FREIBURG, Jerman, 14 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Jedox, penyedia penyelesaian BI dan Pengurusan Prestasi layan-diri, telah mengambil alih rakan kongsi teknologi jangka panjangnya Reboard pada Disember 2014. Reboard mengkhusus dalam analitik lanjutan dan pelaporan mudah alih bagi telefon pintar serta tablet. Dengan pengambilalihan ini, Jedox AG mengukuhkan dan meluaskan kemampuan BI mudah alihnya. Pengambilalihan tersebut dan fokus strategik berterusan terhadap mobiliti memberikan pelanggan Kecerdasan Perniagaan dan penyelesaian mudah alih lanjutan yang sentiasa tersedia.
Bersama Awan (Cloud) dan Dalam Memori (In-Memory), Mobiliti merupakan fokus strategik dalam perancangan Jedox. Setiap hari, pelanggan Jedox telah pun menggunakan inovasi seperti papan pemuka mudah alih, simulasi, dan aplikasi untuk perancangan dan ramalan hasil daripada kolaborasi Jedox dan Reboard yang kukuh. Pengambilalihan ini bermakna kami akan menyatukan secara eksklusif kepakaran mobiliti Reboard untuk memberikan pelanggan kami teknologi BI Mudah Alih termaju yang terdapat dalam pasaran," kata Matthias Krämer, Ketua Pegawai Teknologi Jedox.
Kepakaran mudah alih asal
Mobiliti memacu anjakan paradigma dalam cara pengguna korporat mengaitkan dengan data mereka dan Reboard telah ditubuhkan pada 2010 dengan fokus keseluruhan terhadap BI Mudah Alih dan Pengurusan Prestasi. Pelanggan Reboard terdiri daripada industri farmaseutikal, pengeluaran, kejuruteraan, perkhidmatan, dan telekomunikasi. Pengguna melaksanakan aplikasi BI intuitif pada telefon pintar dan tablet. Aplikasi mudah alih Reboard direka untuk berfungsi pada sebarang peranti mudah alih dan memberikan kefungsian hebat, kemudahan penggunaan, dan sekuriti perusahaan bagi pemasangan perniagaan untuk data korporat dipercayai.
Latar Belakang Reboard
Reboard GmbH membangunkan penyelesaian BI Mudah Alih untuk syarikat bersaiz sederhana dan besar. Syarikat itu ditubuhkan oleh M-Way Solutions dan Bi Excellence GmbH pada 2010.
Latar Belakang Jedox
Jedox menyatukan perancangan, pelaporan dan analitik supaya pengguna perniagaan dapat mengurus prestasi korporat. Perisian tersebut sentiasa dikadarkan sebagai yang paling mudah digunakan dan paling mudah dipasang. Jedox digunakan di 125 buah negara oleh lebih 100,000 pengguna di seluruh dunia dengan kadar saranan pelanggan sebanyak 98.7%.
Maklumat Perhubungan Akhbar
press@Jedox.com
Telefon: +49-761151470
SUMBER Jedox AG