MUNICH, 13 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Sekutu ITM Group, Isotope Technologies Garching GmbH dengan sukacitanya mengumumkan ia telah memperoleh kelulusan pengeluaran bagi Penjana Ge-68/Ga-68 bergred farmaseutikalnya. Kelulusan oleh kerajaan wilayah Upper Bavaria diterima pada Disember 2014, membolehkan ITG menyediakan satu-satunya Penjana Gallium-68 bebas logam kepada pasaran prosedur imbasan tomografi emisi positron (PET) yang pesat berkembang.
Platform Gallium-68 yang Inovatif
Pengimejan PET dengan penyurih berlabel Gallium-68 telah terbukti sebagai kaedah yang amat baik bagi pengesanan tepat tumor dan luka metastatik. Berbanding alternatif lain yang berkos lebih mahal seperti Fluor-18 berlabel radio yang memerlukan siklotron dalam hospital, Gallium-68 dapat dikeluarkan daripada Penjana Ge-68/Ga-68 dan digunakan secara terus untuk pelabelan radio dengan molekul sasaran. Tambahan pula, Penjana itG Ge-68/Ga-68 berautoklaf menyediakan keluaran steril untuk menetapkan piawaian keselamatan tertinggi.
Malah, Penjana Ge-68/Ga-68 baharu yang mematuhi GMP merupakan sebahagian strategi perniagaan ITG untuk mengadakan platform Gallium-68 yang kukuh. Steffen Schuster, Ketua Pegawai Eksekutif di Isotope Technologies Garching GmbH menekankan: "Kami berasa bangga dapat mencapai satu lagi tahap penting untuk terus mengukuhkan peranan Gallium-68 sebagai isotop generasi akan datang untuk diagnostik. Modul Pelabelan Bendalir iQS Ga-68 berperisai kendiri turut menyumbang kepada platform Gallium-68 kami yang inovatif memandangkan ia membuat penyediaan bagi penyurih berlabel Gallium-68 dengan cepat dan mudah berbanding sebelumnya.
Teranostik Hidup
Selain diagnostik, ITM Group turut mendorong pembangunan rawatan radioisotop terapeutik. Sejak 2011, Lutetium-177 tanpa-tambahan-pengangkut (n.c.a) dikeluarkan dalam kualiti GMP di kemudahan pengeluaran bebas di seluruh dunia. Lutetium-177 n.c.a. merupakan radioisotop pertama dalam kelasnya bagi terapi penyakit onkologi yang serius dan sukar dirawat. Dalam kombinasi dengan Gallium-68 bagi diagnosis terdahulu dan pengesanan luka malignan, platform teranostik ini memimpin jalan untuk terus membangunkan perubatan terperibadi.
Latar Belakang ITM Group
ITM Group merupakan kumpulan syarikat radiofarmaseutikal terkhusus milik persendirian yang berdedikasi terhadap pembangunan radioisotop inovatif, radiofarmaseutikal dan peranti radioperubatan generasi akan datang. ITM Group sedang mengukuhkan platform teranostik inovatifnya dengan mencapai persekutuan strategik bersama rakan kongsi utama dalam industri ini. Atas sebab ini, ITM menggalakkan syarikat farmaseutikal lain untuk terus melabur dalam inovasi berpotensi untuk membangunkan rawatan baharu yang menambah nilai sebenar kepada kesejahteraan dan kualiti hayat pesakit
Hebahan penuh: http://itm.ag/media-relations/itm-group-news.html
Hubungi
Christopher Morin
Pengurus Pemasaran & Komunikasi Korporat
Telefon: +49(89)28913915
Christopher.Morin@itg-garching.de
SUMBER ITM Isotope Technologies Munich AG