omniture

Hisense ULED Raih Anugerah Teknologi Paparan Tahunan Global

Hisense
2015-01-13 18:38 86

QINGDAO, China, 13 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Pada 7 Januari, masa tempatan AS, pemenang Anugerah Teknologi Paparan Tahunan telah diumumkan semasa pameran elektronik pengguna terhebat dan terbesar dunia yang kini berlangsung di Las Vegas, dengan penghormatan itu diperolehi ULED, teknologi televisyen generasi baharu proprietari yang dibangunkan di makmal penyelidikan Hisense yang berpangkalan di China. Ini merupakan anugerah ketiga yang telah diraih ULED sejak menerima Anugerah Inovasi TV Warna 2014 dan Anugerah CITE 2014. Anugerah Teknologi Paparan Tahunan diberikan dengan kuasa International Data Group (IDG) dan disasarkan untuk memberi ganjaran kepada teknologi luar biasa yang dibangunkan oleh pengeluar di seluruh dunia dalam bidang teknologi paparan. Pada 2014, Hisense melancarkan Teknologi Peningkatan Imej TV LCD berpencahayaan belakang LED, yang mempunyai kesan dramatik terhadap kualiti gambar lebih daripada LED dan kini digelar ULED. Teknologi ini memanfaatkan kawalan berpencahayaan belakang bebas berbilang bahagian dan teknologi enjin paparan HiView, secara berkesan menyelesaikan isu yang dikaitkan dengan TV 4K, antaranya, kecacatan dalam lapisan imej, penjanaan warna, perincian imej dan FPS sambil mempertingkat kontras, penjanaan warna dan kepantasan tindakbalas.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150109/168033

Pada pameran ini, Hisense ULED menempatkan diri sebagai salah satu teknologi paparan teras yang mencabar Samsung dan LG dari Korea, menunjukkan pengeluar China telah menggandakan usaha dalam menentukan pihak yang akan menjadi kuasa dominan dalam teknologi paparan.

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Awards Trade show news