omniture

CLÉ DE PEAU BEAUTÉ UMUM SACHIKO NAKAJIMA SEBAGAI PENERIMA POWER OF RADIANCE AWARDS 2025

Clé de Peau Beauté
2024-10-11 10:00 11

Memberi penghormatan kepada pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif steAm, Inc., pemain piano jazz, ahli matematik dan Penerbit Projek Tematik Expo 2025 yang akan bekerjasama dengan Clé de Peau Beauté untuk memberi inspirasi kepada generasi gadis yang akan datang melalui STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik).

TOKYO, 11 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan alat solek mewah, berbesar hati untuk mengumumkan Sachiko Nakajima sebagai penerima Power of Radiance Awards 2025 atas usaha gigihnya dalam memajukan pendidikan STEAM. Cik Nakajima mula menjadi terkenal dalam bidang STEAM sebagai wanita Jepun pertama memenangi pingat emas di Olimpiad Matematik Antarabangsa semasa sekolah menengah. Seorang pemain piano jazz, beliau turut mengetuai Kurage Band Vida: Concerto of Five Senses – sekumpulan pemuzik yang menghidupkan STEAM melalui lima deria. Pengalamannya dalam STEAM mendorongnya untuk menubuhkan steAm, Inc. pada tahun 2017, sebuah organisasi yang dikhususkan untuk menyediakan pendidikan STEAM dan menyerlahkan potensi kreatif dalam diri semua orang.

Sachiko Nakajima, 2025 Award Recipient of the Power of Radiance Awards
Sachiko Nakajima, 2025 Award Recipient of the Power of Radiance Awards

Power of Radiance Awards tahunan mengiktiraf dan meraikan wanita yang mengambil tindakan dengan memperjuangkan pendidikan anak gadis dalam komuniti mereka. Anugerah ini diasaskan pada tahun 2019 dan berdasarkan kepercayaan Clé de Peau Beauté bahawa kunci kepada dunia yang lebih baik terletak dengan menyerlahkan potensi anak gadis terutamanya melalui pendidikan STEAM.

Hasil usaha Cik Nakajima merangkumi kepercayaan ini dan benar-benar sejajar dengan misi Clé de Peau Beauté untuk memperkasakan anak gadis melalui pendidikan dan akhirnya merapatkan jurang jantina yang berterusan dalam STEAM, seterusnya memupuk masa depan yang lebih baik buat semua. Laporan Jurang Jantina Global (Global Gender Gap Report) Forum Ekonomi Dunia 2024 menyenaraikan Jepun di tempat ke-118 daripada 146 negara dalam kesamarataan jantina, menekankan jurang perbezaan yang ketara dalam bidang seperti STEM[1]. Meskipun kedudukan Jepun sebagai salah satu ekonomi terbesar dunia dan prestasi cemerlang gadis Jepun dalam matematik dan sains di peringkat global[2], hanya 16% daripada lulusan STEM di Jepun ialah wanita[3]. Usaha Cik Nakajima bertujuan untuk menangani jurang perbezaan ini dengan menghapuskan halangan yang secara tradisinya menghalang wanita dan gadis daripada melanjutkan pengajian dan kerjaya STEM.

Melalui Power of Radiance Awards, Clé de Peau Beauté membayangkan pembinaan sebuah komuniti global wanita yang memimpin usaha ke arah perubahan positif. Cik Nakajima bertemu Reshma Saujani, Penerima Anugerah Power of Radiance 2024 dan Pengasas Girls Who Code dan Moms First, di sebuah acara yang diadakan oleh Clé de Peau Beauté bagi menyambut Hari Anak Gadis Antarabangsa di New York. Semasa acara itu, Cik Saujani dan penyokong kesamarataan jantina yang lain berkongsi idea mengenai bagaimana wanita dapat menyokong satu sama lain untuk memperkasakan generasi gadis yang seterusnya dalam bidang STEAM. Sebagai Penerima Anugerah Power of Radiance 2025, Cik Nakajima akan meneruskan usaha dan legasi penerima anugerah sebelum beliau, termasuk Cik Saujani, dengan membawa pandangan global ini kepada usaha beliau di Jepun.

Sebagai penerima Power of Radiance Awards 2025, Cik Nakajima akan menerima geran yang akan memantapkan usahanya dan meluaskan impak hasil usaha dan misinya untuk memberi inspirasi kepada gadis dan wanita bagi merangsang minat mereka dalam bidang STEAM.

Ini termasuk penglibatannya dengan The Asia Foundation, di mana beliau sedang mengusahakan projek "STEM ConnectHER". Inisiatif ini bertujuan untuk membina jaringan wanita serantau dalam bidang STEM di seluruh rantau Asia-Pasifik, memberi bimbingan dan sokongan kepada pelajar universiti dan golongan profesional. Di samping itu, Cik Nakajima terlibat secara aktif dengan "Suri-Joshi," sebuah program yang menganjurkan bengkel dan mencipta kandungan dalam talian untuk menggalakkan anak gadis dan ibu mereka meneroka kegembiraan dalam bidang matematik. Inisiatif ini bermatlamat untuk menghapuskan stereotaip dan menjadikan matematik lebih mudah diakses dan menyeronokkan untuk wanita muda, terutamanya di kawasan di mana suri teladan wanita dalam STEM jarang ditemui.

