omniture

Tindak Balas Pantas di Lubnan: Organisasi Pendidikan Tidak Boleh Ditangguhkan (Education Cannot Wait) dan Rakan Strategik Meluluskan Dana Bantuan Awal Tindak Balas Kecemasan Tambahan Sebanyak AS$1.5 Juta di Lubnan, Menjadikan Jumlah Pembiayaan ECW di Lubnan Mencecah Sebanyak AS$25.8 Juta

Education Cannot Wait
2024-10-17 20:19 6

Ketika konflik di Lubnan semakin memuncak, seramai 1.2 juta orang telah dipindahkan, kanak-kanak berhadapan dengan risiko besar. Bantuan Awal Tindak Balas Kecemasan ECW yang diperluaskan oleh UNICEF akan menyokong pendidikan berkualiti dan holistik di zon berisiko tinggi, memberi manfaat kepada 20,330 kanak-kanak.

NEW YORK, 17 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai tindak balas kepada krisis yang semakin meruncing di Lubnan, Organisasi Pendidikan Tidak Boleh Ditangguhkan (ECW) dan rakan strategiknya pada hari ini, mengumumkan tambahan pembiayaan sebanyak AS$1.5 juta untuk menyokong akses yang inklusif dan selamat kepada pendidikan berkualiti bagi kanak-kanak perempuan dan lelaki yang terjejas oleh konflik tersebut.  

Penambahan pembiayaan Geran Bantuan Awal Tindak Balas Kecemasan kepada sektor pendidikan di Lubnan tersebut akan disampaikan oleh UNICEF. Tujuan pembiayaan tambahan daripada ECW dan rakan strategiknya adalah untuk meningkatkan usaha pendidikan sebagai tindak balas kepada konflik yang semakin memuncak di Lubnan, yang telah menyebabkan pemindahan kira-kira 1.2 juta orang. ECW telah memperuntukkan sejumlah AS$25.8 juta untuk inisiatif pendidikan di Lubnan. Pelaburan ini telah berjaya menyediakan pendidikan yang berkualiti dan menyeluruh kepada 1.2 juta kanak-kanak.

"Lubnan telah menderita sekali lagi. Sistem pendidikan di Lubnan mengalami tekanan besar akibat daripada konflik semasa, ramai kanak-kanak berisiko ketinggalan dalam pendidikan atau berhenti sekolah sepenuhnya. Kanak-kanak meninggal, keluarga kehilangan kediaman mereka dan infrastruktur sekolah yang berharga mengalami kerosakan. Semua kanak-kanak lelaki baik perempuan berhak mendapat keselamatan, perlindungan dan harapan yang hanya dapat diberikan melalui pendidikan berkualiti," kata Yasmine Sherif, Pengarah Eksekutif Organisasi Pendidikan Tidak Boleh Ditangguhkan, sebuah oraganisasi yang menyampaikan dana global untuk pendidikan dalam keadaan kecemasan dan krisis berpanjangan di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. "Kita mesti meningkatkan usaha kita dan memastikan tidak ada kanak-kanak, mahupun guru di Lubnan yang ketinggalan."

"Peningkatan pergolakan telah menyebabkan tempoh yang paling dasyat dan lonjakan perpindahan terbesar yang pernah dialami Lubnan dalam beberapa dekad. Hampir 60% daripada semua sekolah awam sedang digunakan sebagai tempat perlindungan, ekoran itu, permulaan tahun sekolah baharu di sekolah awam telah ditangguhkan, keadaan ini menyebabkan sistem pendidikan Lubnan menjadi lemah," kata Edouard Beigbeder, Wakil UNICEF di Lubnan. "1.2 juta kanak-kanak dan belia memerlukan akses segera kepada pendidikan yang berkualiti dan inklusif. Jika boleh, dalam masa yang mencabar ini, sekolah-sekolah harus tetap dibuka untuk pengajaran, pembelajaran dan menjangkau kanak-kanak serta belia dengan sokongan psikososial yang penting. Kestabilan dan kemakmuran masa depan Lubnan akan terancam jika pendidikan tidak menjadi fokus dalam tindak balas kolektif kita."

Penambahan pembiayaan untuk menyokong strategi sektor pendidikan akan membantu mengekalkan sokongan kritikal, membolehkan kanak-kanak kembali ke sekolah untuk tahun akademik yang akan datang. Dengan pembiayaan tambahan, Bantuan Awal Tindak Balas Kecemasan kini akan menjangkau 20,330 kanak-kanak dan belia yang dipindahkan, ini merupakan peningkatan yang signifikan daripada 7,530 kanak-kanak yang disasarkan melalui geran ECW bernilai AS$2.2 juta yang diumumkan pada bulan Mac lalu.

Tindak balas yang cepat ini memberi tumpuan kepada menyediakan akses pendidikan yang inklusif dan selamat untuk kanak-kanak yang dipindahkan. Dalam program ini sekolah-sekolah pusat untuk mengembangkan kapasiti operasi mereka bagi menampung pelajar yang masuk akan dikenal pasti. Program ini juga memberi tumpuan kepada penyampaian hasil pembelajaran yang berkualiti dalam persekitaran pembelajaran yang melindungi dan inklusif, dengan latihan dan intervensi khusus untuk kanak-kanak perempuan dan kurang upaya. Dalam membina semula dengan lebih baik, pelaburan ini juga memberi tumpuan kepada daya tahan dan pemulihan sistem pendidikan.

 

Source: Education Cannot Wait
Keywords: Education Children-related news Not for profit Public Interest