omniture

Global Advances In Health And Medicine Lancarkan Platform Media Global Untuk Menyokong Sistem Kesihatan Yang Berkembang

Global Advances in Health and Medicine (GAHM)
2015-01-15 23:00 106

-- Pasukan Kepimpinan dan Pengurusan Editorial Baharu Ditubuhkan

BOSTON, 15 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Global Advances in Health and Medicine (GAHM) mengumumkan hari ini pelancaran platform penerbitan multimedia global baharu mereka dan pasukan kepimpinan editorial antara disiplin mereka yang baru dilantik. Platform baharu GAHM berfungsi sebagai sumber berita sains dan terkini untuk pemimpin kesihatan, perniagaan dan komuniti serta pesakit yang berdedikasi untuk meningkatkan kesihatan dan juga kesejahteraan melalui pendekatan seluruh individu dan seluruh sistem terhadap penjagaan.

Platform penerbitan unik GAHM termasuklah jurnal perubatan semakan keserakanan, berindeks yang  menyediakan artikel penyelidikan asli, selain pelbagai forum dalam talian yang menggalakkan pemikiran baharu, inovasi, dan analisi inisiatif dasar, termasuk blog penyunting dinamik, iaitu blog berita yang didedikasi untuk menyepadukan maklumat global, dan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan. GAHM menerbitkan jurnalnya enam kali setahun dalam format cetakan, digital dan mudah alih, berserta abstrak dalam tiga bahasa berbeza (Inggeris, Sepanyol, Cina). Artikel kajian dan perspektif berfokus pelbagai sistem dan tradisi terapeutik serta penyembuhan, termasuk bioperubatan konvensional, perubatan bersepadu, perubatan Cina tradisional dan lain-lain terapi bersepadu, seperti terapi muzik dan seni, dan mencapai pembaca di lebih 40 buah negara.

"Tugas kami adalah untuk membina di atas tapak kukuh yang telah kami bangunkan sepanjang tiga tahun lalu, kerana kami percaya ini adalah masanya untuk mempercepat perubahan ke arah pendekatan seluruh individu dan seluruh sistem terhadap kesihatan. Pelancaran platform penerbitan baharu kami akan membantu kami untuk terus membina rangkaian global yang berkembang bagi penyedia kesihatan, penyelidik, pakar klinikal, pakar dasar kesihatan dan pelanggan yang kami bangunkan," terang Michele Mittelman, RN, MPH, pengasas dan ketua pegawai eksekutif, GAHM.

GAHM pada asalnya ditubuhkan pada 2011. Sejak itu, penyepaduan semula jadi bagi penjagaan seluruh sistem ke dalam model penjagaan kesihatan arus perdana, bersama penggunaan teknologi yang kian meluas bagi perkongsian maklumat global, telah berfungsi sebagai kuasa pendorong dalam perkembangan GAHM daripada jurnal perubatan dalam talian kepada platform penerbitan multimedia global komprehensif.

Kepimpinan editorial GAHM diketuai oleh pasukan penginovasi antara disiplin yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang penjagaan seluruh individu:

Mary Jo Kreitzer, PhD, RN, FAAN, ketua editor bersama GAHM, merupakan pengasas dan pengarah Pusat Spiritualiti & Penyembuhan di Universiti Minnesota. Selain peranan beliau sebagai jururawat, guru, pentadbir kesihatan dan penyelidik, beliau merupakan perintis tersohor dan pakar dalam bidang kesihatan integratif dan kesejahteraan.

Robert Saper, MD, MPH, ketua editor bersama GAHM, adalah pengarah Program Perubatan Integratif dan Perbezaan Penjagaan Kesihatan di Pusat Perubatan Boston dan profesor madya Perubatan Keluarga di Fakulti Perubatan Universiti Boston. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam menyepadukan terapi komplementari berasaskan bukti seperti urutan yoga dan teknik relaksasi dengan perubatan konvensional.

Pasukan ini telah mewujudkan secara bersama proses semakan keserakanan dan editorial yang selaras, pantas dan cermat daripada segi saintifik yang akan menghasilkan pelbagai kandungan berindeks yang bermanfaat untuk GAHM dalam menyokong penjagaan seluruh sistem.

Latar Belakang Global Advances in Health and Medicine

Global Advances in Health and Medicine (GAHM) merupakan platform multimedia global dan moden yang menyatukan penyelidikan tulen dengan pemikiran baharu dan analisis inisiatif dasar untuk memangkinkan perbincangan global, kolaborasi serta pembinaan komuniti bagi memajukan pendekatan seluruh individu dan juga seluruh sistem kepada penjagaan kesihatan. Platform GAHM termasuklah jurnal dalam talian dan bercetak, semakan keserakanan, berindeks, perubatan yang diterbitkan sebanyak enam kali setahun dalam tiga bahasa, serta laman sesawang interaktif yang mencapai pembaca di lebih 40 buah negara.

Source: Global Advances in Health and Medicine (GAHM)
Keywords: Medical Equipment Publishing/Information Service New products/services Personnel announcements