Cik Nakajima turut mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di Expo 2025, di mana beliau berkhidmat sebagai Penerbit Projek Tematik untuk Playground of Life: Jellyfish Pavilion. Memanfaatkan kepakaran berbilang disiplinnya dan kepercayaan yang teguh terhadap kuasa penglibatan individu untuk memberi kesan kepada perubahan, beliau akan mewujudkan ruang yang kolaboratif dan inklusif yang membolehkan orang ramai merasai keseronokan dan kegembiraan hidup bersama-sama melalui pembelajaran, seni dan banyak lagi.

"Ini merupakan suatu penghormatan untuk menerima Power of Radiance Award daripada Clé de Peau Beauté, yang memainkan peranan penting dalam memperkasakan generasi gadis yang seterusnya dan menangani jurang perbezaan jantina dalam pendidikan STEAM di seluruh dunia. Kedua-dua pendidikan dan kerjaya dalam bidang ini didominasi oleh golongan lelaki, namun jantina tidak ada kaitannya dengan kreativiti dan inovasi. Melalui anugerah ini, saya berharap dapat bekerjasama dengan Clé de Peau Beauté untuk menulis semula naratif bahawa STEAM bukan untuk gadis dan wanita. Saya percaya kesamarataan jantina dan segala bentuk keterangkuman dalam STEAM bukan sahaja bermanfaat, tetapi amat penting, demi masyarakat yang progresif," kata Cik Nakajima.

"Sejak tahun 2019, Power of Radiance Awards menjadi tonggak teras bagi komitmen kedermawanan kami, memberi penghormatan kepada wanita yang memimpin perubahan positif di seluruh dunia melalui pendidikan. Kami berbesar hati untuk memperdalam dedikasi kami kepada kesamarataan jantina dan memperkasakan gadis pada tahun hadapan melalui kolaborasi kami bersama Cik Nakajima dan steAm, Inc.," kata Cik Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté.

Clé de Peau Beauté percaya setiap individu memiliki potensi untuk memanfaatkan keserian dalaman mereka untuk memberi kesan kepada perubahan yang positif. Atas sebab inilah mengapa jenama ini memilih salah satu produk langkah pertamanya yang paling ikonik, The Serum dan menjanjikan sebahagian daripada jualannya ke arah misi ini. Melalui Power of Radiance Awards, Clé de Peau Beauté berusaha untuk memperkasakan gadis dan wanita untuk mencipta masa depan yang lebih cerah untuk diri mereka dan komuniti mereka.

Latar Belakang Sachiko Nakajima

Sachiko Nakajima ialah seorang ahli muzik, ahli matematik, pendidik STEAM dan artis media. Beliau ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif steAm, Inc., pengarah wakilan di steAm BAND Association dan Penerbit Projek Tematik di Expo 2025, Osaka, Kansai, Jepun (Signature Pavilion " Playground of Life: Jellyfish Pavilion"). Terlibat secara aktif dalam bidang muzik, matematik, pendidikan STEAM dan seni media di Jepun dan di peringkat antarabangsa, beliau percaya bahawa setiap orang memiliki potensi terhadap kreativiti, tanpa mengira latar belakang, jantina atau umur mereka. Beliau melihat pendidikan STEAM yang menyeronokkan dapat membantu individu mengatasi cabaran sosial dan peribadi, memupuk minat dan kreativiti unik mereka demi membentuk masyarakat masa depan. Di Jepun, Cik Nakajima dilantik sebagai Duta Gadis STEM untuk Pejabat Kabinet; beliau juga berkhidmat sebagai ahli pelbagai jawatankuasa Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT) serta pelbagai kerajaan wilayah; dan beliau ialah seorang sarjana Fulbright di New York University Tisch School of the Arts. Beliau khususnya memegang penghormatan tersendiri sebagai wanita Jepun pertama yang memenangi pingat emas di Olimpiad Matematik Antarabangsa. Beliau juga ialah ibu kepada seorang anak gadis berusia 18 tahun.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Co Ltd, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul keanggunan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian seseorang dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit termaju dari seluruh dunia. Selamanya dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam menyampaikan keserian yang begitu luar biasa, ia terpancar dari dalam. Boleh didapati di 26 negara dan wilayah seluruh dunia. 

Laman Web Rasmi Clé de Peau Beauté:  https://www.cledepeau-beaute.com/int/powerofradiance-2025.html 

Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/ 

 

Sachiko Nakajima receiving Clé de Peau Beauté's Power of Radiance Awards 2025
Sachiko Nakajima receiving Clé de Peau Beauté's Power of Radiance Awards 2025

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Education Awards Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)