2023 menunjukkan bahawa majikan secara konsisten memilih calon yang lebih muda walaupun 89% majikan menyatakan bahawa pekerja pertengahan kerjaya dan mereka yang lebih tua juga mempunyai prestasi yang baik, malah lebih baik, berbanding rakan sejawat mereka yang lebih muda.

Tinjauan baharu mendapati diskriminasi usia ini diperkuat dalam peranan yang menggunakan AI, dengan majikan menunjukkan keutamaan diberikan kepada calon yang lebih muda. Di Amerika Syarikat, 90% pengurus pengambilan pekerja berkemungkinan akan mempertimbang calon di bawah usia 35 tahun untuk peranan berkaitan AI, berbanding hanya 32% untuk mereka yang berusia lebih 60 tahun. Di Eropah jurang tersebut hampir sama, dengan 33% yang berkemungkinan mempertimbang calon yang lebih tua dan 86% berkemungkinan mempertimbang golongan yang lebih muda.

Penggunaan AI yang rendah oleh pekerja pertengahan kerjaya dan mereka yang lebih tua mengecilkan peluang

Daripada bilangan mereka yang ditinjau itu, 15% pekerja berusia lebih 45 tahun melaporkan menggunakan alat AI generatif di tempat kerja. Majoriti mereka yang menggunakan alat AI ialah "pengguna berkuasa" yang belajar sendiri, menggunakannya beberapa kali seminggu malah pada setiap hari untuk melakukan pelbagai aktiviti. Mereka melaporkan impak positif kepada kerja mereka — dengan lebih daripada separuh melaporkan penambahbaikan dalam kualiti, produktiviti dan pembuatan keputusan. Peratusan yang besar mengatakan AI menjadikan pekerjaan mereka lebih menyeronokkan, dengan 35% pekerja Amerika Syarikat dan 58% pekerja Eropah menyatakan peningkatan kepuasan kerja disebabkan oleh alat AI.

Walau bagaimanapun, tahap penggunaan yang rendah mungkin mengecilkan potensi pertumbuhan. Pekerja yang lebih tua mungkin tidak perlu terlalu bergantung pada AI untuk mengisi semula jurang pengalaman mereka. Tetapi pengalaman dan pertimbangan mereka mungkin membolehkan mereka menulis gesaan yang lebih baik dan mentafsir hasil dengan lebih berkesan.

Majikan  masih meneroka pilihan sokongan yang paling berkesan untuk memperoleh manfaat AI

Hampir separuh daripada pengurus pengambilan pekerja Amerika Syarikat (47%) dan 29% majikan Eropah telah mula menyediakan alat AI kepada tenaga kerja masing-masing, dengan banyak lagi merancang untuk melancarkan alat tersebut dalam tempoh 12 bulan akan datang. Kini, lebih 90% menawarkan beberapa bentuk sokongan latihan untuk pekerja yang menggunakan AI. Sokongan tersebut datang dalam bentuk berbeza, dengan hanya kira-kira 50% menawarkan latihan formal dan banyak yang menyediakan perkhidmatan layan diri atau sumber lain. 

Tetapi majikan masih perlu membuat kemajuan dalam mengenal pasti sokongan yang paling berkesan dan merapatkan jurang tersebut untuk pekerja masing-masing. Dalam tinjauan kami, minat pekerja pada AI bercampur aduk. Daripada pekerja berusia lebih 45 tahun yang tidak menggunakan alat AI pada masa ini, 24% di Amerika Syarikat dan 36% di Eropah menyatakan minat mereka untuk mempelajari menggunakan alat tersebut. Tetapi bahagian sukuan lain bersikap neutral atau tidak pasti dan hampir satu pertiga daripada bukan pengguna di Amerika Syarikat dan 17% di Eropah mengesahkan mereka tidak berminat dengan AI sama sekali. Keambivalenan ini konsisten dengan penyelidikan baru-baru ini yang mendapati tidak jelas kepada pekerja berpengalaman sejauh mana AI boleh disesuaikan dengan kerja mereka.

Jurang ini menunjukkan keperluan majikan untuk menggabungkan pengalaman pekerja pertengahan kerjaya dan mereka yang lebih tua dengan kemahiran untuk memanfaatkan sepenuhnya AI — dengan mencari kes penggunaan yang menggabungkan AI ke dalam peranan dan tahap pengalaman khusus.

Anda boleh membaca laporan penuh di sini.

Dr. Mona Mourshed, Ketua Pegawai Eksekutif Pengasas Global, Generation, berkata:

"Walaupun AI berpotensi mengubah tugasan dan peranan pekerjaan secara dramatik, namun ini akan menjadi paling transformatif apabila kuasanya digabungkan dengan kepakaran manusia. Data ini menegaskan kepentingan untuk terus memerangi diskriminasi usia dan menunjukkan peluang bagi kami mengambil pandangan yang lebih bernuansa di tempat kerja yang disemai dengan AI tentang cara memanfaatkan aset unik yang dibawa oleh pekerja daripada pelbagai peringkat usia dan tahap pengalaman."

Anika Heavener, Naib Presiden, Inovasi dan Pelaburan di Yayasan SCAN, badan amal awam bebas yang mencetuskan perubahan berani dan saksama dalam cara orang dewasa yang lebih tua menghabiskan sisa hidup mereka di rumah dan komuniti:

"Penyelidikan ini menerangkan dengan jelas bahawa AI sudah mengubah kerja seperti yang kita tahu, tetapi pada masa yang sama, pelaksanaan AI berpotensi memburukkan lagi diskriminasi usia di tempat kerja. Pekerja yang lebih tua menawarkan kemahiran dan pengalaman unik dan majikan perlu menyediakan mereka dengan latihan dan sokongan yang diperlukan bagi memperoleh manfaat AI dan berjaya menyepadukan teknologi ke dalam pekerjaan harian mereka."

 

Source: Generation
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Senior Citizens Survey, Polls & Research Artificial Intelligence DEI Page