omniture

GE dan McDermott Lancarkan io oil & gas consulting

io oil and gas consulting
2015-01-15 23:12 170

LONDON, 15 Januari 2015 /PRNewswire/ --

io merupakan model baharu khidmat nasihat dalam pembangunan lapangan luar pesisir

GE Oil & Gas (NYSE: GE) ("GE") dan McDermott International, Inc. (NYSE: MDR) ("McDermott") hari ini melancarkan io oil & gas consulting, usaha niaga bebas baharu untuk mengubah pembangunan penyelesaian hadapan bagi lapangan luar pesisir.

io menyasarkan untuk menyampaikan kepastian lebih besar dalam rekaan dan perancangan lapangan minyak dan gas luar pesisir serta mengubah hubungan kontraktor-pengendali semasa. io akan memanfaatkan pengetahuan komuniti kontraktor  melalui kepakaran syarikat induknya untuk memimpin projek luar pesisir dengan lebih baik pada peringkat pembangunan. Skopnya akan merangkumi penilaian portfolio, cari gali dan sokongan perancangan, penentuan nilai serta kebolehlaksanaan, kejuruteraan konsep dan juga FEED sehinggalah kepada keputusan pelaburan akhir. Tambahan pula, tidak seperti khidmat rundingan lain di pasaran hari ini, io akan mempertimbangkan lapangan penuh sebagai satu sistem dengan pengetahuan teknikal untuk membangunkan setiap aspek penyelesaian hadapan.

Lorenzo Simonelli, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif GE Oil & Gas berkata: "GE berbangga dapat menyokong io oil & gas consulting. Kami merasakan usaha niaga ini merupakan lanjutan biasa terhadap misi kami untuk membantu pelanggan mengatasi cabaran tenaga paling mendesak di dunia. Sebagai pemimpin dunia dalam teknologi termaju dan perkhidmatan dalam industri minyak dan gas, GE akan menyumbangkan kepakaran domain dalam sistem pengeluaran dalam laut yang akan menyaksikan usaha niaga ini menghasilkan penyelesaian berkemajuan teknikal dan kukuh, terutamanya dalam pembangunan laut dalam baharu."

David Dickson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, McDermott berkata: "io mempunyai bakat hujung-ke-hujung yang sesuai dan membawakan pemikiran bebas gaya baharu yang kami harap dapat mendorong perubahan dalam projek-projek yang disediakan untuk pasaran. Dengan memberi tumpuan kepada keutamaan pelanggan, io menawarkan nilai tersendiri melalui kepakaran pembangunan lapangan yang luas dan menyeluruh. Sebagai kontraktor kejuruteraan dan pembinaan luar pesisir terkemuka, McDermott berbangga dapat memberi sokongan kepada io menerusi pengetahuan teknikal yang tinggi, pengalaman yang luas dan akses terhadap pengetahuan yang tepat untuk perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pemasangan, serta pakar dalam peralatan pembinaan."

io merupakan usaha niaga GE Oil & Gas dan McDermott tetapi model operasi bebasnya akan memastikan ia memberikan khidmat nasihat yang tidak berat sebelah yang diingini syarikat tenaga, di samping memanfaatkan akses kepada sumber pakar untuk membantu dalam pengesahan teknikal dan komersial hasil kerjanya.

io diketuai Ketua Pegawai Eksekutif  Dan Jackson, perintis industri yang mempunyai rekod kejayaan dalam memulakan dan membangunkan perniagaan khidmat rundingan kejuruteraan dalam sektor luar pesisir. Turut menyertai beliau ialah Mark Dixon, Ketua Pegawai Teknologi, dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam sektor minyak dan gas luar pesisir termasuk pengalaman yang luas dalam syarikat baharu; Tony McAloon, Ketua Pegawai Operasi, dengan 35 tahun rekod pengalaman pentadbiran perniagaan dalam industri; dan Oliver Dixon, Ketua Pegawai Kewangan, dengan 15 tahun pengalaman dalam memacu strategi pertumbuhan syarikat.

Dan Jackson berkata: "Pelancaran io melambangkan pembangunan signifikan yang akan mencabar bagaimana industri kita beroperasi. io menggabungkan kepakaran industri dan pemikiran hebat untuk menyampaikan kepastian kos dan jadual yang lebih tinggi kepada pembangunan lapangan luar pesisir. Warisan dan pengalaman yang luas daripada kedua-dua syarikat induk hebat ini membolehkan bakat terbaik dalam pasaran bersatu dan menawarkan sesuatu yang baharu kepada pengendali untuk keadaan pasaran semasa yang mencabar.

"Industri minyak dan gas merupakan komponen penting dalam bidang tenaga global, tetapi kerumitan yang meningkat dalam pembangunan lapangan luar pesisir dan penurunan harga minyak kian mencabar cara bekerja tradisional. Ini adalah masa yang sesuai untuk melancarkan io. Kepakaran terbukti dan pendekatan yang inovatif oleh pasukan ini akan menyampaikan penyelesaian lebih cekap dan tersuai untuk pembangunan luar pesisir di seluruh dunia.

io beribu pejabat di London dan akan melancarkan pejabat satelit di AS dan Asia.

Untuk maklumat lanjut sila lihat http://www.iooilandgas.com atau ikuti io oil & gas consulting di Twitter

Maklumat hubungan
Joanna Hoare
Pengarah Akaun Kanan
Hill + Knowlton Strategies
Joanna.Hoare@hkstrategies.com
+44-20-7413 3035
+7990-773-566

Rachel Kelly
Pengurus Akaun
Hill + Knowlton Strategies    
Rachel.Kelly@hkstrategies.com
+44-207-413-3008

Simon Whitehead
Pengarah Urusan
Hill + Knowlton
simon.whitehead@hstrategies.com
+44-207-413-3718
+44-7795-953-318

SUMBER  io oil and gas consulting

Source: io oil and gas consulting
Related Stocks:
NYSE:GE NYSE:MDR
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Utilities