omniture

Program Pelabur Individu Malta Laporkan Kejayaan Berterusan: Lebih 450 Juta Euro dalam Pelaburan Langsung Asing

Henley & Partners
2015-01-16 21:00 97

LONDON, 16 Januari 2015 /PRNewswire/ --

Henley & Partners menyoroti kejayaan berterusan Program Pelabur Individu Malta dan naturalisasi terawal

Program Pelabur Individu Malta (IIP) kini telah menerima lebih 400 permohonan sejak pelancarannya pada awal 2014, yang akan menghasilkan lebih 450 juta Euro (AS$530 juta) dalam Pelaburan Langsung Asing.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150115/724668 )

Pelaburan langsung asing ini terdiri daripada deposit, bon, serta hartanah antara elemen-elemen lain, dan bersamaan kira-kira 10 juta Euro (AS$12 juta) seminggu.

Surat-surat kelulusan prinsipal kewarganegaraan terawal telah dikeluarkan, dan pemohon-pemohon terawal akan diberikan sijil naturalisasi mereka tidak lama selepas syarat-syarat sumbangan, pelaburan dan residensi mereka dipenuhi. Terdapat lebih 40 kewarganegaraan diwakili dalam kalangan pemohon setakat ini.

IIP merupakan program kewarganegaraan melalui pelaburan moden yang disasarkan kepada individu dan keluarga berpendapatan amat tinggi di seluruh dunia. Ia direka dan dipasarkan di peringkat antarabangsa oleh Henley & Partners untuk Kerajaan Malta di bawah Konsesi Perkhidmatan Awam. Andrew J. Taylor, Naib Pengerusi Henley & Partners, menyatakan, "Firma kami memahami perincian halus IIP kerana kami mewujudkan dan menghasilkannya bersama Kerajaan Malta. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan majoriti keluarga yang memohon kerakyatan melalui program tersebut, yang memilih Henley & Partners kerana kami mempunyai kedudukan terbaik untuk memastikan pemohon mengikut semua peraturan kerajaan dan mematuhi semua langkah yang diperlukan agar permohonan diluluskan."

Berucap di Seminar Henley & Partners di Suruhanjaya Tinggi Malta di London pada hujung 2014, Perdana Menteri Malta, YB Dr. Joseph Muscat mengulas, "Kejayaan terletak pada inovasi. Kami yakin konsep kewarganegaraan sedang berubah dengan pesat, dan kami mahu berada di hadapan dalam inovasi ini. Inilah sebabnya kami menghasilkan Program Pelabur Individu, satu-satunya program kewarganegaraan melalui pelaburan yang dinaungi Suruhanjaya Eropah. Ia dapat dijelaskan dalam satu perkataan: bakat. Kami mahu meningkatkan daya saing kami dengan meningkatkan kumpulan bakat kami dan meluaskan rangkaian global kami. Kami yakin ini adalah sempadan baharu bagi dunia baharu yang berani."

IIP memberikan kewarganegaraan kepada individu dan keluarga luar yang berkelayakan dan mempunyai reputasi yang baik yang membuat sumbangan signifikan kepada pembangunan ekonomi Malta. Program ini mempunyai piawaian Ketekunan Wajar yang paling ketat di dunia, memastikan hanya pelanggan yang benar-benar dihormati akan diterima.

Pengambilan program ini juga dihadkan kepada 1,800 pemohon utama yang berjaya, dan akan ditutup selepas itu, menjadikannya sebagai program yang paling eksklusif di dunia.

Latar Belakang Program Pelabur Individu Malta

Klik di sini untuk mendengar YB Dr. Joseph Muscat, Perdana Menteri Malta; Eric G Major, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners; serta lain-lain pakar utama berucap tentang Program Pelabur Individu Malta.

Latar Belakang Henley & Partners

Henley & Partners merupakan pemimpin global dalam perancangan residensi dan kewarganegaraan. Setiap tahun, beratus-ratus individu berharta, keluarga dan penasihat mereka bergantung kepada kepakaran dan pengalaman dalam bidang ini.

Konsep perancangan residensi dan kewarganegaraan telah dihasilkan oleh Henley & Partners pada 1990an. Ketika globalisasi terus berkembang, residensi dan kewarganegaraan telah menjadi topik yang menarik minat signifikan dalam kalangan pengusaha dan pelabur yang semakin bebas bergerak di peringkat antarabangsa yang bekerjasama dengan Henley & Partners.

Firma tersebut juga mengendalikan amalan khidmat nasihat kerajaan utama. Kami telah mengumpul lebih AS$4 bilion dalam pelaburan langsung asing dan telah terlibat dalam perundingan strategik selain rekaan, permulaan dan operasi beberapa program residensi dan kewarganegaraan yang paling berjaya di dunia.

http://www.henleyglobal.com

Gambar Berita 

Sila lihat gambar Malta yang dilampirkan (resolusi tinggi turut tersedia).

Source: Henley & Partners
Keywords: