omniture

Ekspo Tingkap Pintu Muka Bangunan Aluminium 2015 bakal Pamerkan Produk dan Teknologi Baharu untuk Pasaran Global yang Berkembang

18 hingga 20 Mac 2015
PWTC Guangzhou, China
www.windoorexpo.com
Guangzhou Citiexpo Co., Ltd.
2015-01-14 05:00 454

GUANGZHOU, China, 14 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Guangzhou Citiexpo Co Ltd, acara Ekspo Tingkap Pintu Muka Bangunan Aluminum kali ke-21 akan menjadi hab penting bagi industri pembinaan untuk menyaksikan produk baharu dan teknologi inovatif, selain membina rangkaian dengan syarikat pempamer dan pengunjung profesional.

Menurut laporan terkini Navigant Research, segmen komersial dan residensial pasaran pembinaan global akan mengalami kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 2.1 peratus dan 2.2 peratus sepanjang 10 tahun akan datang, masing-masing. Secara khusus, perkembangan pesat pembinaan China telah menjana pertumbuhan luar biasa dalam stok pembinaan negara tersebut, dengan hampir 2 bilion meter persegi ditambahkan setiap tahun.

"Hasil pasaran yang sentiasa meningkat, kami telah meluaskan ruang pameran 2015 sebanyak 25% melebihi ruang tahun lalu," kata Cik Shea Xie, Pengurus Besar Guangzhou Citiexpo. "Kami akan menampilkan skop produk dan teknologi yang lebih luas yang meliputi perkembangan positif semasa di China berkaitan:

-- Penjimatan tenaga,
-- Bahan-bahan lestari,
-- Estetika,
-- Tuntutan kualiti,
-- Trend sosial.

Ekspo Tingkap Pintu Muka Bangunan Aluminum 2015, dengan lebih 500 pempamer meliputi kawasan seluas 75,000 meter persegi akan menumpukan terhadap produk dan penyelesaian inovatif pada sistem muka bangunan dan sistem pintu tingkap dengan profil aluminum, kaca pembinaan, kelengkapan, perkakasan, penyumbat struktur, penghadang matahari dari seluruh Asia dan dunia. Pempamer utama termasuk: DOW CORNING, SIKA, WACKER, FISCHER, SIEGENIA-AUBI, ROTO FRANK HARDWARE, KIN LONG HARDWARE, DSM, MOSER, GALUMINIUM, ALUK, PRESS METAL, ANOMETAL, AVIC GLASS, XINYI GLASS, dan banyak lagi. Senarai pempamer penuh boleh didapati di www.windoorexpo.com.

Berlangsung seiring dengan pameran adalah siri seminar ucap utama dan persidangan untuk membincangkan pasaran lingkungan binaan semasa, piawaian dan proses pensijilan, menyampaikan kajian kes dan pandangan tentang infrastruktur serta projek komersial terkini. Penyampai ucapan termasuk Dr. Roland Unterweger daripada FISCHER dan wakil daripada WACKER serta para penyelidik daripada Akademi Penyelidikan Binaan China.

Kemasukan ke ekspo dan aktiviti di tapak tersebut adalah percuma tetapi prapendaftaran dalam talian diperlukan. Pembeli yang melengkapkan prapendaftaran dalam talian menjelang 27 Februari 2015 boleh menyertai Program Padanan Perniagaan mengikut permintaan, membina rangkaian dengan pembekal China terpilih dalam perjumpaan peribadi terjadual dan mendapat akses langsung kepada rakan perniagaan baharu.

Sila lawati www.windoorexpo.com untuk maklumat lanjut tentang Ekspo Tingkap Pintu Muka Bangunan Aluminium.

Source: Guangzhou Citiexpo Co., Ltd.
Keywords: