omniture

Googles.com cari rakan kerjasama untuk menghidupkan semula laman sesawang kanak-kanak.

Googles.com
2015-01-16 02:43 150

LOS ANGELES, 15 Januari /PRNewswire/ -- Googles.com (Tidak Berkaitan dengan Google) dalam usaha berterusan untuk mereka bentuk semula laman sesawang kanak-kanaknya yang sedia ada sedang mencari rakan ekuiti/penyedia kandungan untuk membantu membangunkan dan/atau membiayai penjanaan semula laman sesawang kanak-kanaknya. Domain googles.com telah didaftarkan sebelum Google.com dan peluang untuk membangunkan laman sesawang kanak-kanak itu menggunakan nama domain googles.com dibenarkan berikutan perjanjian penyelesaian dengan Google. Perjanjian penyelesaian itu juga menetapkan pelbagai had dalam penggunaan tandaniaga GOOGLE dan jenis-jenis perkhidmatan yang boleh ditawarkan Googles, Inc. kepada kanak-kanak. Oleh itu, dalam usaha untuk mencapai audiens kanak-kanak yang lebih luas dan melindungi serta menguatkuasakan haknya dalam mengulas dengan perkhidmatan yang ditawarkan kepada kanak-kanak, Googles.com sedang mencari rakan kongsi ekuiti/penyedia kandungan bagi pasaran penting ini. Pihak yang berminat boleh menghubungi Bob Wyman, Esquire Davis Wright Tremaine LLP, Los Angeles California di bobwyman@dwt.com.

Source: Googles.com
Keywords: Internet Technology Multimedia/Online/Internet Web Site Children-related news Venture Capital