omniture

Syntax Systems Mengambil Alih Argon Supply Chain Solutions

Syntax
2024-10-16 06:46 6

Menambah Keupayaan Rantaian Bekalan Digital SAP® yang terbaik dalam kelasnya kepada rangkaian Penyelesaian Awan Perusahaan yang Memfokuskan kepada Industri

MONTRÉAL, 16 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Syntax Systems, sebagai penyedia penyelesaian dan perkhidmatan teknologi global terkemuka untuk pelaksanaan dan pengurusan aplikasi awan, mengumumkan bahawa firma tersebut telah mengambl alih Argon Supply Chain Solutions, sebuah firma yang mengkhusus dalam pengurusan gudang dan penyelesaian pengoptimuman rantaian bekalan serta Rakan Emas SAP®. Argon melayani pelbagai pelanggan multinasional yang semakin berkembang di seluruh dunia melalui kehadiran firma tersebut di UK dan Afrika Selatan.

"Pasukan Argon terkenal dengan pengetahuan terkemuka di pasaran dan kecemerlangan Rantaian Bekalan Digital melalui kerjasama mereka dengan SAP," kata Christian Primeau, Ketua Pegawai Eksekutif Global Syntax. Tambah beliau lagi, "Dengan menyambut pasukan Argon ke dalam keluarga Syntax yang semakin berkembang, kami sedang memperluas keupayaan kami dan menyuntikkan komponen penting dalam strategi industri teras kami. Bersama-sama, kami sedang mengembangkan perkhidmatan dan jangkauan kami untuk memberikan sokongan penuh kepada pelanggan kami dalam keseluruhan kitaran hayat pelaksanaan untuk pelaksanaan logistik."

"Sebagai sebahagian daripada Syntax, Argon akan mempunyai sumber tambahan untuk mengembangkan jangkauan kami ke pasaran baharu dan strategi industri. Setelah bekerja bersama sebelum ini, saya yakin bahawa kesesuaian budaya kita dan set keupayaan terbaik yang semakin berkembang akan memberi manfaat yang sama kepada pekerja kita dan pelanggan masing-masing. Bersama-sama, kami berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk meneruskan misi kami dalam memberikan peningkatan prestasi operasi kepada semakin banyak pelanggan antarabangsa," ulas pengasas bersama Argon, Peter Kerr dan David Webb.

"Novacap dengan bangganya menyokong pengambilalihan Argon oleh Syntax. Sebagai rakan kongsi yang komited, kami berdedikasi untuk memajukan kepimpinan Syntax dalam ekosistem SAP, serta sektor pengurusan aplikasi dan perkhidmatan awan. Penambahan pasukan dan kemampuan Argon akan membantu memperkasakan lebih banyak perniagaan dalam sektor Produk dan Barangan Pengguna, Runcit, Pembuatan, Borong dan Pengedaran, Perlombongan dan Sains Hayat," kata Ted Mocarski, Rakan Kanan di Novacap.

Syntax ialah syarikat portfolio dalam TMT VI Fund milik Novacap, salah satu firma ekuiti swasta terkemuka di Amerika Utara. Argon ialah pengambilalihan tambahan ketujuh bagi Syntax sejak bekerjasama dengan Novacap.

Maklumat tentang Syntax
Syntax menyediakan penyelesaian teknologi yang komprehensif dan perkhidmatan pengurusan profesional, nasihat dan aplikasi yang dipercayai untuk menggerakkan aplikasi kritikal misi perniagaan di awan. Dengan 50 tahun pengalaman dan lebih daripada 800 pelanggan di seluruh dunia, Syntax mempunyai kepakaran mendalam dalam melaksanakan dan mengurus penyebaran multi-ERP dalam persekitaran awan peribadi, awam, hibrid atau berbilang awan yang selamat. Syntax bekerjasama dengan SAP, Oracle, JD Edwards, AWS, Microsoft dan peneraju teknologi global lain untuk memastikan aplikasi pelanggan lancar, selamat serta berada di barisan hadapan dalam inovasi teknologi perusahaan. Ketahui lebih lanjut tentang Syntax di www.syntax.com atau ikuti Syntax di LinkedIn.

Maklumat tentang Argon SCS
Argon SCS (Pty) Ltd, penyedia perkhidmatan SAP yang berpusat di UK dan Afrika Selatan yang ditubuhkan pada tahun 2011, memfokuskan pada penyediaan penyelesaian Pengurusan Gudang dan Stok. Dengan lebih daripada 100 projek gudang yang berjaya dilaksanakan, Argon telah membuktikan syarikat ini sebagai peneraju dalam projek rantaian bekalan yang kos efektif dan efisien. Dengan pengalaman luas dalam industri Produk dan Barangan Pengguna, Pembuatan, Borong dan Pengedaran, serta Sains Hayat, Argon telah mengembangkan pengalaman pelbagai industri yang menghasilkan pengetahuan antara industri yang dapat disesuaikan dalam ruang pelaksanaan rantaian bekalan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://argonscs.com.

Maklumat tentang Novacap
Novacap ialah sebuah pelabur ekuiti swasta terkemuka di Amerika Utara dan salah satu firma ekuiti swasta paling berpengalaman di Kanada. Firma ini ditubuhkan pada tahun 1981 untuk bekerjasama dengan usahawan berwawasan, Novacap memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat pasaran pertengahan dalam empat sektor teras, Teknologi, Industri, Perkhidmatan Kewangan dan Infrastruktur Digital. Novacap menggabungkan kepakaran khusus dalam sektor yang mendalam dan kecemerlangan strategik serta operasi untuk bekerjasama dengan usahawan dan pasukan pengurusan. Firma ini telah membuat pelaburan utama dan tambahan dalam lebih daripada 250 syarikat sejak penubuhan. Novacap mempunyai lebih daripada C$8 bilion aset di bawah pengurusan dan lebih daripada 110 kakitangan, termasuk lebih daripada 65 profesional pelaburan, di pejabat-pejabat di Montreal, Toronto dan New York. Untuk maklumat lanjut tentang Novacap, sila layari: www.novacap.ca.

BUTIRAN HUBUNGAN: snytax@walkersands.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2237121/Syntax_Logo.jpg?p=medium600

Source: Syntax
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Cloud Computing / Internet of Things Supply Chain/Logistics