QINGDAO, China, 13 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Dikenali kerana kelebihan produknya seperti gamut warna tinggi, julat dinamik tinggi, definisi tinggi dan FPS tinggi, Hisense ULED telah menjadi terkenal dalam kalangan pengguna sejak muncul di pasaran. Produk G2 dipertingkat akan datang turut ditampilkan di CES 2015.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150108/167733
Daripada demo perbandingan langsung, dapat dilihat secara langsung, berbanding keluaran terdahulu, pendatang baharu ini mempunyai banyak ciri-ciri baharu: pertamanya, ULED2 telah mempertingkat kontras dan kecerahan puncaknya; kedua, ia telah menggunakan teknologi titik kuantum, teknologi yang telah dibangunkan bersama 3M, serta memaparkan kesan warna yang lebih mengagumkan semasa demonstrasi kontras; ketiga, teknologi algoritma pemprosesan imejnya juga telah dipertingkat untuk mencapai kesan skrin yang lebih cantik dan berkilau; akhir sekali, daripada segi penampilan, ULED2 menggunakan 4K dan radius lengkungan paling kecil dalam industri selain imersi imej terbaik dalam industri.
Dengan peningkatan ini, Hisense ULED2 telah menambah baik kontras TV LED tradisional daripada 1000-1 kepada 8 juta -1 dan julat warna kepada 100% NTSC, menjadikannya cemerlang dalam penjanaan warna.
Semua produk baharu ini akan muncul di pasaran tidak lama selepas Pesta Musim Bunga.